17: Tuduhan Melulu
"Sebenarnya, doc. Saya..."
"Awak ada buat kerja tak elok ke?" bicaraku dipotong Dr. Noe.
Kejap? Kerja tak elok?
"Maksud doc?"
"Yeah, mungkin awak..."
"Doc! Saya tak semurah yang doktor sangka dan saya tak pernah buat kerja yang bukan-bukan!" bagai dapat menangkap maksudnya, aku pula memintas bicara doktor itu. Terasa wajahku membahang panas dan tubuhku menggeletar ketika ini.
Dr. Noe terdiam. Pandangannya dilemparkan ke arah tingkap.
"Tak sangka, seorang doktor yang saya sanjung selama ini rupanya berfikiran skeptikal, tidak rasional dan suka serkap jarang." bibirku bergetar menahan diri supaya tidak menangis.
"Okey, saya minta ma..."
"Boleh masuk? Hei, Dr. Noe!" seorang doktor lelaki berkumis nipis melangkah masuk ke dalam wad persendirian yang dihuniku. Aku terlalu kenal dengan doktor itu.
"Buat apa di sini?" bahu Dr. Noe ditepuk. Dr. Noe sekadar menguntum senyum dan aku pula bereaksi seperti tiada apa-apa berlaku.
"Laliz, okey?" Dr. Jang menyapa. Dr. Jang merupakan doktor paling peramah dan kelakar yang pernah aku jumpa selama aku menerima rawatan di sini.
"Saya okey, doc." aku menjawab perlahan.
"Laliz ni patient aku. Akulah yang cadangkan dia buat IVF lepas pembedahan buang sel endometriosis, adenomyosis dan fallopian tubes yang dah rosak teruk tu." terang Dr. Jang kepada Dr. Noe.
Aku perasan, riak wajah Dr. Noe berubah sedikit. Ternyata kini baru dia tahu bahawa dia telah membuat tuduhan melulu terhadapku.
"Boleh kita berbincang di luar?" Dr. Noe menguak rambutnya sebanyak dua kali. Aku tahu itu tanda lelaki itu sedang keresahan.
"Oh, boleh." Dr. Jang menurut sahaja. Sebaik mereka berdua keluar, Choi Soobin pula melangkah masuk bersama bungkusan plastik.
"Susu almond untuk Kak Laliz." ceria remaja itu mengeluarkan dua kotak kecil susu almond dan tiga pek choco pie.
"Terima kasih. Ah... Eri mana? Ada terserempak dengan dia di luar?" aku menyoal dan tercari-cari kelibat Hendery.
"Entahlah, kak. Dah pulang agaknya." dengan choco pie penuh di dalam mulut, Soobin menjawab.
"Aigoo. Tak pernah tak comot." aku mengeluh.
******
"Boleh aku tahu bagaimana Laliz boleh buat IVF?" Noe Taehyung bersandar pada dinding konkrit. Sebatang rokok dihulurkan kepada Jang Wooyoung.
"Memandangkan dia belum berkahwin dan tiada perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya, dia pilih untuk guna sperm donor. Kebetulan pula hospital kita buat tajaan untuk mereka-mereka yang ingin buat IVF tapi tak berkemampuan, jadi dia salah seorang yang terpilih." Wooyoung menyedut rokok di tangannya. Kepala didongak dan asap dihembus perlahan.
"Kau tahu siapa penderma tu?" Taehyung menyoal lagi kerana hatinya memberontak ingin tahu.
"Kau kena tanya mereka yang bekerja di sperm bank. Itu pun kalau kau rela bertentang mata dengan musuh abadi kau." Wooyoung tergelak sebelum terbatuk kecil.
Musuh abadi?
"Aku rasa tak sedap hati." Taehyung menghenyak rokok miliknya ke bekas abu.
"Ada sesuatu yang aku perlu uruskan. Jumpa lagi." Taehyung menepuk bahu Wooyoung lalu lelaki itu beredar dengan tergesa-gesa.
********
Saya pun tak tahu saya tulis apa. Tak rasa mengarut sangat ke? 😅
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro