Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3: Bukan Berdua

"Doktor, cuba nasihat sikit isteri saya ni. Suruh makan, tak nak. Kata dah kenyanglah, itulah, inilah. Banyak sangat alasan." lelaki berkumis nipis menjeling isterinya di sebelah.

"Ya Tuhan, saya dah makan mencukupi. Buat apa nak suruh makan banyak-banyak. Dengar apa kata doktor tadi, bayi sihat, saya sihat." wanita berambut potongan bob membalas. Noe Taehyung sekadar tersenyum melihat pertelingkahan kecil mereka berdua.

"Encik..." Taehyung menarik nafas sedalam-dalamnya. Sekarang adalah waktu yang sesuai untuk sesi basuh-membasuh otak.

"Ibu mengandung hanya memerlukan tambahan 300 kalori sehari berbanding kita yang biasa ni. Kalau terlebih, mereka boleh menjadi obes, senang dapat kencing manis dan pre-eclampsia." wajah lelaki di hadapannya itu direnung lama.

"Lagi satu, tiada istilah makan untuk berdua, bertiga atau berempat." tambah Taehyung lagi.

"Ya ke doktor? Saya tak tahu pula."

"Tak mengapa, tak tahu boleh belajar. Bila dah tahu, hebah-hebahkan pada orang lain agar mereka juga boleh tahu." kuntuman senyum Noe Taehyung memekar tatkala jam tangannya berbunyi.

Waktu bekerja sudah tamat. Penat menguasai diri membuatkan doktor lelaki itu mula berimaginasi merebahkan tubuh di atas tilam empuk.

"Doc, nak tanya sesuatu boleh?"

"Apa dia?"

"Doc dah berkahwin atau masih membujang? Kalau membujang, saya ada adik ipar yang can..."

"Ingat temujanji seterusnya, datang ya. Jaga diri, jaga kesihatan elok-elok." Taehyung memintas bicara wanita hamil lima bulan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro