🎈 0 2 7
"Hiks.. Hiks..."
"Sabar lah noona..."
Jungkook mengusap belakang tubuhku lembut. Menenangkan aku yang masih lagi terusan menangis.
"Kenapa dia buat noona macam ni? Dah tau ada tunang buat cara ada tunang! Ini lah lelaki dapat satu nak lagi satu!"
Segala perasaan marah yang aku pendam terus aku luahkan semuanya. Tak kisah lah orang nak cakap aku gila sekalipun hati aku ni sakit tau buat macam ni!
"Mungkin mr Jung ada sebab kot. Noona tak boleh salahkan dia segalanya."
"Sebab? Apa sebab dia? Dia nak noona ni makan hati dan terus frust macam ni?!"
Aku angkat muka dan pandang Jungkook. Mataku yang berair teruk dikesa lembut olehnya.
Jungkook sangat sedih melihat noona kesayangannya begini. Baru beberapa jam mereka berdua berjumpa kembali tiba-tiba Jiyoon datang ke rumahnya dengan keadaannya tidak terurus.
Jiyoon terus memeluk tubuh Jungkook lantas dia menangis teresak-esak. Jungkook yang tidak tahu apa-apa hanya mengosok lembut belakang tubuh gadis itu menenangkannya.
"Uljima (jangan menangis) kookie pun nak nangis tengok noona macam ni."
"Hiks..."
Aku tak boleh kawal emosi aku sekarang ni. Inilah sebab aku tak nak bercinta. Aku kalau dah sayang memang susah nak move on.
"Janganlah nangis noona..."
Jungkook kian memujuk Jiyoon agar berhenti menangis. Mata gadis itu nampak merah dan bengkak.
Jungkook mengusap lembut rambut Jiyoon seterusnya beralih pula pada pipi gadis itu dan akhirnya turun ke arah bibir Jiyoon.
Jiyoon mulai reda menangis. Dia memandang tepat ke arah wajah Jungkook yang semakin lama semakin dekat dengannya sambil menyentuh lembut dua ulas bibirnya.
Chupp!
Satu ciuman diberikan. Jiyoon tergamam. Pipinya yang terasa hangat mulai disentuh. Jungkook mengangkat mukanya yang asyik merenung bibir cantik Jiyoon lalu bibirnya terus mencium lembut pipi Jiyoon.
"Kookie tak suka tengok noona sakit. Kookie tak suka tengok noona nangis. Kookie betul-betul sayangkan noona lebih daripada seorang nanny buat kookie. Jika diberi peluang kookie nak tebus kesalahan kookie. Kookie nak bersama noona hingga akhir hayat kookie."
Ucapan seorang remaja yang berumur 19 tahun itu tulus dari hatinya. Dia betul-betul maksudkan apa yang dia kata.
Tidak perlu lagi dia berahsia. Tak perlu lagi dia rasa takut untuk luahkan dan dia pasti setelah luahannya dia berasa sedikit tenang.
"Kookie... It's too fast."
Luahan yang diterima oleh Jiyoon betul-betul buatkannya tergamam. Dia ketap bibir. Dia ingat, Jungkook hanya main-main saja tapi dah sampai tahap jungkook berani menciumnya membuatkan dia berasa serba salah.
"Kookie tahu... Noona pasti tak terima cinta kookie kan? Kookie budak, tak matang, degil, nakal. Tapi hati kookie tak pernah tipu sayangkan noona. Perasaan kookie pada noona memang betul."
Bersungguh-sungguh Jungkook mengatakan isi hatinya kepada seorang gadis yang betul-betul dia cintai dan dia berharap, Jiyoon dapat terimanya.
Jiyoon menghela nafas berat. Bibirnya diketap kasar. Dia buntu. Masalahnya bersama Hoseok masih belum selesai ini pula Jungkook telah meluahkan perasaanya.
"Boleh bagi noona masa? Noona perlu selesaikan masalah dengan Hoseok dulu."
"Dan lepas tu, noona akan terima kookie... Kan?"
Jiyoon senyum senget lalu mengusap lembut rambut budak itu.
Dia sendiri tak pasti lagi. Lepas dia putus dengan Hoseok adakah dia akan terus terima Jungkook? Bukan ke itu terlalu cepat? Boleh ke dia terus move on dengan Hoseok nanti?
__
"Jiyoon-ah!"
Berkali-kali ketukan pintu rumah milik kekasihnya diketuk namun hampa. Tiada sebarang sahutan dan dia pasti, Jiyoon benar-benar marah dengannya.
Jung Hoseok meraup rambutnya kasar. Peluh dingin mulai mengalir jatuh di dahinya.
Keadaanya masih belum pulih sepenuhnya. Demamnya sudah kebah cuma kepalanya saja rasa sedikit berdenyut-denyut.
Ting!
Iphone 11 max pro berdering menandakan satu panggilan masuk. Disangkanya adalah Jiyoon tanpa melihat nama di skrin dia terus menekan punat hijau.
"Sayang! Where are you? Saya betul-betul minta maaf. That's my fault saya ingatkan itu awak dan saya tak tau itu Eunji. Sorry sayang—"
"Hoseok?"
Belum sempat dia ingin bersuara lebih kedengaran suara garau menyapanya. Dia terus pandang skrin telefon.
Daddy
"Bila kamu nak balik sini?"
Soalan yang terpancul membuatkan Hoseok mula naik berang. Suka hati dialah nak balik bila sibuk kenapa?!
"Tak tahu lagi, banyak kerja kat sini."
Balas Hoseok acuh tak acuh. Kalau boleh dia nak letak terus tapi disebabkan dia masih ada rasa hormat terhadap ayahnya jadi dia biarkan saja.
"Kamu jangan buat lupa, minggu depan kamu kena kembali ke sini."
"Buat apa?!"
Soalnya dengan nada yang sedikit tinggi. Dia dah penat dengan semua ni dengan keadaanya yang masih sakit ditambah pula Jiyoon yang marahkan dia buatkan fikirannya bertambah kusut.
"Your weeding day with Lee Eunji next week. I don't heard your excuse anymore. No matter what you must come back or not... You will know after this."
"Daddy, this is about my future life and Hoseok ada hak untuk tentukan siapa pilihan Hoseok sendiri! Hoseok takkan kahwin dengan perempuan tu! Hoseok dah ada yang perempuan jauh lebih baik daripada dia!"
"Then i will make sure that your choice will regret after see siapa Jung Hoseok yang sebenar."
Hoseok terus matikan panggilan itu. Malas mahu berdebat panjang dengan ayahnya sendiri. Sudah pasti daddynya yang akan menang!
Kusut!
Serabut!
Itu yang dia rasakan saat ini. Fikirannya bercelaru. Desakan keluarganya yang memaksanya untuk kahwin dengan pilihan keluarga benar-benar buatkan dia berasa gila.
Dia sayangkan Jiyoon dan sudah pasti Jiyoon adalah yang terbaik untuknya tapi ahli keluarganya, menginginkan Eunji berdampingnya.
Apa yang perlu aku lakukan sekarang?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro