Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23: Kedegilan Laliz, Kenakalan Loki

"Bagaimana dengan keputusan awak?" ringkas Dr. Jang menyoal.

"Saya akan teruskan kandungan ini, doc. Saya percaya pada Tuhan. Saya percaya akan adanya keajaiban dan saya percaya... Saya bakal jadi ibu yang kuat untuk anak-anak saya." aku tersenyum dalam keterpaksaan.

"Laliz, jangan terburu-buru buat keputusan. Ambil masa dan fikir sebaik-baiknya." kali ini Dr. Noe bersuara.

"Tak perlu. Saat mereka bertiga wujud dalam rahim saya... Saya nekad untuk jadi seorang ibu walau apa jua keadaan sekalipun." lelaki berwajah keruh itu kutatap buat seketika sebelum kembali menunduk.

"Kita sama-sama kuat ya?" aku menyentuh dan mengelus lembut perutku diiringi titis air mata yang kembali tumpah membasahi pipiku buat ke sekian kalinya.

******

"Tak boleh ke doc saya cuba bersalin secara normal dulu? Kalau tak berjaya barulah doc teruskan dengan caesar." wanita hamil berusia 32 tahun, berambut kerinting pendek menyoal.

"Tak boleh. Memandangkan bayi dalam kandungan awak ni besar, potensi untuk alami masalah shoulder dystocia amatlah tinggi. Ianya bahaya untuk bayi dan mungkin juga bakal mengancam nyawa awak." terang Noe Taehyung. Dirinya perlu bertegas dengan pesakit dan tidak boleh menurut kehendak mereka sesuka hati.

Wanita hamil itu mempamerkan wajah kelatnya.

"Bagaimana ni bang? Sayang nak bersalin normal, tak nak caesar." pandangan daripada suaminya dipinta.

"Jangan nak mengada-ngada. Bila doktor cakap macam tu, terima je sebab doktor lagi arif tentang ini. Bukannya dia suka-suka nak buat pembedahan tu." agak keras jawapan yang diberikan oleh lelaki bertatu harimau belang di bahu kanan itu. Si isteri kelihatan tersentak.

"Baiklah, saya ikut kata doktor." dalam menahan rasa kecewa, kata putus diberikan.

Noe Taehyung menguntum senyum. Nampaknya masalah ini tidak perlu berlanjutan lagi dan dia boleh menarik sedikit nafas kelegaan. Sekarang hanya tinggal satu lagi masalah yang perlu diselesaikannya iaitu kedegilan Choi Laliz.

******

"Loki, ini aku punya. Jangan meminta." Noe Hendery menolak lembut Loki menggunakan kakinya. Jejaka itu rimas apabila Loki asyik menempel dan mengiau tidak putus.

Dari dapur, Hendery menapak ke ruang tamu dengan tergesa-gesa. Alat kawalan jauh dicapai dan tubuhnya dihempas ke sofa. Tangan kanan terkial-kial membuka penutup aiskrim manakala tangan kiri menekan-nekan alat kawalan untuk mencari siaran televisyen yang diminati.

"Dah start pun." gumam Hendery sebelum menikmati aiskrim berperisa mint choco. Terpapar kegembiraan pada wajahnya.

Meow. Loki menghampiri, melompat naik ke atas sofa. Kepalanya digesel-geselkan pada lengan Hendery.

"Degillah kau ni. Kau tak boleh makan aiskrim ni, nanti kau sakit." bebel Hendery. Hidung merah jambu Loki ditonyoh geram.

Meow. Loki melompat naik ke ribaan Hendery.

"Alah, janganlah. Tunggu aku habiskan ais..."

"Aku dah pulang."

Suara tidak bermaya menyapa menyentak Hendery. Choi Soobin melewati ruang tamu sambil tertunduk, seperti menyembunyikan sesuatu.

"Kau kenapa? Apa yang dah berlaku?" bekas aiskrim diletak ke atas meja dan Hendery bergegas mendapatkan remaja itu. Wajah Soobin diangkat.

Mata Hendery membuntang. Ada tiga kesan-kesan lebam di pipi, bibir dan pelipis mata remaja itu.

"Siapa buat kau sampai nampak teruk macam ni?" Hendery menyoal keras.

"Aku jatuh masa main bola." jawab Soobin ringkas. Pandangannya ditala ke arah lain kerana tidak sanggup bertentang mata dengan lelaki tua dua tahun daripadanya.

"Aku yakin, ini bukan lebam jatuh tapi lebam kena tum..."

Bbuk! Bunyi sesuatu jatuh ke lantai mematikan bicara Hendery. Dia menoleh segera mencari punca bunyi tersebut.

"Loki! Jangan makan aiskrim tu!" nyaring Hendery menjerit pantas aiskrim yang sudah tumpah ke atas permaidani kerana kenakalan Loki dimasukkan kembali ke dalam bekasnya.

"Aihh, kalau abang tahu... Mati aku dikerjakannya."

Meow. Loki mengiau manja.

"Ah, sudahlah. Jangan memujuk." marah Hendery. Melalui ekor matanya, Choi Soobin beredar dari ruang tamu dan terus masuk ke dalam bilik.

Meow.

"Budak nakal, hukumannya berada di dalam sangkar sampai insaf." tubuh Loki diangkat dan didukung geram. Digomol tubuh kucing tersebut lalu langkah diatur ke arah sangkar besi.

Nasib kaulah, Noe Loki. Siapa suruh cari pasal?

*******
Ada nak cakap apa-apa ke? 😬

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro