Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎈0 2 8

"Noona! Buat apa tu?"

Jeon Jungkook terus berlari ke arah ruang dapur apabila terlihat susuk tubuh kakak kesayangannya ada disitu lantas dia memeluk erat tubuh gadis itu.

"Eish budak ni! Bikin noona terkejut je tau! Kalau noona ni ada masalah jantung macam mana? Mati muda tau tak!"

Aku terus memarahi kookie dan menepuk kuat lengannya yang melingkari pinggangku.

"Apa ni cakap macam tu? Kookie nak suprise kan noona je! Tiba-tiba pulak cakap nak mati eish tak suka lah!"

Jungkook terus melepaskan pegangannya lantas keluar dari ruangan dapur menuju ke arah ruang tamu menonton televisyen.

Aku menggeleng perlahan. Aduhh cakap macam tu pun nak merajuk ke?

Ni kes nak kena pujuk la ni?

Aku pergi ke arah sinki dan basuh tangan sebelum mulakan misi pujuk memujuk ni.

"Kookie-ahh."

Jiyoon berjalan ke arah ruang tamu dan nampak Jungkook duduk di atas sofa sambil menonton didi and friends.

Nama Jungkook dipanggil namun budak itu langsung tidak mahu menoleh. Merajuk betul ni.

Jiyoon senyum senget sambil duduk bersebelahan dengan Jungkook.

"Merajuk ke ni?"

Angguk tidak geleng pun tidak. Jungkook tetap keraskan diri tidak mahu berpaling ke arah Jiyoon. Dia berpeluk tubuh dan mulutnya dimuncungkan.

"Lately ni kamu selalu moody dengan noona. Noona marah sikit terus tarik muncung."

Jungkook hanya menjeling dan teruskan perbuatannya menghiraukan Jiyoon. Remote tv ditekan menukar siaran.

"Noona ada buatkan kuih dorayaki untuk kamu, nak?"

Cubaan untuk memujuk masih belum selesai. Jungkook betul-betul pulaukan gadis itu.

"Hmm takpelah kalau kookie taknak kawan dengan noona lagi. Noona boleh pergi..."

Dah lah aku tak reti nak pujuk lebih ni. Dia dah taknak layan aku baik aku keluar je.

Aku dah berura-ura nak bangun dari duduk setelah pujukan aku tidak dilayan tapi belum sempat aku nak bangun dia dah pegang tangan aku.

"Jangan cakap pasal mati lagi. Kookie tak suka."

Alahaii aku gurau jelah. Aku pun taknak mati lagi banyak dosa yang aku buat dan aku masih belum bertaubat lagi. "(

"Yelah yelah! Noona gurau jelah."

Jiyoon senyum senget lalu mengusap lembut kepala Jungkook dan itu membuatkan tubuh Jungkook mula mendekati gadis itu lalu memeluknya erat.

"Sayang noona tak ni?"

Sengaja nak uji dia walaupun aku tahu jawapannya.

"Sayang lah..."

Jungkook seakan merengek lalu mengeratkan lagi pelukan. Kepalanya direhatkan pada bahu Jiyoon.

Heish manja sangat kalah kucing lah budak ni!

"Noona..."

"Hem?"

"Noona... Tak rindukan mr Jung ke?"

Soalan yang terpancul daripada mulut Jungkook membuatkan aku segera angkat muka dan melepaskan pelukan.

"Kenapa kamu tiba-tiba tanya mamat kuda tu?"

Aku terus tinggikan suara tanda aku tak suka bahas tentang isu ni. Marah aku ni masih belum reda lagi setelah dia tipu aku tau.

"Aniya... Kookie cuma tanya, sebab—"

"Sebab apa?"

"Selagi noona tak putus dengan mr Jung, noona masih lagi kekasih dia dan itu buatkan kookie sakit hati."

___

Seminggu berlalu umpama sebulan baginya. Sepanjang seminggu dia langsung tak keluar rumah. Hanya turun jika mahu makan dan naik semula dalam bilik.

Jung Hoseok menghela nafas berat. Sudah seminggu Jiyoon tak pulang ke rumah. Sepanjang masa dia akan membuka jendela melihat rumah Jiyoon. Langsung tiada orang.

Kalendar yang berada di atas mejanya ditenung. Peringatan ayahnya untuk pulang tidak dia ambil peduli malah jika diikutkan hari, dia sudah pulang dan mungkin akan berbincang tentang majlis perkahwinannya.

Tidak. Dia takkan kahwin dengan mana-mana wanita selain Park Jiyoon. Dia betul-betul cintakan Jiyoon dan dia takkan sesekali lukakan hati Jiyoon lagi.

Hoseok langsung tak tahu keberadaan Jiyoon dimana. Puas dia menelefon dan menghantar masej kepada gadis itu malangnya jiyoon langsung tak membalas masejnya dan itu buatkan hoseok terasa hati.

"Salah aku, aku ingatkan itu Jiyoon rupanya Eunji..."

Dalam situasi begini dia hanya mampu salahkan dirinya saja. Hoseok mengeluh berat seraya duduk di atas birai katil.

Telefonnya dibelek sambil menunggu manalah tahu tergerak hati Jiyoon ingin menelefonnya kembali.

Ting! Tong!

Loceng rumahnya berbunyi menandakan ada orang menekan butang loceng .

Jiyoon

Satu nama terdetik dalam hatinya. Dia sangat berharap tekaannya adalah benar dan tanpa tunggu lama dia terus bangun dari katil dan menuruni anak tangga.

Krek!

Pintu rumah dikuak besar menanti orang yang ditunggu.

"Sayang..."

"Hoseok."

Bibir hoseok yang pada mulanya mengukir senyuman lebar terus mati apabila melihat susuk tubuh seseorang yang bukan dia nantikan.

"Eunji."

___

"Kau buat apa lagi kat sini?"

Hoseok terus menyoal setelah mereka masuk ke dalam rumah. Ikutkan hatinya memang dia tak bagi gadis itu masuk ke dalam rumahnya tapi disebabkan Eunji mengatakan ada hal yang penting barulah dia benarkan.

"We need to talk about our marriage."

"I don't wanna marriage you!"

"I know Hoseok."

Jung Hoseok kerutkan dahinya apabila Eunji cakap yang dia tahu?

Lee Eunji tundukkan kepalanya seketika sambil mengenggam erat kedua tapak tangannya.

"I'm sorry."

Suara Eunji kedengaran seperti tahan nangis. Bila Hoseok tenungnya, memang betul dia sedang menangis.

"I betul-betul tak tahu yang you dah ada kekasih. Kalau bukan your dad yang bagitahu mungkin you akan dipaksa kahwin juga dengan i.

I'm so sorry. Jiran you rupanya adalah kekasih you kan? I dah jadi perampas dan disebabkan i you guys bergaduh kan? I betul-betul minta maaf."

Eunji masih menundukkan kepalanya. Riak wajahnya tidak mampu dibendung lagi. Air matanya mula menitis.

"Hiks... I'm so sorry. You guys dah bergaduh disebabkan i. I dah buat dia salah faham..."

Jung Hoseok mula berasa serba salah. Dia tak boleh tengok perempuan menangis depannya dan itu buatkan dia rasa macam dia yang buat gadis itu menangis.

"I dah bagitahu keluarga kita yang i taknak teruskan perkahwinan ni. Kita takkan boleh bersama jika you sukakan dia."

Hoseok mula tergamam. Beraninya dia batalkan perkahwinan tu. Dia sendiri pun tak mampu membantah.

"Be.. betulke?"

Hoseok hanya ingin mendapatkan kepastian jika benar, dialah manusia paling gembira! Dia akhirnya dapat pilih pasangan hidupnya sendiri.

Eunji mengangkat muka lalu tersenyum menjawab persoalan Hoseok.

"I taknak you semakin bencikan i disebabkan aturan perkahwinan family kita. You berhak pilih gadis yang you suka Hoseok."

Hoseok senyum senang lantas dia mengenggam erat tapak tangan Eunji.

"Gumawo Eunji. Maafkan aku sebab pernah terkasar dengan kau sebelum ini."

Hoseok sedar, sejak keluargnya mengaturkan perkahwinannya bersama Eunji dia selalu memarahi gadis itu dan menyalahkannya selalu.

"Semoga you guys dapat berbaik semula dan maafkan i atas apa yang berlaku."

Eunji turut tersenyum melihat Hoseok yang kembali tersenyum. Jika ini yang membuatkan Hoseok gembira dia sanggup lakukan.

:

Em Eunji tak lah jahat kan? ")

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro