20: Pulang Ke Honolulu?
"Jawablah call aku, tak guna!" Noe Taehyung mendengus setelah beberapa panggilan yang dibuatnya tidak berjaya.
"Jawab, jawab, jawab." hujung kuku digigit sementara menanti panggilan entah ke berapa belas dijawab.
"Hello." akhirnya suara serak menyapa di hujung talian.
"Yang Jeongin tak guna! Kau dah perdajal aku ke gila?" hambur Taehyung tanpa menunggu sesaat pun. Yang Jeongin ketawa kecil sepertinya lelaki itu tahu tujuan Taehyung menghubunginya.
"Bertenang, Dr. Noe."
"Bertenang? Bertenang apa, gila? Kau ingat kelakar ke prank yang kau dah buat? Kalau kau berdendam dengan aku sekali pun sebab tak menang pakaian terbaik masa Malam Sinar Harapan tu, janganlah buat aku begini gila!" Noe Taehyung menghenyak tubuhnya ke sofa. Kalau dibiarkan berdiri, boleh terbang segala peralatan yang berada di dalam bilik konsultasi tersebut.
"Memang kau bertuah, Dr. Noe. Dulu dapat tempat pertama pakaian terbaik walaupun kau pakai biasa-biasa. Dapat undi berdasarkan rupa je. Sekarang, jackpot! Tiga... Tiga anak kau dapat sekaligus. Tahniah." makin menjadi-jadi tawa Yang Jeongin sebelum panggilan sengaja diputuskan.
Tut. Tut. Tut.
"Babi kau, Yang Jeongin. Kau memang babi!!!!!"
******
"Apa kak? Akak sedang hamil anak kembar tiga?" sepasang mata Choi Soobin membuntang. Wajahku dan Noe Hendery silih berganti dipandangnya.
"Ya." aku mengangguk seraya menguntum senyum.
"Yeayyyy!" sorak Soobin dan Hendery serentak dan tanpa sedar mereka berpelukan kegembiraan.
"Tak lama lagi kita akan jadi pakcik, bang." Soobin tersengih kepada Hendery.
"Haa, tahu pun kau nak panggil aku abang." Hendery menampar lengan Soobin lantas menghampiriku.
"Kak."
"Apa dia?"
"Nanti akak ikut abang pulang ke Honolulu ke?" Hendery menyoalku.
Honolulu? Ada apa dengan Honolulu? Serius aku tak faham dengan apa yang ingin disampaikan Noe Hendery.
"Maksud Eri? Akak tak faham." baik mengaku tak faham atau tak tahu daripada pura-pura tahu akan semuanya.
"Mesti Abang Taehyung belum bagitahu akak tentang ni." Hendery duduk di birai katil.
"Eri datang ke mari atas arahan papa dan mama untuk bawa abang pulang ke Honolulu. Papa minta abang bekerja di hospitalnya. Surat pertukaran pun papa dah sediakan." sambung Hendery sambil bermain dengan sebiji epal.
"Oh." itu sahaja yang aku mampu balas. Aku memang tidak tahu apa-apa tentang Dr. Noe dan keluarganya. Aku dan dia hanya sekadar roommate atau housemate sahaja, tidak lebih dari itu. Ditambah pula aku jarang bersua muka dengan Dr. Noe kerana kekangan kerjanya, jadi kami tiada peluang untuk mengenali di antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Kalau Dr. Noe mahu pulang ke Honolulu, aku tak boleh buat apa. Terpaksa juga aku teruskan hidup tanpa perlu bergantung pada lelaki itu.
"Soobin takkan bagi akak pindah ke sana, akak kena duduk dengan orang." Soobin mencelah tatkala aku dan Hendery mendiamkan diri.
"Ya, akak takkan ke mana-mana. Akak akan tinggal di sini, mati pun di sini." balasku.
"Tengok, kakak sayang aku lebih daripada abang kau." Soobin mencebik kepada Hendery. Perangai tidak matangnya datang lagi.
"Kau yakin ke?" Hendery menjeling tajam.
"Ya, aku yakin."
"Jangan terlalu yakin ya, nanti pengakhirannya akan kecewa."
"Kau dan abang kau yang akan kecewa nanti."
Aghhhh, naik serabut pula aku dengan perangai mereka berdua. Berapa saat je berbaik. Lepas itu bertengkar lagi, lagi dan lagi.
"Kak Laliz tengah tak sihat tu. Kalau nak bergaduh, sila keluar." Dr. Noe melangkah masuk berbekalkan wajah serius. Hendery dan Soobin menikus ketakutan sebelum mereka berdua beredar dari bilik ini dengan tergesa-gesa.
"Ada apa ya, doc? Kerap sangat datang jenguk saya." aku bersandar pada bantal.
"Dr. Jang ada bagitahu saya, awak perlu tinggal di sini lagi dua hari. Ada dia bagitahu kenapa?" Dr. Noe merenungku.
"Tak ada. Kenapa?" aku menyoalnya balik.
"Tak ada apalah, saja nak tanya." Dr. Noe melangkah ke arah tingkap. Pandangannya dibuang jauh ke luar dan sesekali lelaki itu menguak rambutnya.
Aku tahu, pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran Dr. Noe.
*******
Apa agaknya yang menganggu fikiran Dr. Noe ya? 🤔
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro