Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

29: Instant Wife?

Selepas konsultasi bersama pesakit berakhir, Noe Taehyung tidak mahu membuang masa. Telefon pintar buatan luar negara yang setia berada di sisi segera disambar. Aplikasi kamera diakses, punat merah untuk merakam video ditekan.

Tangan kanan memegang telefon tersebut manakala tangan kiri digunakan untuk menguak rambutnya ke belakang demi mengurangkan sedikit gementar.

"Hai, Dr. Noe di sini. Hari ini saya malas menaip jadi saya rakam je video untuk para gadis dan wanita di luar sana." manis dan lembut Taehyung berbicara.

"Sebagai seorang doktor perbidanan dan sakit puan, saya ingin menyeru gadis atau wanita tidak mengambil remeh tentang tarikh period. Sekurang-kurangnya catatlah atau mark pada tarikh bila anda period dan bila anda habis period. Aplikasi period tracker di playstore bersepah. Pilih sahaja mana satu yang anda mahu dan download. Jadikan penggunaan aplikasi ini seiring dengan aplikasi lain yang ada di dalam telefon anda seperti instagram, facebook, tiktok dan lain-lain lagi." kini Taehyung bersandar tenang pada kerusi.

"Kenapa saya beria sangat suruh anda catat tempoh haid anda? Kerana... Satu, anda boleh monitor sebarang keganjilan seperti period datang lewat secara tiba-tiba yang menandakan sama ada anda mengalami masalah hormon atau kehamilan. Dua, memudahkan saya dan para doktor yang lain untuk membuat kiraan tarikh jangkaan bersalin. Ketiga, memudahkan anda merancang kehamilan jika tidak mahu mengambil kontraseptif. Jadi, tolong mudahkan diri anda dan juga para doktor dengan mencatat tempoh period ya? Jangan malas-malas." Noe Taehyung kekal tersenyum sehinggalah butang henti merakam video ditekan. Wajah lelaki itu bertukar kelat secara drastik. Puncanya, ketukan pintu diselang-seli dengan suara seorang perempuan.

"Masuk." Taehyung menyahut keras.

"Maaf menganggu. Sibuk?" Wang Yerin menjengah sedikit bersama sengihan lebar. Tanpa pelawaan terlebih dahulu, gadis itu melangkah masuk ke dalam bilik konsultasi dan mula mengambil tempat duduk bertentangan dengan Noe Taehyung.

"Ada apa sampai datang ke mari?" Taehyung berpeluk tubuh.

"Rindu." Yiren menjawab nakal.

"Rindu?" Taehyung tergelak sinis.

"Alah, Dr. Noe ni. Gurau sikit pun tak boleh. Sejak instant wife mengandung, sensitif semacam je." Yiren menyindir. Kaki kanan disilangkan ke atas kaki kiri.

"Instant wife?" hampir sahaja Noe Taehyung tersedak air liur sendiri. Wang Yiren labelkan Choi Laliz sebagai instant wife?

"Tengok, sensitif lagi. Saya bergurau jelah." tawa doktor rheumatologi itu kedengaran buat seketika sebelum wajahnya berubah serius.

"Hari Sabtu nanti kita ada annual dinner kan? Jom jadi pasangan saya dan kita rampas gelaran ratu dan raja Ataraxia buat kali kedua." kali ini Wang Yiren tidak berbasa-basi. Niatnya diusulkan kepada Taehyung.

"Maaf, saya tak dapat pergi. Laliz perlukan saya." mudah Noe Taehyung menjawab.

"Oh, Laliz perlukan awak? Okay, fine. Saya tak boleh paksa." Wang Yiren bingkas berdiri. Senyumannya dikekalkan walaupun hati pedih bak dihiris sembilu.

"Saya keluar dulu." pamit gadis itu lantas melangkah keluar dari bilik konsultasi tersebut.

"Instant wife? Dia ingat Laliz aku tu mi segera ke nak ber'instant bagai?" Taehyung mendengus lantas menyambar telefon pintarnya. Video yang dirakam sebentar tadi segera dimuatnaik ke laman facebook dengan caption, 'Dengarlah doktor kacak mahu membebel'.

******

"Saya datang." sejambak kekwa putih diletakkan ke atas pusara dilitupi rumput subur dan menghijau. Moon Jira kekal berdiri bersama sepasang mata yang kemerah-merahan.

"Saya minta maaf kerana telah mengada-adakan cerita tentang kematian awak. Saya mahu lindungi awak dan juga Taehyung." tidak mampu membendung perasaan, tangisan wanita itu terhambur.

Peristiwa itu... Peristiwa yang berlaku dua puluh empat tahun lepas bagaikan segar di ingatan Moon Jira.

******

"Bawa Taehyung lari dari sini dengan segera!" Kim Hyunsik menjerit kuat sebelum dirinya tercampak ke dinding konkrit. Bersama kesakitan, lelaki itu bangkit. Anak matanya berubah hitam pekat dan kuku tajam mula tumbuh bagaikan bersedia menyiat kulit dua orang lelaki bertubuh sasa yang berdiri di hadapannya.

"Hyun...Hyunsik." Moon Jira mula merasa serba salah. Kim Taehyung didukungnya erat dan gadis itu berlari ke muka pintu.

"Pergi sejauh yang mungkin dan jangan risaukan saya!" bentak Kim Hyunsik.

"Maafkan saya, Hyunsik."

******

"Ibu, kenapa ayah kena bunuh?" Kim Taehyung pada ketika itu berusia lima tahun menyoal polos. Walaupun peristiwa hitam tersebut sudah setahun berlalu, namun soalan sama kerap diajukan kepada ibunya.

"Ayah kamu berhutang dengan lintah darat. Disebabkan ayah kamu tak mampu bayar kembali wang tersebut, maka nyawa menjadi galang gantinya." sepuluh kali soalan sama dilontarkan, sepuluh kali jugalah Moon Jira mencipta pembohongan.

"Ayah bukan orang biasa kan, bu? Ayah ada kuasa kan?" Taehyung menyoal lagi. Kertas lukisan ditolaknya ke tepi.

"Maksud kamu?"

"Ayah ada sayap. Kuku ayah tajam. Lepas tu ayah bo..."

"Dah, jangan nak merepek. Siapkan lukisan tu dan pergi masuk tidur." nada Jira berubah keras.

"Baik." Taehyung mengangguk akur.

******

"Loki!" aku menjerit girang tatkala wajah Loki terpapar di skrin telefon pintarku melalui panggilan video yang dibuat oleh Hendery.

Meow. Meow. Loki mengiau tidak selesa.

"Bila akak boleh pulang ke rumah?" Hendery menyoal. Loki pula sudah hilang entah ke mana.

"Esok." sepatah aku menjawab.

"Esok? Ah, seronoknya. Bolehlah Eri buat makan-makan sikit."

"Tak payahlah buat makan-makan. Akak bukannya bo..."

Tok. Tok. Tok. Pintu wad persendirian yang dihuniku diketuk seseorang sebanyak tiga kali.

"Eri, call akak balik ya?" usai berpesan kepada Hendery, aku segera memutuskan talian.

"Ya? Siapa?" aku menyahut.

Kreek. Daun pintu ditolak perlahan dan seorang lelaki berjaket dan bertopi bucket hitam melangkah masuk dengan tenang.

Aku mengintai wajahnya yang berselindungkan topi tersebut.

"Isteri kepada Syaitan Raven kan? Saya Lee Felix, bakal pencetus masalah untuk hari-hari yang mendatang." topi bucket ditanggalkan dan dicampak ke lantai, manakala tangan kirinya dihulurkan kepadaku.

Apa benda pula budak ni merapu?

*********
Apo bondolah Donutbeanmochi tulis? Tiba-tiba je Lee Felix muncul.

Auchhhhhh!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro