26: Berhenti Kerja?
"Wang ini untuk bayar kos fisioterapi awak." sejumlah wang ditayang kepada Hwang Hyunjae sebelum disimpan rapi ke dalam dompet. Moon Jira menguntum senyum buat seketika sebelum kuntuman senyumnya mati sebaik menyedari wajah kelat Hyunjae.
"Memang muka tak malu ke asyik mengemis duit anak buangan awak? Tebal sangat ke muka tu?" Hyunjae menyindir. Lelaki itu mengengsot sedikit lantas mencapai beg plastik berisi makanan. Ada bebola nasi dibalut kepingan rumpai laut dan ayam goreng madu.
"Tebal ke nipis muka saya ni... Saya tak kisah. Janji kita ada wang untuk biaya kos rawatan awak dan juga belanja persekolahan budak berdua tu." Moon Jira menjeling Hwang Tae Eun dan Hwang Tae Ni yang terbaring kepenatan di atas lantai beralaskan permaidani usang.
"Kalaulah awak tak buang budak tu dulu, rasanya tak perlu..."
"Kalau saya tak buang dia, mungkin hidup dia terumbang-ambing tak tentu hala. Mungkin juga dia malu ada seorang ibu yang bekerja sebagai ibu ayam di kelab malam. Dia akan benci saya, Hyunjae." bidas Moon Jira.
"Ibu, ayah... Janganlah bertengkar. Kami tak suka." Tae Eun bangkit daripada pembaringan lalu memeluk si ibu manakala Tae Ni pula merangkul erat leher si bapa.
Moon Jira dan Hwang Hyunjae mati kata. Masing-masing mendiamkan diri dan sesekali hanya kedengaran si kembar berceloteh.
******
"Tak, jangan bagitahu abang yang ibunya ada datang." Hendery berbisik perlahan ke telinga Soobin tatkala Taehyung melintasi ruang tamu.
"Loki..." Taehyung menegur kucing berbaka scottish fold itu sebelum menghenyak tubuhnya ke sofa. Mata lelaki itu kini tertancap pada dua batang tubuh sedang membancuh air di dapur.
"Eri, Soobin... Datang ke sini kejap. Abang ada sesuatu yang penting untuk diberitahu." butang kemeja pada leher dilonggarkan manakala tie ditarik kasar lalu diletak ke atas meja.
"Ya, bang. Kami datang." Hendery menyahut lantas dirinya dan juga Soobin bergegas ke ruang tamu.
"Abang nak berterus-terang tentang Kak Laliz kamu..."
"Kenapa? Ada sesuatu yang berlaku pada kakak saya ke bang?" Choi Soobin menyampuk tanpa sempat Taehyung menyudahkan kata.
"Ya." Noe Taehyung mengangguk. Wajah Soobin direnung buat seketika.
"Esok Laliz akan menjalani pembedahan menanam CVC catherer pada bahagian dada kanannya dan selepas itu dia akan menjalani rawatan dialisis berkala..."
"Dialisis bang? Kak Laliz mengalami kegagalan buah pinggang ke?" Hendery pula mencelah. Dia terlalu maklum dengan terma-terma perubatan.
"Ya, disebabkan penyakit SLE." Taehyung mengangguk sebelum meraih tangan kanan Soobin.
"Penyakit tu boleh bawa maut kan bang? Seingat orang, kawan sekelas orang dulu pun meninggal disebabkan penyakit tu. Jadi Kak Laliz pun..." cukup sukar remaja itu menyudahkan kata. Sepasang matanya mula memerah.
"Jangan risau, kakak kamu kuat. Dia pasti dapat lawan penyakit tu." Taehyung mengusap lembut bahu Soobin.
"Soobin kenal sangat Kak Laliz tu, bang. Dah berapa kali dia cederakan diri-sendiri sebab cepat give up. Inikan pula..." tangis Soobin terhambur.
"Tak, kali ni kakak kamu takkan mengalah demi anak-anak yang dia kandungkan sekarang. Abang jamin." tubuh Soobin dipeluk Taehyung.
******
Laci ditarik perlahan dan sekotak rokok disambar. Dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju, Noe Taehyung menuju ke balkoni untuk melepaskan segala keresahan yang bertamu.
Sebatang rokok dinyalakan segera namun tidak dihisap, dibiarkan asapnya berkepul-kepul menari di udara. Kuntuman senyum dari bibir merekah Choi Laliz mula terlakar di mata Taehyung. Masih lelaki itu ingat lagi peristiwa siang tadi yang membuatkan pipinya membahang panas.
******
"Saya rindu Loki." Laliz mencebik tatkala Noe Taehyung melangkah masuk ke dalam wad persendirian dihuni wanita itu.
"Rindu Loki je?" Taehyung menghenyak punggungnya ke birai katil.
"Saya rindu Soobin dan Eri."
"Lagi?" Taehyung menyoal.
"Itu jelah. Loki, Soobin dan Eri." ujar Choi Laliz polos.
"Saya? Bagaimana dengan saya?" kali ini Taehyung malas berbasa-basi. Baik berterus-terang barulah senang untuk mendapatkan jawapan.
"Buat apa nak rindu, hari-hari jumpa awak." Laliz menjeling manja. Bebola benang diletakkan ke tepi memandangkan konsentrasinya untuk mengait baju sudah terganggu.
"Lepas ni kalau saya jarang datang jenguk awak, agak-agak rindu tak?" Taehyung menduga.
"Mungkin." sepatah Laliz menjawab sebelum menyambar lengan kanan Taehyung.
"Doc..."
"Apa dia?"
"Tak penat ke mengorat saya?"
********
Noe Taehyung ketawa kecil. Rokok di tangannya yang belum dihisap segera dihenyak sehingga apinya padam.
"Yakin je aku nak mengorat dia." omel Taehyung perlahan lalu melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Pintu gelangsar dibiarkan terbuka agar angin malam mampu mengurangkan bahang panas yang dialami lelaki itu ketika ini.
******
"Noe Taehyung..." sampul surat berwarna putih diserahkan kembali kepada Taehyung.
"Pakcik takkan terima permohonan berhenti kerja kamu." tegas lelaki berusia 50-an memberitahu.
"Pakcik Ed..."
"Kalau kamu mahu berhenti kerja semata-mata nak jaga perempuan tu, baik jangan." Edward Noe, pemilik Hospital Swasta Ataraxia dan juga abang kepada bapa angkat Taehyung, Cedric Noe masih bertegas.
"Laliz perlukan penjagaan yang rapi, pakcik. Tambahan sekarang ni dia sedang hamilkan anak-anak saya..."
"Kenapa singkat betul pemikiran kamu hah? Kenapa tak apply kerja waktu siang sahaja tak perlu on call? Atau pun apply cuti tanpa gaji? Ini nak berhenti terus." Edward menyindir.
"Kalau saya demand macam tu, belum tentu dapat. Baik berhenti kerja terus." Noe Taehyung menjawab mudah.
"Itulah kamu. Belum buat sesuatu dah fikir bukan-bukan. Pakcik tak sekejam itu dan pakcik masih perlukan kepakaran kamu di sini." Edward melepaskan satu keluhan.
"Kamu betul-betul sayangkan dia ke?" topik diubah. Kali ini Edward mahu menyelami hati anak saudara angkatnya itu.
"Siapa?"
"Choi Laliz."
Noe Taehyung terdiam serta-merta kerana dia tiada jawapannya.
Sayang? Mungkin ya.
Cinta? Mungkin tak.
*********
Chapter kali ni hilang rentak sikit dan saya tak tahu apa yang saya tulis. Sekian. 😅
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro