JIKACHU💛18 [FINAL]
♚♚♚
ⓔ ⓝ ⓙ ⓞ ⓨ ⓨ ⓞ ⓤ ⓡ ⓡ ⓔ ⓐ ⓓ ⓘ ⓝ ⓖ
♚♚♚
●
●
●
" Ermm y-yes i do . "
Splash !!
Mata aku yang dari tadi tertutup terus dibuka laju . Aku terus terduduk dari pembaringan . Mimpi aku tadi yang seakan - akan baru sahaja berlaku tadi terus hilang dari ingatan aku .
Betul ke jimin melamar aku dalam mimpi tadi ? Kalau betul itu hanya mimpi , tolong sedarkan aku untuk berhenti berharap dari mimpi , mainan tidur itu tidak akan benar - benar menjadi realiti . Jimin tu terlalu baik untuk perempuan tak sempurna macam aku ni .
Ehh kejap - tadi tak silap aku ada makhluk jadian simbah air dekat aku tadi sampai basah satu katil aku . Mata aku terus menjeling sebelah kanan katil , TAEHYUNG
.
Kedua - dua belah tangannya sibuk memegang kuat baldi besar berwarna biru yang telah kehabisan air dek kerana air sudah disimbah semua kepada aku memandang aku dengan muka cuaknya dan senyuman petak tidak bersalah miliknya terpampang di hadapan muka aku .
Enjin anak tekak sudah mula dipanaskan , telinga juga sudah bertukar warna merah , asap enjin sudah mula keluar di kedua - dua belah telinga dan ituu diaaa tendangan gol dari Kim Yoon Yeen tepat ke arah punggung taehyung telah di berikan disusuli dengan jeritan dendam kesumat di lepaskan dengan menggunakan nama 'KIM TAEHYUNG' mula bergema di seluruh bilik .
" Sungguh cantik sekali tendangan dari Kim Yoon Yeen ! Semua peminat fanatik Yeenvengers sudah mula bersorak keriangan , ini membuatkan markah mula seri , ini bermakna satu sama bagi taehyung dan yeen ! Okay bye ! " Terus hilang miss nana di telan asap kabus yang banyak setelah memberi ulasan tentang tendangan aku pada punggung si taehyung tadi .
" Dik ! Sakit buntut aku kau tendang ! " Marah taehyung sambil menggosok - gosok punggung precious miliknya .
" Siapa suruh kacau aku tidur , kan dah kena ! WHAHAHAHAHAHA ! " Jawap aku tanpa fikir perasaan lelaki yang menganggu tidur aku itu .
" Kau lupa ke dik hari ni hari apa ? Apahal kau bangun lambat , ramai dah yang tunggu kau ! " Rungut taehyung lalu menunjal kepala aku menggunakan jari telunjuk miliknya . Memang kepala aku layak ditunjal je ke ?!
" Hari ni hari apa ? Aku lupa weyh ! Hari ni hari special ke ? Bukan mama kata dia nak masak nasi kukus and ayam berempah with soda on the side ke hari ni ? " Soal aku berkali - kali . Sungguh aku lupa hari ini hari apa .
" Hish tulah lain kali pengsan lagi ! Orang gila je yang pengsan waktu kena purpose . Pakai dress ni nanti , jangan lupa ! Hish sudah pergi siap sekarang , ramai dah tunggu kau dekat bawah ! " Ehh jap purpose ? Purpose whUt ?
Tanpa banyak soal lagi , aku hanya patuh mengikut arahan taehyung . Selesai mandi semua , dress yang taehyung suruh aku pakai tadi , aku lihat setiap perinci hiasan yang berada di dress tersebut .
Dress putih itu aku capai lalu disarung pada badan tanpa banyak fikir lagi . Nak pergi mana sebenarnya ni ? Baju dress ni pun dah macam nak pergi wedding , ehh kejap ni bukan nak pergi wedding , ni nak suruh aku kahwin terus ke apa ?!
" Dik dah siap ke ? Cepat sikit abang tunggu dekat luar . " Soal taehyung dari luar pintu yang tertutup .
" Okay , sikit je lagi . " Aku mekapkan diri aku dengan touch up paling simple dan cantik . Dress putih labuh itu akan angkat sedikit ketika ingin bangun dari kerusi lalu berjalan menuju ke pintu bilik .
Tombol dipulas , maka terpancullah muka taehyung berpakaian sut hitam mengisi ruang mata aku . Hensem dan kemas and nampak gentle tak macam taehyung yang aku kenal sebagai abang aku selama ni .
" Yeppeo nya saeng oppa ni ! " Puji taehyung sambil memegang kedua - dua belah bahu aku .
" Tae , aku nak tanya ni hari ni hari apa sebenarnya ? Kenapa aku dress up macam nak kahwin ni ? " Soal aku tertanya - tanya dengan wajah yang paling blur sekali .
" Serious lah kau tak ingat . Teruk sangat kau punya jungshocked ni . Tiga hari lepas pengsan lepas tu demam panas hari ni kau amnesia pula . Otak kau ni memang ada short-term lost minded ke apa ? " Perli taehyung lalu menyekeh lembut kepala aku sehingga membuatkan aku sedikit menjerit .
Aku masih tertanya - tanya kot . Tak boleh ke kalau dia bagi tahu aku terus tanpa banyak teka - teki dan kata perlian tu .
" Jom ikut abang tae awak yang hensem ni sekarang turun bawah . " Taehyung menghulur sebelah tangan miliknya kepada aku . Pelik ! Tak pernah lagi lelaki ini bertindak sebegini rupa . Tanpa banyak soal , aku terus menyambut hulurannya lalu memegang lengan sasa miliknya agar memudahkan pergerakan aku bergerak dengan lebih lancar .
" Chukahae saeng - ahh ! " Bisik taehyung sambil kakinya ralit berjalan menuruni tangga bersama aku .
" Tae . "
" Hrmmm? "
" Kita nak pergi mana sebenarnya ? Hari ni hari apa sebenarnya ? " Soal aku lagi sekali . Terkekeh - kekeh taehyung gelak mendengar soalan aku .
" Today is your wedding day with jimin , Kim Yoon Yeen . Tulah lain kali , waktu kena purpose tu jangan terkejut sangat sampai pengsan tengah - tengah dongdaemun market tiga hari lepas . " Kata taehyung lalu mencuit hidung aku sambil menyambung tawanya yang masih tersisa . Melihat adiknya dengan sikap pelupa berpisah tiada .
" Serious lah ? Maksudnya mimpi aku tu betul - betul terjadi ? " Soal aku lagi . Mimpi aku malam tadi tu , betul betul terjadi ? WhUt 's wRonG WitH mEh ? Macam mana aku boleh lupa nih .
" Kau mimpi apa dik ? Dah lah jom turun , ramai dah orang tunggu awak dik dekat bawah . Abang pimpin awak pergi dekat jimin ye , papa tak larat nak jalan semalam baru balik overseas . " Aku hanya mengangguk tanda faham .
Turun sahaja kami ke tingkat bawah , ruang tamu aku rumah aku dihiasi dengan cantik sekali , lantai dihiasi dengan bunga - bunga merah bertaburan . Ada satu pintu gerbang yang dihiasi dengan bunga putih disekeliling pintu gerbang tersebut terlihat sungguh indah sekali .
"
Sekejap je masa berlalu , kau dah nak jadi bini orang dik . Dah besar dah baby kesayangan oppa ni . Lepas ni dah tak ada lah orang nak nangis macam beruk lagi depan oppa , nak ikut oppa nangis time oppa tengah heartbroken , tak ada orang nak cerita , nak marah , kuat bebel , kuat mencarut dekat oppa dah . " Kata taehyung sambil tersenyum petak . Jap dia nak buat cerita sedih ke ? Nak perli aku ni ?
Aku dan taehyung mula berjalan ke arah garden belakang rumah aku .
" Eiuww i'm not your baby anymore , Kim taehyung . Aku nangis cantik okay . By the way , yang kuat mencarut tu hengkau taetan not me . Jangan risau aku akan sentiasa jenguk kau dekat rumah mama papa ni . Nanti aku dah ada anak tiap - tiap hari aku hantar sini suruh kau jaga . Padan muka MWAHAHAHAHA " Kata aku sambil mengflip hair tepat pada muka taehyung . Biar dia rasakan .
" Aku ingatkan kau dah kahwin , aku tenanglah sikit sebab tak ada kau , rupa - rupanya lagi sengsara aku nanti . " Balas taehyung pasrah . Tapi aku tahu dalam masa yang sama , dia tetap gembira melayan karenah adik dia yang seorang ni .
Sampai sahaja di garden belakang rumah , dari jauh lagi aku dah nampak jimin dengan pakaian sut hitamnya . Rambut kuningnya diwarnakan menjadi kelabu . Hensem !
Tak ramai pun yang datang wedding day aku hari ni , hanya ada keluarga belah mama papa jimin dan aku . Ahli BTS juga tidak lupa . Dan ada seorang perempuan bertudung sedang berdiri bersama seorang lelaki yang aku kenali , Chanyeol . Diakan keluarga aku juga .
" Dah ready ? " Soal taehyung sambil mengangkat keningnya lalu tersenyum petak . Aku mengangguk , aku nervous .
Aku dan taehyung mula berjalan menuju ke arah jimin dan orang yang akan merasmikan perkahwinan aku dan jimin yang berada di situ . Senyuman manis tidak lekang di bibir aku saat berjalan menghampiri mereka .
Tak ramai pun yang hadir tapi bunyi sorakan dan ucapan tahniah kedengaran seperti ramai orang yang berada di sini . Aku berasa sungguh gembira .
Sampai sahaja pada jimin , pegangan lengan yang tadi pada taehyung sudah dihulur kepada jimin oleh taehyung . Jimin sambut huluran dan mengucapkan terima kasih pada taehyung .
" Chim . Jaga adik aku elok - elok . Kalau kau buat dia nangis siap kau aku kerjakan . Chukahae ! " Pesan taehyung berbaur nada gembira diselit dihujungnya .
" Jangan risau tae . Aku akan tepati janji aku untuk jaga yeen elok - elok . Gumawo taehyung - ahh ! " Balas jimin sambil tersenyum gembira . Aku yang mendengar perbualan mereka turut tergelak dengan pesanan taehyung . Caring sungguh abang aku seorang ni .
" Boleh saya mulakan ? " Kata orang yang akan merasmikan kami . Kami berdua mengangguk lalu tersenyum .
" Sudikah awak , Park Jimin memperisterikan Kim Yoon Yeen dan menjaganya sehingga ke hujung nyawa awak ? "
" Saya , Park Jimin sudi terima Kim Yoon Yeen sebagai isteri saya dan menjaganya dan menyayanginya sepenuh hati saya sehingga ke hujung nyawa . " Ucap jimin sambil tersenyum bertentangan mata dengan aku .
" Sudikah awak , Kim Yoon Yeen mempersuamikan Park Jimin dan menyayanginya sehingga ke hujung nyawa awak ? "
" Saya , Kim Yoon Yeen sudi terima Park Jinin sebagai suami saya dan menyayanginya sepenuh hati saya sehingga ke hujung nyawa . " Ucap aku sambil tersenyum gembira. Nervous dan takut , itu yang aku rasakan . Tapi dalam masa yang sama , hati aku berbunga mendengar ucapan jimin .
" Thank you , Sayang because sudi terima chim atau nama lainnya jikachu yang tak sempurna ni . I love you , my sweetheart . "
" Me too , my favourite jikachu ! "
Yeen pov end
Jauh dari perkahwinan jimin dan yeen , di satu sudut terdapat dua orang manusia yang tidak dikenali ramai tapi hanya nama mereka kedengaran agak familiar hanya dikenali oleh jimin dan yeen .
Seorang perempuan bertudung mula membuka cermin mata hitam miliknya lalu diberikan kepada jejaka tampan disebelahnya , tinggi lampai , bertubuh persis seorang model itu chanyeol namanya manakala perempuan bertudung itu pula miss nana .
Jangan cakap korang tak kenal pula ehh . Aku sekeh jap gi ! Jkjkjkjk
" Finally , chan kita dapat satukan satu pasangan lagi . Kita punya kerja dah habis dekat sini . " Kata miss nana sambil menyaksikan majlis perkahwinan jimin dan yeen dari jauh bersama chanyeol di sampingnya .
" Target kita nak satukan pasangan ni susahkan , dia orang berdua ni punya story terlalu complicated sikit tapi nasib baik dah settle semua . " Terang chanyeol sambil kedua tangannya memeluk tubuh .
" Aku dengar kau dah set kan next couple untuk dibawa masuk dan disatukan dekat dunia jikachu ? Mana profilenya ? " Soal miss nana kepada chanyeol .
" Ouh next couple tu kejap ehh - hah ni profilenya . " Chanyeol terus menghulurkan satu file nipis berwarna kuning kepada miss nana . Miss nana buka fail profile tersebut lalu tersenyum smirk .
------------------------------------------------
KIM TAEHYUNG × YOUR NAME
------------------------------------------------
" Hrm sound interesting about this couple ! We go on with this ! Dah jom balik , chan ! Banyak lagi kerja kita nak buat untuk next target ." Chanyeol mengangguk patuh lalu mereka berdua bergerak meninggalkan majlis itu .
Mata miss nana yang boleh dikatakan cukup besar itu terus di jeling ke arah taehyung yang berdiri bersama rakan - rakan BTS nya yang sedang sorak keriangan .Tidak lupa juga , anda yang ingin disatukan dengan kim taehyung juga dijeling . Jangan risau jelingan itu hanyalah diberi untuk luck korang nak kahwin dengan taehyung nanti .
THE END ! 😂❤️
Sorry kalau ending fanfic ni tak best ! 😭💕Aku dah habis idea nak buat ending boek sowy 😭💕
TAGS :
Paricaaaaa | syabunny | akmahanis99 | semuthonthewater | -pubgmin | chimday_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro