Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14: Telenovela Bukan Drama

"Tak, masalahnya kau siapa?"

"Kau siapa? Ini rumah aku."

Baru je nak lelapkan mata lepas berperang dengan kesusahan untuk tidur, aku terdengar dua orang lelaki sedang bertelingkah.

Rasanya itu suara Hendery dan...

"Aku tanya kau dulu, kau jawablah."

Ah, sudah. Mesti ada salah-faham di antara mereka berdua. Aku pula lupa nak bagitahu Soobin tentang Dr. Noe dan Hendery. Tidak jadi untuk tidur, segera aku bangkit daripada pembaringan lalu turun dari katil dan berjalan tergesa-gesa menuju ke pintu.

"Kak Laliz? Kak Laliz mana?" lantang Soobin menyeru namaku. Mesti dia keliru dengan keadaan sekarang.

"Akak di sini." aku menjawab seraya membuka luas pintu kamarku.

"Haa, ini kakak aku." Soobin memeluk erat lengan kiriku. Wajah Hendery direnungnya tidak puas hati.

"Dia kakak ipar aku. Isteri kepada abang aku." Hendery pula memaut lengan kananku.

"Apa?" Soobin sepertinya terkedu dengan bicara Hendery. Kini aku direnungnya lama seakan meminta meminta jawapan.

"Ahhh... Se...sebenarnya... Akak dan Dr. Noe dah kahwin." walaupun tergagap-gagap, aku berjaya mencipta satu pembohongan.

Choi Soobin melopong. Silih berganti wajahku dan Hendery dipandangnya.

"Orang tak percaya." Soobin menggeleng-gelengkan kepala lalu menala langkah ke arah sofa. Tubuhnya dihenyak ke atas perabot itu bersama kekeliruan. Ya, nampak jelas di wajahnya kekeliruan itu.

"Maafkan Soobin ya, Eri. Dia tak tahu apa-apa."

"Tak mengapa, kak." Hendery menguntum senyum.

"Kalau tak keberatan, boleh tak Eri dan Soobin tinggal satu bilik memandangkan  bilik tidur hanya ada tiga?"

"Tak nak!" serentak Hendery dan Soobin menjawab kuat. Terperanjat aku dibuatnya.

"Kenapa pula orang kena tidur dengan dia tu? Kan bilik ada tiga. Jangan cakap akak dengan Dr. Noe tidur asing-asing?" meluncur laju dua soalan daripada Soobin membuatkan aku terkedu. Sepertinya aku sudah terjatuh ke dalam jerat yang aku pasang sendiri.

"Ya, kami tidur asing-asing sebab Dr. Noe tak suka..."

"Ah, pokok pangkalnya orang tak nak duduk sebilik dengan dia tu." Soobin mendapatkanku lalu menguntum senyum. Apa kena pula dah?

"Bilik ini, adik yang punya." aku dihadiahkan satu jelingan sebelum remaja itu melangkah masuk ke dalam kamar milikku dan mengunci pintu.

"Kahwin tapi tak nak tinggal sebilik, baik tak payah kahwin!" Soobin melaung dari dalam.

Aku bungkam tanpa kata.

"Selamat malam, kak. Eri tidur dulu ya." Hendery mempamitkan dirinya lalu beredar pergi meninggalkan aku terkulat-kulat seorang diri di ruang tamu.

******

"Loki." bosan dengan rancangan yang disiarkan kaca TV, aku cuba mengajak kucing baka scottish fold itu bermain.

Meow. Loki mengiau malas sebelum memejam mata rapat. Nampaknya Loki mengantuk dan tidak berminat untuk bermain denganku.

Terpapar pukul 2:05 pagi pada skrin telefonku. Ingatkan mahu berbincang dengan Dr. Noe tentang masalah bilik, sampai sekarang lelaki itu belum pulang.

"Aih." aku melepaskan satu keluhan lalu bersandar pada dinding konkrit bercat kelabu. Sesekali aku mengusik ekor Loki dan mengusap tubuhnya.

"Kamu bertuah, Loki. Ada katil sendiri." aku mengomel perlahan sebelum memejam mata rapat kerana rasa mengantuk mula menguasai diri.

Ah, lantaklah.

*******

Sssshhh. Sssshhh. Ssssshhh.

Tidurku terganggu apabila sepasang telingaku dapat menangkap bunyi sesuatu. Selang beberapa saat, bau wangi pula mula menusuk hidungku.

Aku menggeliat malas lalu membuka mata. Perkara pertama yang aku lakukan sebaik terjaga dari tidur,  memerhatikan keadaan sekeliling sebelum memeriksa telefon.

Keadaan sekarang cukup berbeza. Aku tidak berada di ruang tamu malahan...

Kelihatan Dr. Noe menyarungkan kemeja putih ke tubuhnya. Butang kemeja dikancing dengan cermat. Aku seperti orang bodoh, menonton setiap  gerak-geri Dr. Noe.

"Dah bangun?" satu soalan ringkas, ada sedikit kedinginan diutarakan kepadaku.

"Ah... Bagaimana saya..."

"Eri dah explain tentang apa yang berlaku semalam. So, selamat menjadi teman sebilik mulai sekarang." hujung bibir Dr. Noe terjungkit.

"Doc, saya..."

"Saya dah lambat." tali leher dan beg galas disambar.

"Ah, nampaknya Loki mengalami selesema. Jangan lupa bagi dia ubat." sempat Dr. Noe berpesan sebelum melangkah keluar dari bilik yang dihuni kami berdua.

Arghhhh! Drama kami dah bertukar jadi telenovela!!

*******

Klise, tapi yeahhh. Saya tidak peduli. 😂😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro