Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11: Tinggal Bersama?

Peraturan-peraturan yang harus dipatuhi:

- Pastikan makan dan minum Loki terjaga. Jangan biarkan bekas minuman dan makanannya kosong. Warning! Jangan bagi apa-apa makanan yang boleh membahayakan/membunuh kucing.
- Sentiasa periksa tandas Loki. Segala nyahtinja harus dibersihkan dan pasir perlu diganti baru.
- Periksa jadual pengambilan ubat-ubatan/makanan tambahan Loki.
- Peruntukkan masa bermanja dengan Loki selama satu atau dua jam.

Peraturan tambahan:
- Uruskan sendiri makan dan minum anda. Saya akan bekalkan bahan basah dan kering. Jika kehabisan, maklumkan kepada saya.
- Utamakan kebersihan. Dilarang merokok di dalam rumah ini.
- Dilarang membawa orang lain masuk ke dalam rumah ini walaupun ianya saudara-mara atau teman rapat.
- Jika berlaku hal-hal kecemasan, mesej saya. Jangan call.

Yang benar,
Noe Taehyung & Noe Loki

"Doc." aku mahu melepaskan satu keluhan selepas membaca peraturan yang ditetapkan, namun terpaksa kutahan.

"Apa dia?" Dr. Noe menyoal tenang. Loki di ribanya diusik manja.

"Saya tak berseorangan, doc. Saya ada adik, pelajar Sekolah Seni Hanlim." ada baiknya aku berterus-terang.

"Perempuan? Lelaki?"

"Lelaki, doc."

"Nasib baik. Saya prefer lelaki daripada perempuan. Tak pening kepala." Dr. Noe menyerahkan pen berdakwat hitam kepadaku. Kening kirinya terjungkit. Faham akan maksudknya, aku menyambar pen tersebut dan terus menurunkan tandatangan. Maka termeterailah perjanjian di antara kami berdua.

"Ah, lupa... Syarat di belakang, awak perlu baca." kertas putih dibalikkan sebelum disuakan kepadaku.

- Jika ada sesiapa yang bertanya apa hubungan di antara kita berdua, katakan kita pasangan suami-isteri. Kadangkala kita perlu berlakon untuk merealisasikan keadaan.

"Ke...kejap doc? Ki...kita tinggal serumah ke? Doc akan tinggal di sini ke?" aku diserang gugup. Rasanya aku dapat tangkap situasi sebenar..

"Ya, sebab ini rumah saya." sedikit senyum terukir di hujung bibir lelaki itu. Aku tertunduk. Sesak mula bertandang di dada dan kepala.

Aku rasa aku tak mampu tinggal satu rumah dengan lelaki lain selain Choi Soobin. Mungkin paranoid dan traumaku boleh menghantui diri kembali.

"Choi Laliz."

"Cik Choi?"

"Ah... Doc, saya..."

"Saya takkan selalu ada di rumah. Lately kerap oncall, ada kursus di sana-sini. Jadi jangan risau. Awak tak perlu kerap bertentang mata dengan saya." Dr. Noe bingkas berdiri. Loki didukungnya bersama dan lelaki itu menapak ke arah balkoni.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro