Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

22: Tangisan Dalam Pelukan

"Wooyoung."

"Apa dia?"

"Kau, aku dan Pegawai Yang je yang tahu identiti sperm donor kepada Laliz..."

"Kawan baik kau, Si Mina tu pun tahu." Jang Wooyoung memintas bicara Noe Taehyung.

"Aish, patutlah kuat menyindir suruh aku dapatkan anak." Taehyung mendengus perlahan. Minumannya disisip sedikit.

"Kita rahsiakan pada Laliz ya tentang siapa sebenarnya penderma tu dan aku... Aku cuba bantu dia semampu yang boleh." roti berintikan krim mentega dipandang sepi tadi kini dijamah Taehyung memandangkan perutnya mula bergelojak meminta untuk diisi.

"Aku rasa aku, kau dan Mina tak ada masalah... Cuma Jeongin tu. Itu aku tak percaya. Mulut macam bontot ayam." Wooyoung melepaskan satu keluhan apabila mengenangkan perangai tidak semengah Yang Jeongin.

"Tak apa, hal tu aku akan selesaikan. Aku akan kunci mulut dia serapatnya." Noe Taehyung tersenyum tawar sebelum menunduk merenung kasutnya.

*******

"Laliz okey?" itu soalan pertama yang dilontarkan Dr. Jang sebaik melangkah masuk ke dalam wad yang dihuniku selama beberapa hari ini. Doktor itu tidak datang bersendirian, tetapi berteman. Siapa lagi kalau bukan Dr. Noe.

"Okey." dari posisi baring, aku bingkas bersandar pada kepala katil. Sekilas aku menjeling Dr. Noe. Lelaki itu mula mengambil tempat duduk di bangku lalu meraih tangan kananku.

Apa hal pula nak berlakon sweet depan Dr. Jang ni?

"Saya ada perkhabaran yang tidak baik untuk awak." bicara Dr. Jang berjaya memecah suasana sepi bilik ini.

"Apa doc? Anak-anak saya tak okey ke?" aku pandang Dr. Jang dan Dr. Noe silih berganti. Jantungku turut berdegup kencang dan cukup terasa wajahku membahang panas.

"Mereka okey cuma ibunya tak. Melalui hasil pemeriksaan darah dan air kencing yang telah dilakukan, awak menghidap lupus nephritis."

Lupus nephritis? Aku tak salah dengar ke?

Aku pandang Dr. Noe. Lelaki itu sekadar menunduk dan mengenggam tanganku kemas. Patutlah sehari dua ini dirinya seperti ada menyimpan rahsia daripadaku. Akhirnya, aku tahu jawapan itu.

"Saya dah agak dah, doc. Satu penyakit auto imun yang saya dapat... Pasti ada penyakit lain lagi yang akan berkunjung. Cepat atau lambat je." aku menghadiahkan senyuman penuh kepura-puraan kepada Dr. Jang. Di dalam hati, aku mula menangis.

"Sebelum tu saya minta maaf, Laliz. Apa yang saya akan katakan sebentar lagi mungkin awak tak boleh terima." Dr. Jang kekal berdiri, sesekali beberapa keping kertas di tangannya di belek-belek.

"Apa dia doc?" aku mengetap bibir, menahan diri untuk tidak menangis.

"Kehamilan awak berisiko disebabkan sel lupus dah mula attack buah pinggang awak... Jadi awak diberi dua pilihan, gugurkan kandungan atau teruskan sahaja?" Dr. Jang merenung tepat wajahku. Dua pilihan yang diberi, ianya tidak ubah seperti aku dijatuhkan hukuman mandatori.

"Ka...kalau saya mahu teruskan kandungan ni, apa yang akan berlaku?" aku menunduk. Titis-titis air mataku mula merembes membasahi pipi.

"Nyawa awak terancam dan kandungan tu akan jadi kandungan berisiko tinggi. Mungkin awak akan mengalami keguguran pada bila-bila masa, atau mungkin kandungan itu membuatkan awak lebih sakit lagi." jelas Dr. Jang panjang lebar. Aku mengangkat pandangan. Aku merenung Dr. Noe yang setia berada di sisiku.

"Apa yang harus saya buat?" soalan itu kuajukan kepadanya sebelum tangisanku terhambur.

"Laliz..."

"Doc, apa yang harus kita buat?" tubuh Dr. Noe kurangkul erat dan di bahu lelaki itu, aku menangis semahu-mahunya.


*********

Penyakit SLE atau Systemic Lupus Erythematosus merupakan penyakit auto-antibodi yang berpunca daripada sistem pertahanan immun badan menyerang organ pesakit. Lebih mudah dikenali sebagai penyakit 'makan tuan'.  Penyakit ini  merupakan penyakit sistemik yang boleh merosakkan pelbagai organ badan seperti otak, jantung, buah pinggang, sistem darah, hati dan otot serta sendi. Ia sering menyerang pesakit dalam kalangan wanita berumur antara 15 ke 45 tahun.

Secara umum SLE boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:

1) Systemic Lupus Erythematosus: Systemic bermaksud keseluruhan tubuh. Maknanya penyakit ini boleh menyerang seluruh bahagian badan.

2) Discoid Lupus Erythematosus: Ini ialah gangguan kulit yang kronik. Ruam merah boleh timbul di seluruh badan, muka dan kepala. Individu yang ada masalah ini mungkin mengalami SLE pada ketika itu atau mendapatnya kemudian.

3) Lupus yang terjadi akibat pengambilan ubat: Gejala lupus ini sama seperti SLE, tetapi hilang apabila pengambilan ubat dihentikan.

Bagi pesakit buah pinggang kronik yang disebabkan oleh SLE, ia dikenali sebagai Lupus Nephritis.

Lupus Nephritis didiagnos melalui simptom dan tanda-tanda klinikal serta penemuan 'renal biopsy' atau biopsi yang dilakukan ke atas tisu buah pinggang.

Lupus Nephritis boleh diklasifikasikan kepada 6 kelas.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro