Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎈 0 2 6

"Baby!"

Lee Eunji menerpa ke arah tubuh Hoseok yang lena tidur. Dia memeluk erat tubuh lelaki itu sehingga membuatkan Hoseok terjaga dari tidurnya.

Hoseok menoleh melihat gadis itu yang memeluknya lantas tanganya mengusap lembut rambut panjang eunji.

"Sayang..."

Zapp!

Aku rasa macam satu pisau menusuk dalam badan aku. Hoseok dengan selamba badak panggil minah model tu sayang.

Ehh habis siapa aku bagi dia? Selama ni dia panggil aku sayang hanyalah panggilan semata mata?

Sayang dimulut bukan di hati.

"What's wrong with you baby? Kenapa sampai sakit ni?"

Eunji mengusap lembut dahi Hoseok yang dirasakan sangat panas menandakan dia demam.

Hoseok hanya tersenyum lalu mengenggam erat tapak tangan gadis itu seraya meletakkan tangan itu di bahagian dadanya.

"Saya demam sikit jelah. Lagipun ada awak rasa sihat dah sikit."

Hoseok pandang Eunji seraya tersenyum. Melihat gadis itu teresak esak menangis segera dia menyeka air matanya.

"Janganlah nangis sayang. I'm okey."

Weh aku tak tahan do. Siap sentuh sentuh lagi. Perempuan mana tak panas nampak boyfriend menggedik dengan betina lain? Depan mata pulak tu!

Tak tahan dengan drama tak berbayar terus aku angkat kaki keluar dari bilik tu. Sengaja pintu bilik aku hempas kuat menandakan aku betul-betul marah.

Pang!

"Siapa tu?" Hoseok bertanya apabila dia mendengar bunyi seperti hempasan pintu yang agak kuat.

Eunji hanya menggeleng menandakan tiada sesiapa melainkan mereka berdua dia lantas membetulkan selimut yang menutupi tubuh Hoseok.

"You rehat lah. I pergi bawah siapkan breakfast untuk you."

Eunji lantas bangun untuk turun ke dapur memasak sarapan untuk Hoseok namun belum sempat dia ingin bangun Hoseok terlebih dahulu menghalang.

"Just sleep with me. I don't wanna lose you anymore."

___

"Huh! Dasar muka kuda! Berani kau tipu aku!"

Masuk je dalam rumah habis aku sumpah seranah jantan kuda tu! Berani dia tipu aku selama ni aku percayakan kau lah setan!

"I tunang dia."

Kata-kata minah model tu masih melekat dalam otak aku ni. Heish!

Kalau fikirkan balik, aku rasa minah model tu lagi sesuai daripada aku.

Dia tiga kali ganda cantik berbanding aku. Dan dia, tiga kali ganda lagi kaya.

Yelah, hoseok tu anak dato dan mesti dia akan pilih sama taraf dengan dia kan?

Tapi masalahnya, kenapa dia masih ajak aku couple kalau dia dah jadi tunang orang?!

Nampak sangat orang akan copkan aku ni perampas tunang orang walhal aku tak tahu apa-apa pun.

"Heish sakitnya hati aku!"

Bila ingat balik Hoseok panggil minah model tu sayang terus darah aku menyirap naik. Aku ingat aku sorang je dia panggil sayang. Ada lagi betina lain.

Daripada aku duduk dalam rumah, asyik fikirkan je dua ekor beruk sebelah rumah baik aku keluar boleh tenangkan fikiran yang serabut ni!

___

Jung Hoseok tersedar dari tidurnya apabila dirasakan ada sesuatu yang berat berada di atas dadanya segera dia membuka mata.

Terlihat Lee Eunji yang tidur lena memeluk tubuhnya dan kepalanya dilentokkan pada dadanya.

Hoseok tergamam. Matanya membulat seraya dia menolak tubuh Eunji kuat membuatkan gadis itu tersedar.

"Eunji... Ke- apa- macam mana kau ada disini? "

Tergagap-gagap Hoseok berkata apabila dia menyedari perbuatannya bersama Eunji yang tidur bersama. Macam mana Eunji ada disini?

"What's wrong with you baby? I dah lama kat sini you sendiri yang ajak i tidur bersama you."

Eunji membetulkan rambutnya yang kelihatan agak kusut. Matanya digosok perlahan.

Dada Hoseok berombak kencang. Tak, itu tak mungkin. Dia ingat, Jiyoon yang menemaninya. Dia yang mengajak Jiyoon temankan dia tapi sekarang kenapa Eunji bersamanya?

"I risau gila tau bila jiran you cakap you sakit. Nasib demam you dah baik sikit."

Eunji berkata seraya menyentuh dahi Hoseok lembut. Sedar akan perbuatan gadis itu Hoseok terus menepis tapak tangannya.

"Kau keluar Eunji aku taknak tengok muka kau dalam rumah aku!"

Hoseok berkata seraya menolak kuat tubuh gadis itu membuatkan Eunji terpaksa bangun dari tidurnya.

"You halau i keluar baby? Are you sure? Nanti you demam lagi siapa nak jaga you? Biarlah i temankan you."

Eunji duduk semula disamping Hoseok lalu melentokkan kepalanya di bahu lelaki itu.

"Kau keluar lah perempuan! Aku tak perlukan kau untuk jaga aku!"

Hoseok segera menepis perbuatan gadis itu lalu dia bangun dan menolak Eunji untuk keluar dari biliknya.

"You makin lama makin cool dengan i hoseok. You jangan lupa, daddy dah janji you nak kahwin dengan i!"

Eunji memberi peringatan tentang janjinya kepada Hoseok yang perlu dia tunaikan. Sekali berjanji harus ditepati.

"Pergi mampus lah dengan janji tu! Kalau kau nak sangat kahwin kau kahwin lah dengan daddy aku!"

Pang!

Pintu dihempaskan seraya mengejutkan Eunji yang tergamam melihat Hoseok berani menolaknya habis habisan. Dihalaunya seperti binatang.

Jung Hoseok meraup rambutnya kasar. Kepalanya terasa sedikit berpusing menandakan dia masih belum pulih sepenuhnya.

"Ma-macam mana aku boleh tidur dengan Eunji? Aku rasa- tadi Jiyoon"

Hoseok tak mampu berfikir dengan baik. Seingatnya, jiyoon yang datang memeluknya tadi realitinya, Eunji yang datang.

Dia nampak- jiyoon berada di belakang Eunji dengan wajah yang sedih... Dan, Jiyoon yang hempaskan pintu. Ya! Tak salah lagi, dia nampak Jiyoon hempas pintu.

Hoseok menekup wajahnya apabila dia tersedar perbuatannya membuatkan Jiyoon salah faham. Dalam fikirannya hanya memikirkan Jiyoon sehingga dia tak sedar Eunji bersamanya.

"Jiyoon-ah, i'm sorry sayang."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro