19; Identiti Penderma Terbongkar
Imbas kembali
"Kak, tolong ya?" Soobin duduk melutut bersama esakan halus. Aku terkedu dengan tingkah drastiknya itu.
"Akak janji, akak janji." aku merangkul tubuh Soobin seeratnya. Dalam gerimis di tengahari, aku dan dia menangis bersama-sama seperti mana ketika kami berdua kehilangan ibu dan ayah sepuluh tahun yang lepas.
Aku takkan sesekali cederakan diri-sendiri kerana di dalam rahim aku kini, dihuni tiga nyawa yang akan membesar hari demi hari dan bakal lahir ke dunia lebih kurang lapan bulan lagi.
*****
Imbas kembali
"Saya terpaksa." Dr. Noe memotong bicaraku. Wajahnya tampak serius, tiada sedikit pun segaris senyuman. Kelihatan juga renik peluh menghiasi dahi lelaki itu. Mesti terkejar datang ke kafe ini untuk bertemu denganku.
"Walaupun terpaksa, tetapi ada bayarannya doc." aku menguntum senyum. Di dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu betapa terdesaknya aku di saat ini. Aku perlukan tempat berlindung, sebuah rumah yang bagus untuk membesarkan kembar tiga tersebut dan aku... Aku perlukan seseorang yang boleh meminjamkan aku bahu, menghulurkan tangan padaku bila aku jatuh ke lohong kegelapan.
Aku rasa, Dr. Noe paling sesuai berdasarkan keperibadian dan penampilannya. Dia pasti akan tolong aku.
"Ya, saya tahu. Setiap tindakan akan ada harganya. Tell me, apa yang awak perlukan?" kini sedikit senyum terukir di hujung bibir Dr. Noe.
"Carikan saya tempat tinggal. Saya betul-betul perlukannya sekarang." aku membuat permintaan tanpa segan silu.
*******
"Jauh termenung?" sapaan seseorang berjaya menghapuskan segala babak yang cuba kuingati.
Tak perlu toleh, aku sudah tahu siapa gerangannya.
"Jus limau gedang, bagus untuk perempuan hamil." minuman itu dihulurkan kepadaku. Aku tidak mengambilnya kerana malas menempah nahas, boleh buat aku ulang-alik ke tandas.
"Marahkan saya lagi?" Dr. Noe mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku menginjak sedikit. Rimas pula duduk hampir berselisih bahu, tambahan ada beberapa pasang mata memerhati.
"Kalau doc jadi saya, agaknya doc marah tak bila jadi mangsa tuduhan melulu?" sindirku.
"Mestilah marah tapi sekejap je. Manusia ni tak sempurna, kadangkala lancang berbicara." tenang Dr. Noe menjawab sebelum menyedut dua jus limau gedang sekaligus.
Buat-buat comellah tu.
"Laliz."
"Apa?"
"Siapa bapa kepada bayi awak tu? Tahu ID-nya?" Dr. Noe merenungku.
"Pembetulan, doc. Sepatutnya doc tanya macam ni... Siapa bapa kepada bayi, bayi, bayi awak tu? Haa, baru kena. Maka jawapannya saya tak tahu identiti sebenar penderma tersebut. ID? Biarlah rahsia." aku bingkas berdiri setelah merasa kebas di bahagian punggung akibat duduk terlalu lama di atas bangku.
Sempat aku menyentuh tangkai-tangkai lavender lantas membuka langkah meninggalkan rumah hijau.
"Laliz, kalau nak tahu identiti sebenar penderma tu... Saya boleh tolong." Dr. Noe berjalan menyaingiku.
"Tak perlu, doc. Takut expectation saya terlalu tinggi, realitinya mungkin boleh mengecewakan hati." jawabku jujur. Ya, aku tak meletakkan apa-apa harapan lepas aku terbaca satu kes yang berlaku di mana satu hospital swasta menyatakan mereka ada sperma milik Donald Trump. Maka ada perempuan sanggup menggunakan sperma itu semasa prosedur IVF. Tup tup tup bila anaknya lahir, berkulit gelap dan berbangsa African.
Manalah tahu aku kena scam juga nanti.
"Saya berniat nak tolong je, tapi tak mengapalah... Saya hormat keputusan awak." Dr. Noe membalas.
*******
Cakap tidak serupa bikin. Noe Taehyung kini berada di hadapan pintu masuk Bank Sperma Hospital Swasta Ataraxia yang bersebelahan dengan Pusat Penyimpanan Embrio. Dua orang jururawat berada di kaunter tidak lokek tersenyum kepada doktor lelaki itu.
"Doc tunggu siapa?" salah seorang daripada jururawat tersebut menghampiri Taehyung dan menyoal lembut.
"YANG. JEONGIN." sengaja nama musuh abadinya ditekan. Sesekali Taehyung melirik ke sana sini, mencari kelibat Jeongin.
"Nampaknya doc terlambat. Baru semalam Pengawai Yang bercuti, selama dua tahun. Hari ni, dia akan fly ke Amsterdam untuk melanjutkan pelajaran. Rasanya sekarang dah naik flight."
"Kalau macam tu, boleh saya dapatkan maklumat tentang sperm donor untuk patient bernama Choi Laliz?
"Dr. Jang yang minta ke?"
"Ya, dia minta awak serahkan maklumat tu pada saya." Taehyung mencipta satu pembohongan di atas nama Jang Woyoung.
"Sekejap ya, doc."
******
"Yang Jeongin! Kau memang tak guna!" Noe Taehyung menghempas fail biru ke atas meja kerjanya.
Terpapar maklumat peribadi Choi Laliz di ruangan atas, manakala ruangan bawah... Maklumat lengkap penderma sperma.
Noe Taehyung. ID: 7788
**********
Jika anda penulis fanfic ini dan anda ingin mematikan satu watak... Siapakah pilihan anda, hero atau heroin?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro