Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12; Kelas Biologi Percuma

•Binnie•

Maaf, kak. Orang tak dapat tolong akak pindah barang ke rumah baru. 😅🙏

Tak apa. Dah selesai pun. Barang kita tak banyak. Nanti akak hantarkan kamu alamat rumah baru kita. Lepas habis sekolah terus pulang.

Orang balik lewat kak, habis sekolah... Kerja shift petang. Mungkin pukul 9-10 malam baru orang balik. Akak jaga diri ya.

Ya, baik.


Aku meletakkan telefon ke atas meja sebelum menghenyakkan tubuh ke atas sofa kerana fatigue mula menguasai diri.

Meow. Loki yang asyik bermain dengan patung ikan kini menghampiriku.

Meow. Kucing itu melompat ke atas sofa. Kepalanya digesel-geselkan pada betis kiriku. Cukup manja.

"Loki okey?" aku menyoal janggal.

Meow. Meow.

"Baguslah. Apa pun, selamat berkenalan. Mulai hari ini kita jadi rakan serumah." aku mencapai kaki depan Loki lalu berjabat dengannya.

Meow. Loki memanjat naik ke ribaanku dan berbaring senang hati. Aku pula menguntum senyum buat seketika sebelum senyumku mati apabila teringatkan kisah lama.

******

"Ibu dah cakap dah, isteri kau pasti lahirkan anak perempuan lagi. Sekarang tengok... Kau dah ada tiga orang anak perempuan." wanita berusia 60-an separa menengking anak dan menantunya. Si suami yang setia di sisi pula hanya mendiamkan diri.

Tidak boleh jadi. Noe Taehyung tidak sanggup melihat drama tidak masuk akal yang sedang berlaku di wad bersalin. Dia harus bertindak. Pesakit di sebelah ditinggalkan lalu lelaki itu menapak ke arah katil bernombor 102.

"Minta maaf, makcik. Boleh saya mencelah sedikit." Noe Taehyung menguntum senyum.

"Menantu perempuan makcik tidak bersalah di dalam hal ini. Sebaliknya yang patut dipersalahkan adalah anak makcik." tenang Taehyung berbicara.

"Kenapa pula anak aku yang salah?" wanita tua itu menjeling tajam.

"Yang menentukan jantina bayi ialah lelaki kerana mereka membekalkan kromosom Y. Orang perempuan pula hanya bagi kromosom X je, makcik." Taehyung tidak gentar. Dirinya mahu hapuskan segala salah faham yang terlalu lama wujud dalam kalangan mereka yang berfikiran jumud.

"Ah, XY apa ke benda entah." wanita itu mendengus.

"Dengarlah cakap doktor tu. Menantu awak tak salah. Jangan egois sangat." kali ini suaminya mengambil pendekatan untuk bersuara.

"Kalau makcik masih belum faham, saya boleh buka kelas biologi atau sains secara percuma dan special untuk makcik. Saya akan terangkan dari A hingga Z, bagaimana jantina bayi dalam kandungan terjadi." Taehyung mengerling pesakitnya yang terbaring di atas katil. Wanita itu menguntum senyum, mungkin merasakan dirinya sudah menang dan bukan salahnya melahirkan anak perempuan.

"Nampaknya makcik tak berminat. Kalau macam tu, saya pergi dulu." sempat Taehyung mencuit pipi bayi yang baru dilahirkan tidak sampai satu hari itu sebelum beredar pergi.

******

"Doc memang cool." beberapa orang jururawat memuji. Noe Taehyung sekadar tersenyum tawar sebelum menikmati roti sandwich. Terasa pedih perutnya kerana hampir setengah hari tidak makan apa-apa kerana sibuk bekerja. Sekejap berlari ke dewan bersalin. Sekejap berada di bilik rawatan atau wad untuk melakukan pemeriksaan atau konsultasi ke atas pesakit-pesakitnya.

"Dr. Noe."

Sedang menikmati makan, seorang jururawat lelaki menghampiri Taehyung. Lelaki itu terlalu biasa dilihatnya ketika melewati jabatan rheumatology.

"Ah, Jururawat Han. Ada apa?" baki sandwich diletakkan ke atas meja.

"Apa hubungan doc dengan Choi Laliz?" Han Jisung tidak berbasa-basi, terus dilontarkan soalan kepada Taehyung.

"Kenapa pula sibuk nak ambil tahu?" Taehyung memandang tepat wajah Jisung.

"Sebab Laliz bekas kekasih saya dan saya minta... Jangan permainkan hati dia, doc." Jisung menjawab tenang.

"Ah. Jangan risau, saya tak akan mempermainkan hati dia seperti mana yang telah awak lakukan pada dia. Well, saya tak tahu kisah cinta korang berdua. Cuma saya assume... Awak yang bermasalah." Noe Taehyung bangkit dari duduknya. Baki sandwich dibungkus kembali lalu disumbat geram ke dalam kocek kot putihnya.

"For your information, Choi Laliz isteri saya. So, stoplah sebut-sebut nama dia atau ambil tahu hal kami berdua." Taehyung membidas lantas mengorak langkah dengan tergesa-gesa meninggalkan ruang pantri terbuka itu.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro