35: Kunang-Kunang Pemakan Cahaya
"Kegagalan buah pinggang awak di tahap 5, Laliz. Lima belas peratus je organ tu boleh berfungsi. Nak tapis darah dan protein pun dah tak berapa mampu. Itu yang awak perlukan dialisis untuk menyingkirkan segala bahan yang tidak diperlukan oleh badan awak." Noe Taehyung menghampiriku setelah aku berdiam diri selama beberapa jam di atas katil.
Aku bukan apa, aku hanya tak percaya dengan dua perkara. Satu, pada hari ini... Buat pertama kalinya aku melihat Taehyung mengamuk. Dua, bibir aku telah dinodai dengan jayanya sampai aku jadi bodoh sekali mengikut rentak lelaki itu.
Kau tak bodoh memang tak sah, Choi Laliz.
"Tentang apa yang awak makan, apa yang awak minum... Kena strict. Tak boleh main bedal je. Nanti buah pinggang tu makin terbeban untuk melaksanakan tu..."
"Ya, saya tahu. Hari-hari awak ingatkan saya tentang perkara tu. Cuma hari ni saya hilang kawalan. Saya dah lama terliur mi segera." kubuang ego jauh. Aku mengakui aku yang silap di dalam hal ini.
"Lain kali kalau nak makan apa-apa, bagitahu. Kita boleh dapatkan makanan tu dengan cara yang lebih healthy dan tak membahayakan lagi buah pinggang awak." Taehyung menghenyak punggung di birai katil. Daguku diangkatnya.
"Saya minta maaf sebab marah-marah tadi dan ambil kesempatan terhadap awak." ucap lelaki itu saat kami bertentang mata.
"Pasal marah-marah tu, awak tak perlu minta maaf. Cuma hal ambil kesempatan... Saya dalam dilema. Nak maafkan atau tidak?" mataku kini tertancap pada seulas bibir merah Noe Taehyung.
Aihhh, apa ni Laliz? Tolong lupakan hal tadi dengan kadar segera sebelum kau semakin terjatuh suka pada lelaki yang hanya sekadar teman sebilik atau lebih tepat lagi, suami palsu.
"Okey, bagaimana caranya untuk saya dapatkan kemaafan tu?" Noe Taehyung menyoal.
Bagaimana caranya untuk dapatkan kemaafan daripada aku?
Kejap, aku nak fikir.
"Saya akan maafkan awak seandainya awak sudi ceritakan kepada saya siapa awak yang sebenarnya."
Haa, itu dia. Pandai kan aku buat Noe Taehyung tersepit di antara dua pilihan.
Terjungkit sedikit senyuman di hujung bibir lelaki itu. Pasti dia baru sedar aku ni bijak orangnya.
"Kalau saya ceritakan perkara sebenar dan awak tahu siapa saya... Agaknya awak boleh terima ke?" Taehyung mendugaku.
"Itu... Itu, kita tengoklah keadaannya nanti." aku menjawab gugup. Kalau Taehyung betul-betul Syaitan Raven seperti mana yang didakwa oleh Lee Felix, maka aku harus memilih di antara mahu setia berada di sisi lelaki itu atau tinggalkannya.
"Memandangkan awak nak tahu sangat tentang sa...ugh." terbentuk kerutan di dahi Taehyung. Seraya dengan itu mulutnya ditekup.
"Kita bicara lain kali. Sa...saya nak muntah." bagitahu Taehyung lalu meluru ke kamar mandi.
Di atas katil, jelas aku dengar lelaki itu muntah-muntah teruk. Berjangkit morning sickness dengan aku ke?
Eh, takkanlah. Aku bukan mengandungkan anak dia pun. Ke perut dia masuk angin?
******
Noe Taehyung bersandar pada dinding marmar sebelum dirinya tergelak kecil.
"Selalunya kau rawat pesakit yang alami alahan teruk disebabkan kehamilan, sekarang... Kau sendiri yang..." wajah basah diraup kasar sebelum rambut ikalnya dikuak beberapa kali.
"Awak, okey tak?" pertanyaan Choi Laliz dari luar membuatkan Taehyung tersentak.
"Saya okey, jangan risau." Taehyung membalas.
"Nanti saya dapatkan sedikit makanan dan air ya untuk alas perut."
"Eung!"
Noe Taehyung kembali berdiri di hadapan cermin. Keadaan dirinya nampak sedikit teruk.
"Laliz, Laliz... Kalaulah kau tahu itu anak-anak aku, kalaulah kau tahu aku yang minta pada Tuhan agar dipindahkan sedikit beban yang kau tanggung... Kau akan tetap setia berada di sisi aku ke bila kau tahu siapa aku yang sebenarnya?" Noe Taehyung mengumam perlahan.
******
Suasana sepi malam bersama deruan angin tidak henti bertiup tidak diendahkan seseorang. Dirinya menyusuri jambatan Mapo bersendirian tanpa peneman.
'Adakah kau penat?'
'Keadaan yang sukar akan berlalu pergi seperti air yang mengalir di bawah jambatan ini.'
'Segala kerisauan akan terasa seperti tiada apa-apa bila kamu semakin menua.'
Satu-persatu ayat yang tertera pada penghadang jambatan dibaca. Dia tahu, pada tahun pertama pengubahsuaian jambatan ini... 65 orang cuba untuk membunuh diri dan ianya makin bertambah saban tahun.
"Bodoh." satu ayat itu meluncur laju dari mulut jejaka tersebut dirinya melewati lampu jalan. Automatik lampu itu akan terpadam satu demi satu. Tiada satu pun yang ketinggalan.
"Kim Junkyu!" satu teriakan mematikan langkah jejaka berambut hitam pekat. Dia tidak menoleh kerana sudah tahu siapa gerangannya.
"Hai, kunang-kunang pemakan cahaya. Lama tak jumpa?"
Tubuh Junkyu terangkat sedikit akibat kolar lehernya dicengkam kemas.
"Burung hantu bodoh." Kim Junkyu tersenyum sinis.
"Sebodoh-bodoh aku, lagi teruk bodoh kau." Lee Felix tergelak lantas menolak tubuh Junkyu kasar sehinggakan jejaka itu tersungkur ke lantai.
"Kau nak apa lagi?" bentak Junkyu.
"Buruj delphinus." ringkas Lee Felix menjawab.
"Aku dah cakap, buruj tu tiada dengan ak..."
"Kau tahu siapa yang milikinya kan? Kau memang tahu, jangan tipu aku." Lee Felix melangkah setapak demi setapak. Wajah polos Kim Junkyu begitu menjengkelkannya.
"Sya...Syaitan Raven. Buruj tu ada dengan Syaitan Raven." Junkyu mengengsot ketakutan tatkala Felix semakin menghampirinya.
************
Bila cerita dalam kategori fantasi, maka kita boleh mengarut tetapi pada masa yang sama ia kedengaran masuk akal walaupun tak masuk akal.
Ah, enjoylah korang. 😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro