27: Sepasang Sayap Hitam
"Choi Laliz."
Walaupun hanya suara sahaja yang kedengaran, tiada satu pun jasad yang menunjukkan rupa... Aku mengundur ke belakang. Berada di cenuram tinggi yang dikelilingi pohon pine mati di waktu malam serta cahaya bulan merembang segan, aku diselubungi ketakutan.
Adakah ini pengakhiran hidupku?
"Choi Laliz, kau takkan dapat lari seperti mana mereka yang lain."
Dalam sekelip mata, rahangku dicengkam kuat oleh satu entiti hitam yang muncul secara tiba-tiba.
"Saya takkan lari sebab saya tahu setiap manusia yang hidup di muka bumi ini akan merasai kematian. Tetapi mohon... Ambil nyawa saya selepas anak-anak saya dilahir..."
"Manusia memang banyak meminta kan?"
Makin kuat rahangku dicengkam dan aku ditolak hingga ke penghujung cenuram.
"Tolong lepaskan..."
"Matilah kau manusia!"
Bergema suara memecah hening malam, seraya itulah aku rasa tubuh aku melayang jatuh dari cenuram tinggi.
Ah, inikah rasanya kematian yang mahu dielakkan oleh manusia?
Semakin rapat aku memejam mata, menghitung detik badanku menyembah tanah.
"Dapat."
Satu suara kedengaran dan pada masa itu juga badanku terasa disambut seseorang. Aku cuba celik sedikit demi sedikit.
Dr. Noe? Noe Taehyung?
Noe Taehyung menyeringai tajam mungkin kerana aku berjaya mengenalinya walaupun rupa lelaki itu tidak seperti biasa. Sepasang anak mata dan sayapnya hitam pekat.
"Isteri kepada Syaitan Raven tidak boleh mengalah." jari-jemari itu menari lembut di wajahku. Kuntuman senyum Noe Taehyung tidak mesra tetapi begitu menakutkan.
Aku tahu ini adalah sebuah mimpi. Kalau boleh aku mahu bangkit daripada tidurku dengan segera.
******
I spent all of the love I've saved
We were always a losing game
Small-town boy in a big arcade
I got addicted to a losing game
Ooh, ooh
All I know, all I know
Loving you is a losing game.
Sayup-sayup telingaku dapat menangkap bunyi lagu yang entah datangnya dari mana. Aku memaksa diri untuk celik walaupun terasa kesakitan mencengkam pada dada kananku disebabkan pembedahan kecil untuk menanam CVC catherer.
How many pennies in the slot
Giving us up, didn't take a lot
I saw the end before it begun
Still I carried, I carried, I carried on
Ooh, ooh
All I know, all I know...
(Duncan Laurence - Arcade)
Aku terpandang di satu sudut. Kelihatannya seorang lelaki berkemeja dan berseluar hitam tersengguk beberapa kali di atas sofa. Kot putihnya pula terdampar di atas meja bersama sebuah telefon pintar.
"Dr. Noe." dalam keperitan, aku memanggil.
"Dr. Noe." aku meninggikan sedikit suara memandangkan tiada reaksi oleh lelaki itu. Noe Taehyung tersentak kuat membuatkan aku ketawa kecil.
"Ah, dah sedar?" itu soalan pertama yang keluar dari mulut Taehyung.
"Dah." aku menjawab sepatah. Tidak lepas aku menonton kekalutan doktor tersebut. Aplikasi pemain muzik dimatikan sebelum batang tubuh itu menyarung kot putih dengan segera.
"Bagaimana, rasa sakit tak?" Taehyung menyoal lantas mendapatkanku.
"Mesti doktor penat kan, tunggu saya sampai saya sedar?" aku tidak menjawab soalan yang diajukan malahan melontarkan satu soalan kepada lelaki itu.
"T...tak penat pun." Noe Taehyung menjawab gugup sebelum menghenyak punggungnya ke atas bangku. Aku mengambil peluang mengamati setiap inci wajah dingin itu.
Terlalu sempurna, tiada cacat celanya.
"Doc, boleh saya tanya sesuatu?"
"Apa dia?"
"Siapa doktor yang sebenarnya? Ma... Maksud saya, asal-usul doktor." kerana sebuah mimpi dan kerana satu perkara yang pernah aku nampak namun aku pendamkan sahaja, hari ini aku berani bertanya.
Aku berharap Noe Taehyung tidak akan menipu.
**********
Sumpah, saya pun tak tahu jalan cerita boleh terpesong lagi daripada landasan yang saya telah bina.
Jauh teruk menyimpangnya.
Jangan marah naaa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro