Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10: Mencari Rumah Baru

"Loki, janganlah." Noe Taehyung tergelak kecil tatkala Loki menyendeng pada betisnya. Geli tetapi pada masa yang sama cukup menyenangi dengan tingkah kucing itu. Taehyung meratakan cecair serum ala kadar pada wajah kerana hati lebih melonjak untuk bermain dengan Loki.

"Sini anak bertuah papa." Loki diangkat lalu didukung cermat.

"Kenapa comel-comel sangat ni? Papa geram tau." ciuman demi ciuman Taehyung hadiahkan ke pipi kiri dan kanan kucing yang dibelanya semenjak lima tahun lepas.

Meow. Loki mengiau. Birai bibir tuannya dijilat tiga kali.

"Membodek nak tidur dengan papalah tu." Taehyung tersengih lantas kaki ditala ke arah katil. Tubuh yang kepenatan segera direbahkan ke atas tilam yang empuk dan Loki didakap erat.

"Loki nak tahu... Hari ni papa buat sesuatu di luar jangkaan."

Meow.

"Papa tak pasti apa yang papa telah buat dan akan buat untuk hari-hari seterusnya adalah satu keputusan yang bijak... Tetapi semua untuk kamu." tubuh Loki diangkat tinggi.

Meow. Meow.

"Meow dua kali tanda tak kisahlah ni kan?" sengihan Noe Taehyung melebar buat seketika lalu tubuh Loki dibaringkan di sebelahnya.

Meow.

"Selamat malam, Loki. Mimpi yang indah-indah." dahi Loki dikucup sekali. Taehyung tersenyum senang hati.

******

"Nah, kak." beberapa keping not 20,000 won diserahkan Soobin kepadaku.

"Duit apa ni? Mana dapat?" aku tidak terus mengambil pemberian tersebut malahan merenung wajah adik lelakiku itu.

"Duit gaji. Orang kerja separuh masa di kedai serbaneka." jawab Soobin tenang lalu meletakkan wang tersebut ke atas meja.

"Gunalah duit tu untuk bayar kos sewa lori nanti." tambah Soobin sebelum duduk di meja makan. Mi segera yang sudah pun kembang dimakan gelojoh.

"Kita tak ada apa barang pun untuk dibawa bersama bila pindah nanti." aku memberanikan diri membelai rambut lebat Soobin. Tiba-tiba rasa sebak bertandang. Sewaktu kami kehilangan ibu-bapa, Soobin baru berusia lapan tahun. Masih dahagakan kasih-sayang dan tidak terlalu mengerti akan dunia sebenar. Kami berdua kemudiannya menumpang kasih dengan nenek sehinggalah nenek meninggal dua tahun lepas.

"Dah dapat rumah ke kak? Deposit macam mana?"

Dua soalan yang meluncur keluar dari mulut Soobin berjaya menyentakku daripada terus jatuh ke lembah memori lama.

"Esok akak nak tengok rumah. Kalau dapat, kita pindah secepatnya. Akak dah tak tahan tengok muka Puan Lee." aku menjawab. Memang geram gila bila teringatkan wajah dan perangai wanita itu. Tiada sedikit pun belas kasihan terhadap aku. Kalau diberi lebih masa, tidaklah aku tebalkan muka meminta bantuan Dr. Noe untuk mencari rumah baru. Nasib baik lelaki itu bersetuju walaupun hubungan kami sekadar doktor dan pesakit, serta musuh di pertemuan kali pertama dahulu.

******

"Lantai dan kasut tak boleh bezakan ya?" aku disoal sinis setelah tayar strollerku berjaya menggilis kaki lelaki berwajah keruh itu.

"Maaf, doc. Saya tidak sengaja." aku menunduk beberapa kali. Aku tahu dia seorang doktor memandangkan stateskop melingkar elok pada lehernya. Di bahagian dada kiri pula ada tanda nama, tertulis 'Dr. Noe'.

"Maaf diterima. Lain kali, bila berjalan pakai mata tau. Aware dengan keadaan sekeliling, jangan berjalan menonong je." aku disindir sebelum doktor itu beredar pergi.

"Ceh. Apalah sangat kena gilis dengan tayar stroller aku ni. Bukan rasa apa pun." aku mencebik. Kelibat Dr. Noe kuperhatikan sehingga ia menghilang daripada pandanganku.

*****

"Dah lama tunggu?" aku disapa Dr. Noe ketika menunggu dirinya di lobi hospital. Lelaki itu nampak lain apabila mengenakan pakaian kasual, tidak seperti waktu bertugas di hospital ini.

"Tak sampai 15 minit." aku menjawab dengan mata masih terpaku padanya.

"Oh, okey. Kalau macam tu, jom kita ke rumah baru awak."

"Baik, doc."

*******

Meow. Aku disapa seekor kucing sebaik melangkah masuk ke unit apartment bernombor 2002. Kata Dr. Noe, rumah ini mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air.

"Comelnya dia." aku menjadi geram lalu duduk mencangkung. Tabiat aku bila bertemu mana-mana kucing, mesti mahu geletek bawah dagunya dan juga leher.

Meow. Kucing itu mengiau sebelum merebahkan diri ke atas lantai.

"Nampaknya Loki sukakan awak." Dr. Noe menguntum senyum. Ah, senyuman yang terhad. Selalunya lelaki itu berwajah serius atau cemberut.

Aku sekadar tersenyum.

"Kalau mahu tinggal di sini, ianya percuma... Tak perlu bayar sewa." Dr. Noe menyambar beberapa keping kertas.

"Tapi dengan syarat, jaga Loki dengan sebaik-baiknya." kertas itu diserahkan kepadaku.

Jaga Loki? Ahh, senang saja.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro