Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

28: Sisi Gelap Seorang Doktor

"Siapa saya yang sebenarnya?" Noe Taehyung tergelak kecil.

Kelakar ke soalan yang aku tujukan khas untuknya?

"Dengar sini..." Taehyung menarik nafas panjang.

"Saya, Noe Taehyung berusia 28 tahun. Dilahirkan di Seoul, Korea dan dibesarkan di Honolulu, Hawaii oleh ibu-bapa angkat setelah saya dibuang oleh ibu kandung sendiri. Ketika berusia 23 tahun, saya kembali ke sini lagi untuk berkhidmat sebagai seorang doktor sakit puan dan perbidanan di Hospital Swasta Ataraxia." terang lelaki itu panjang lebar sebelum sedikit senyum terjungkit di hujung bibirnya.

"Rasanya ada lagi rahsia yang awak sembunyikan... Boleh saya tahu?" sengaja aku mengangkat kening kiri sebagai isyarat bahawa aku meragui seorang manusia bernama Noe Taehyung.

"Kenapa tiba-tiba nak tahu tentang saya dan cuba korek segala rahsia ni? Awak nak mengorat saya eh?" pertanyaanku dibiarkan tidak berjawab dan giliran aku pula dibidas Taehyung.

Hari tu aku tuduh dia mahu mengorat aku, hari ni aku pula kena tuduh sebegitu. Vice versa betul.

"Ceh." aku mencebik.

"Tak mengapalah doc kalau nak berahsia. Saya sendiri akan cari jawapannya nanti. Itu pun kalau saya panjang umur." beritahuku lalu menyambar secebis pakaian bayi yang masih belum sempurna kaitannya. Rindu pula mahu mengait. Harap-harap aku sempat siapkan tiga helai baju panas untuk anak-anak aku yang bakal lahir lebih kurang enam bulan lagi.

"Dah, jangan banyak cakap. Rehat secukupnya. Lagi tiga empat hari, awak boleh pulang ke rumah." Taehyung berpesan lantas menapak ke arah pintu wad. Sekilas dirinya berpaling kemudian melangkah keluar dari wad yang dihuniku.

*****

Imbas Kembali

Hari kedua bermalam di bilik Dr. Noe buat aku makin rasa selesa sehinggakan aku berani melangkah masuk ke dalam almari walk-in milik lelaki itu.

Segala pakaian dan aksesori tersusun rapi, tiada satu pun habuk hinggap di atasnya. Baru aku tahu, Dr. Noe seorang yang pembersih dan bersikap perfectionist. Sesuailah dengan rupa orangnya begitu juga dengan kerjaya yang digalas kini. Dr. Noe boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki metroseksual, mementingkan penampilan dan penjagaan diri. Cuma satu je yang aku tidak berkenan, Dr. Noe seorang perokok.

"Orang berduit, semua benda boleh beli." aku mengumam tatkala terpandangkan beg sandang berjenama Gucci, Balenciaga dan beberapa jenama terkenal lain tersusun elok di atas rak.

"Eh." niat untuk melangkah ke arah susunan kameja yang tergantung terbantut begitu sahaja sebaik aku terpijak sesuatu.

Aku mengangkat kaki kiriku. Sehelai bulu pelepah berwarna hitam kini menjadi tumpuanku.

Aku tidak menunggu lama, kini bulu hitam itu berada di tanganku. Aku membelek-beleknya penuh tanda tanya.

"Rasa ini bulu daripada selendang berbulu gebu-gebas yang orang pakai di leher... Kejap!" aku memerhati segenap inci dalaman almari walk-in tersebut.

Nampaknya ada satu pakaian yang boleh menyokong hipotesis sedang bermaharajalela di mindaku.

Dress hitam labuh, dihiasi sequin hitam berkilauan.

"Dr. Noe drag queen ke?"

**********
😂😂😂😂😂😂😂😂
Bye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro