Ëpiloguê
Jungkook masih setia menunggu. Kali ini dia bukan menunggu di dalam kereta tapi di luar rumah Jung Hoseok.
Entah kenapa hatinya berasa sesuatu yang telah berlaku di dalam tapi dia tak berani nak masuk jadi dia tunggu jela di luar.
Gula-gula getah dimakannya lalu membuat belon yang kecil. Lama juga dia tunggu sehinggalah bebola matanya mula menangkap susuk tubuh Jiyoon yang baru keluar dari rumah dalam keadaan yang tergesa-gesa.
Muka Jiyoon jelas nampak bengis seperti sedang marah. Tak pernah pula dia nampak muka garang Jiyoon seperti itu.
"Noona—"
Belum sempat dia ingin memanggil Jiyoon gadis itu terlebih dahulu menarik lengannya membuatkan dia terikut sama.
"Jom balik!"
"Noona apa yang—"
"AKU CAKAP JOM BALIK!"
Jiyoon meninggikan suaranya apabila Jungkook mula bertanya. Dia tiada mood ingin bercakap lebih. Marahnya masih belum hilang.
Mereka masuk ke dalam perut kereta sejurus itu pemandu kereta mulakan perjalanan mereka meninggalkan kawasan perumahan itu.
__
"Hiks..."
Masuk je dalam kereta aku terus menangis. Ye aku tau aku lemah tapi apa yang boleh aku buat?
"Kenapa ni noona?"
Kookie bertanya lembut seraya memegang erat tapak tanganku. Kookie tenung aku dalam dan itu buatkan tangisan aku makin kuat kedengaran.
"Bawak noona ke mana pun. Noona dah taknak balik rumah tu lagi."
Jiyoon berkata lalu kepalanya secara spontan merebahkan pada bahu Jungkook membuatkan budak itu memeluknya.
"Kookie akan buat noona tersenyum balik."
___
"What the hell going here Jung Hoseok?"
Selepas pemergian Park Jiyoon datang pula beberapa ahli keluarga Hoseok dan Eunji membuatkam kedua mereka terkejut besar.
Tuan Jung sudah memberikan pandangan yang tajam kepada anak lelakinya setelah dia sendiri melihat perbuatan Hoseok.
"Jadi inilah 'kerja' yang kamu maksudkan?"
Tuan Jung merenung anak lelakinya lalu beralih pula kepada Eunji yang menutupi bahagian dadanya seraya memeluk lengan Hoseok.
Jung Hoseok tak mampu nak berkata apa-apa. Masalah dengan Jiyoon masih belum selesai tiba pula masalah dengan ahli keluarganya.
Dan sudah pasti, tuan Jung akan memaksanya untuk berkahwin dengan Eunji setelah apa yang berlaku.
"You must to responsible what you have do Jung Hoseok."
"Huh!"
___
"Erm..."
Park Jiyoon mula mengeliat kecil setelah dirasakan hampir beberapa jam dia ketiduran dalam kereta.
Kejadian yang berlaku pada dirinya membuatkan dia berasa amat penat. Kepalanya berdenyut kuat sehinggalah dia memutuskan untuk tidur.
Aku kat mana ni?
Jiyoon bermonolog apabila bebola matanya meliar pandang sekeliling. Dia kini bukan lagi berada di dalam kereta tapi dalam sebuah bilik.
Bilik hotel mungkin.
Rambut Jiyoon yang sedikit serabai dibetulkan. Matanya digosok berulang kali sehingga penglihatannya kembali jelas.
Eh seyes ah aku kat mana ni? Nak kata bilik kookie memang tak sebab aku kenal sangat deko bilik budak tu.
Bilik hotel ke?
Aku duduk bersila atas katil dan mataku mula terpandang beberapa helai baju lelaki.
Aku ulang, baju lelaki.
Ehh aku kena culik ke apa?
Krek!
Pintu kamar mandi dikuak perlahan sejurus menyedarkan aku. Entah kenapa jantung aku mula berdetak laju penasaran siapa lagi yang ada dalam bilik ni.
"Noona... dah bangun?"
Suara garau seorang lelaki yang baru keluar dari kamar mandi. Dia hanya berpakaian jubah mandi dan sehelai tuala kecil mengeringkan rambutnya.
"Kau... siapa?"
Mata Jiyoon sedikit terbuntang apabila melihat susuk tubuh seorang lelaki yang berbadan sasa menyapanya dengan panggilan 'noona' seakan mereka saling mengenali.
Sedari dengan renungan Jiyoon kepadanya membuatkan dia sedikit tersenyum dan mula mengambil tempat duduk di atas birai katil.
"Baru berapa jam tidur dah tak kenal kookie?"
Ehhh?
"Aku Jeon Jungkook sisi kedua yang tak pernah kau kenal."
___
THE END
Start » Jungkook's Birthday
End » 31/12/19
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro