Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24: Kemunculan Lelaki Misteri

"Untuk awak." sejambak tulip ungu dan merah jambu diletakkan ke atas meja alih. Kini sepasang mata Dr. Noe tertancap pada mangkuk bubur milikku.

"Tak boleh nak makan. Ada ulser dua biji dalam mulut." aku memberitahu terlebih dahulu memandangkan aku seakan dapat menebak apa yang ingin diberitahu oleh lelaki itu.

"Tak lapar?" pendek Dr. Noe menyoal.

"Tak." aku menyambar bunga tulip pemberian Dr. Noe dan tetap menciumnya walaupun aku tahu bunga itu tidak berbau.

"Terima kasih, buat susah-susah je." aku melemparkan senyuman kepadanya. Dr. Noe turut tersenyum sebelum menghenyak punggungnya ke atas bangku.

"Tak nak ubah fikiran ke?" dia menyoal.

"Tak nak, doc. Saya tetap dengan keputusan yang sama." aku mengamati wajahnya. Nampak gusar tidak seperti hari-hari sebelumnya.

"Kalau doc rasa saya menyusahkan doc... Saya boleh pindah." sambungku.

"Tak, itu bukan masalahnya. Saya terima kehadiran awak di rumah itu dengan hati yang terbuka cuma saya concern... Sangat concern. Nyawa awak boleh melayang, Laliz." keluhan kecil dilepaskan Dr. Noe.

"Kalau doc concern, ambil berat tentang saya walaupun saya ni bukanlah sesiapa dan tiada pertalian darah dengan doc... Tolong, tolong bantu saya capai impian ni. Saya nak jadi ibu. Sekejap pun tak mengapa, doc." aku meraih tangan kirinya dan kugenggam kemas. Dr. Noe merenung wajahku bersama sepasang mata yang mulai berkaca.

"Saya boleh tolong awak tapi dengan syarat, berhenti panggil saya doc atau Dr. Noe." kedua-dua belah tanganku kini digenggam kemas.

"Panggil saya Taehyung mulai dari sekarang."

"Tae...hyung?" perlahan aku menyebut nama itu.

"Ya, sayang?" Taehyung menyahut sebelum tertawa kecil. Aku mencebik. Tak kelakar langsung.

"Petang nanti kita akan jumpa dengan Dr. Fok, Pakar Perunding Nefrologi. Dr. Jang pun akan sertai bersama nanti." Noe Taehyung bangkit daripada duduknya. Jambangan bunga tulip di ribaanku dicapainya dan lelaki itu menapak ke arah meja kecil.

"Kita?" aku buat-buat tidak faham.

"Ya, kita. Saya dan awak." dia membalas seraya itu memasukkan bunga tulip ke dalam gelas kaca.

"Ah." aku mengangguk sebelum memerhati tingkah lelaki itu.

******

"Memandangkan awak sedang hamil, pengambilan ubat-ubatan dan pil tahan sakit tertentu boleh menjejaskan kandungan, jadi selepas berbincang dengan Dr. Jang dan Dr. Noe... Saya cadangkan awak menjalani nocturnal dialysis. Dengan dialisis ini, pengambilan ubat-ubatan boleh dikurangkan dan awak tak perlu berulang-alik ke hospital. Rawatan ni boleh dibuat di rumah." terang Dr. Fok, seorang doktor berbangsa Cina yang sudah pun sepuluh tahun berkhidmat di jabatan nefrologi Hospital Swasta Ataraxia.

"Saya tak perlu ke hospital untuk buat dialisis?" aku menyoal kerana mahukan kepastian.

"Ya, tak perlu. Nocturnal dialysis ni dilakukan di rumah pada waktu malam ketika pesakit tidur." tenang Dr. Fok menjawab pertanyaanku.

"Mesin untuk dialisis tu macam mana doc? Kena beli ke?"

"Ah, tentang itu Dr. Noe dah selesaikan. Selepas awak menjalani pembedahan untuk memasukkan CVC catheter di bahagian atas dada kanan nanti, technician akan set up mesin nocturnal dialysis di rumah awak atau lebih tepat lagi, di dalam bilik tidur." Dr. Fok tersenyum. Silih berganti aku dan Noe Taehyung dipandangnya. Dr. Jang pula dari tadi sekadar menjadi pendengar setia, sesekali lelaki itu mengangguk mengiyakan sahaja apa yang didengarnya.

"Terima kasih, Dr. Fok. Terima kasih, Dr. Jang. Terima kasih Dr. Noe." aku bangkit dan memberi tunduk hormat kepada mereka bertiga.

"Aih, tak ada apa-apalah. Ini tugas kami sebagai doktor." Dr. Fok ketawa hingga kedua belah matanya menyepet.

******

"Kira!" dua kotak rokok dihempas ke kaunter. Choi Soobin buat-buat tidak tahu.

"Woi pekak! Kiralah!" kali ini Soobin dijerkah oleh Jaebeom. Dohyun di sisi menayang muka kerek sambil mengunyah gula-gula getah.

"Kad pengenalan?" acuh tidak acuh Soobin meminta.

"Eh, dia ni... Menganjing aku teruk ya. Nak kena belasah lagi ke hah?" Jaebeom merentap kuat kolar baju Soobin sehinggakan dua butang tertanggal.

"Tak cukup umur gatal nak merokok. Lepas tu ugut dan belasah orang sesuka hati. Ini ke yang kau belajar di sekolah?" satu suara menjerkah kuat. Seorang lelaki misteri, berjaket hoodie dan berkaca mata hitam mendekati mereka bertiga.

"Aku tanya ni, di sekolah kau belajar apa?" telinga Jaebeom dan Dohyun ditarik kuat.

"Sa...sakitlah, bang." kedua mereka mengaduh tanpa henti.

"Kau tumbuk biras aku tempoh hari tak fikir pula dia sakit ke tidak. Sekarang, keluar dari kedai ni dan jangan kacau dia lagi!" tubuh Jaebeom dan Dohyun ditolak.

"Tahu takut." hoodie dilorot ke bawah dan kaca mata hitam ditanggalkan.

"Hai, birasku." Noe Hendery tersengih lebar kepada Choi Soobin.

********
Saya ikut jari menaip je tau. Memang tak rangka plot/jalan cerita. 😂😂😂 Saya cuba tamatkan fanfic ini di bab 30 ya. So tinggal 6 bab lagi.

Jangan lupa spam komen, kasi semangat sikit. 😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro