31: I Belong To You
If I could be honest
Here in this moment
I've been so nervous
To stand here with you
They're all here for us
And I feel their aura
But just for a moment
I'll pretend it's just you.
"Cantiknya." aku memuji di dalam hati tatkala melihat deretan pohon azalea berkembang mekar di sepanjang jalan.
Yes they can hear us
But they don't understand
I have said all of my vows behind the curtains
I know they see us
But they don't stand a chance
I have kissed those lips a thousand times before this.
"Kenapa diam?" Noe Taehyung yang berada di sisiku, begitu fokus dengan pemanduannya mula bersuara.
"Dr. Noe..." alang-alang dia tanya kenapa aku diam, ada baiknya aku leraikan segala kekusutan yang bermain di fikiranku semenjak semalam.
"Eung, eung." jari telunjuk digoyang-goyang sebagai memberi amaran. Ah, aku lupa... Lelaki itu pernah berpesan jangan memanggilnya 'Dr. Noe'.
"Taehyung..." nama itu kuseru payah.
"Ya?" Taehyung mengerlingku sekilas.
"Ubat-ubatan yang diberikan kepada saya ada side effect tak? Boleh buat saya berhalusinasi ke?" aku menyoal tanpa berbasa-basi. Lagi elok kalau berterus-terang sahaja.
"Halusinasi? Mungkin ya, mungkin tak." Noe Taehyung menjawab mudah. Daripada jawapannya, aku dapat merasakan Taehyung tidak berminat dengan persoalan yang aku utarakan sebentar tadi.
Aku diam. Sesekali Taehyung bersenandung perlahan mengikut lagu yang dimainkan oleh radio.
Tomorrow I'll open my eyes
And I will whisper to my wife
I belong to you
And I will wait to hear you say
As a tear rolls down your face...
"I belong to you..." Noe Taehyung menoleh ke kanan. Wajahku diamatinya buat seketika.
"Apa?" aku menjengil.
"Menyanyi pun salah ke?" lelaki itu tergelak kecil.
Menyanyilah konon? Padahal menganjing aku. Huh!
*******
Pop! Bunyi letupan diiringi confetti berterbangan serta teriakan teruja Soobin dan Hendery menyambut kepulanganku di rumah itu.
"Selamat pulang, Kak Laliz." tubuhku dirangkul mesra oleh Hendery. Tidak lupa juga kucupan sekilas hinggap di pipi kiri dan kananku.
Ah, ini ke gaya orang Hawaii menyapa di antara satu sama lain?
"Tepi!" Soobin menolak Hendery. Kini gilirannya pula memelukku dengan begitu erat sekali.
"Orang rindu akak." sebak remaja itu memberitahu.
"Akak pun rindukan kamu." aku membalasnya bersama kuntuman senyum.
Meow. Meow. Mungkin baru menyedari kepulanganku, Loki berlari laju lantas menggesel-geselkan tubuhnya ke betisku.
"Ke sini anak kesayangan papa." Taehyung meletakkan beg pakaian milikku ke lantai lalu mendukung kucing kesayangan miliknya. Melihatkan tingkah lelaki itu, layanan yang diberikan kepada Loki lebih istimewa berbanding manusia.
"Kak, jom makan-makan. Eri dan Soobin ada order makanan ni." tanganku ditarik Noe Hendery. Dengan terpaksa, aku melangkah malas ke meja makan.
"Order apa?" Taehyung tidak jadi menghenyak tubuhnya ke sofa.
"Ayam madu, kek beras pedas, pizza..."
"Tak, Kak Laliz kamu tak boleh makan semua tu." Loki diletakkan ke atas sofa sebelum Taehyung mendapatkanku.
"Kamu berdua makan, abang dan Kak Laliz nak masuk bilik." jari-jemari Taehyung menyulami tangan kananku.
"Nak rasa sikit t...tak boleh ke?" aku menjeling makanan yang terhidang di atas meja.
"Tak boleh." tegas Taehyung melarang.
"Sikit je, baby nak rasa." aku memujuk, buat muka kasihan.
"No."
******
"Ini mesin dialisis nocturnal." sebuah mesin berada di sebelah katil diperkenalkan Taehyung.
"Ahh." aku mengangguk. Tiba-tiba rasa seram pula melihatkan mesin tersebut.
"Rawatan dialisis awak tiga kali dalam seminggu. Jadi saya akan pastikan saya tak bekerja lebih masa pada hari rawatan tersebut untuk memudahkan awak menjalani dialisis." Taehyung menapak ke arah meja riasan. Jam tangan ditanggalkan manakala butang-butang kemeja dibuka selamba di hadapanku.
Aku menoleh ke arah lain.
"Taehyung, boleh saya tanya sesuatu?"
"Ya? Silakan."
"Selain jadi doktor, apa lagi kerja yang awak buat?" aku menghenyak punggung ke birai katil. Bau pewangi tembikai susu membuatkan rinduku terhadap bilik ini terubat setelah hampir sebulan bermastautin di hospital.
"Kerja lain? Tak ada." Taehyung memandangku pelik. Kemejanya dicampak ke dalam bakul. Aku mengerling sekilas tubuh tidak berbaju itu. Wow, otot kekarnya begitu menonjol sekali.
"Aih, tak perlu berahsia dengan saya. Bila tiba waktu malam awak jadi drag queen kan?" aku pura-pura berseloroh. Kalau buat-buat serius, nampak sangat aku memfitnah sesuka hati.
"Drag queen?" sepasang mata Taehyung membuntang. Segera lelaki itu menghampiriku dan berpeluk-tubuh.
"Kenapa tiba-tiba tuduh saya jadi drag queen ni hah?"
"Alah, itu... Itu. Dress dalam almari awak tu. Mesti awak punya kan?" aku memandang Taehyung segan. Iyalah, dengan tidak berbaju lepas tu renung aku bagai nak telan.
Tawa Noe Taehyung meletus.
"Wow, kerana sepasang dress dalam almari tu awak tuduh saya buat kerja tak senonoh? Awak memang kelakarlah, Laliz. Sumpah saya tak pernah jumpa wanita sekelakar awak." Taehyung mendengus geram.
"Saya bukan menuduh cuma saya dah banyak baca kisah tentang doktor yang jadi kupu-kupu malam." aku menunduk memandang jari-jemari kaki yang sengaja aku gerak-gerakkan.
"Baby, baby dan baby..." selamba Taehyung menyentuh perutku.
"Jangan ikut perangai ibu ya. Suka menuduh orang tak tentu pasal. Tak baik." Taehyung berbisik perlahan.
Wajahku membahang panas. Apa kena dengan Noe Taehyung ni?
Tomorrow I'll open my eyes
And I will whisper to my wife
I belong to you
And I will wait to hear you say
As a tear rolls down your face
I belong to you.
***********
Wow, ter'sweet pula bab ni. Penangan kekeringan dan kekurangan idea.😅😅😅😅
By the way, lagu I Belong To You tu lagu favourite saya tau. Bila dengar, fefeeling teruk gitu. Bye.
Jumpa di part seterusnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro