Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2: Makna Sekuntum Senyuman

"Ferguson reflex, merupakan satu mekanisme dalam badan di mana bila kepala bayi menekan pangkal rahim dan membuka pintu rahim menyebabkan signal dihantar ke otak untuk melepaskan lebih banyak hormon oksitosin ke dalam darah." Noe Taehyung memberikan penerangan walhal dia tahu doktor pelatih yang berada di hadapannya mungkin sudah sedia maklum dengan perkara-perkara asas tentang proses bersalin.

"Hormon oksitosin ini akan menyebabkan rahim mengecut lagi kuat dan menolak bayi ke bawah seterusnya menyebabkan pintu rahim membuka lagi. Proses ini akan berterusan sehinggalah bayi keluar." sambung lelaki itu sebelum mengerling jururawat bermata panda, lingkaran gelap di bawah matanya kelihatan jelas sekali.

"Jururawat Yoon."

"Ya, Dr. Noe?" sepertinya Yoon Hani tersentak tatkala namanya diseru.

"Selain doktor, jururawat perbidanan juga perlu ambil tahu hal ini ya. Ini perkara asas." sedikit senyum terukir di hujung bibir Taehyung.

"Ba...baik, doc." Hani menjawab gugup. Aduhai,  kalau doktor lelaki itu senyum... Ada dua maksud. Senyum yang betul-betul ikhlas atau pun senyum memerli. Siapa di jabatan obstetrik dan ginekologi Hospital Swasta Ataraxia tidak kenal dengan Dr. Noe? Semuanya arif akan perangainya.

"Awak, awak dan awak... Saya mahu tahu faktor penyebab dan tanda-tanda berlakunya tali pusat terkeluar dahulu sebelum bayi. Attachkan bersama kes-kes yang pernah berlaku tidak kisahlah di negara ini atau luar negara dan laporannya mesti dihantar ke bilik saya esok. Boleh?" silih berganti wajah tiga doktor pelatih dipandangnya.

"Boleh." jawab ketiga-tiga mereka serentak. Noe Taehyung mengangguk puas hati lalu mengeluarkan satu bar coklat dari kocek kot putih yang dipakainya. Langkah diatur meninggalkan wad bersalin bersama perut yang sedang berkeroncong hebat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro