🎈0 2 3
Ting!
Jung Hoseok tersedar dari tidurnya apabila gegendang telinganya menangkap satu bunyi nyaring berada berdekatannya.
Telefonnya berbunyi nyaring menandakan panggilan masuk. Pada mulanya dia tidak mahu menjawab tetapi disebabkan deringan itu berterusan membuatkan dia terpaksa mengangkat.
"Hello–"
"Jangan lupa perjanjian kamu dan jangan buat onar lagi, Jung Hoseok."
Tit!
Panggilan itu terus dimatikan belum sempat Hoseok berkata apa-apa. Otaknya sukar berfungsi dengan baik pada awal pagi tapi, dia cukup kenal suara pemanggil tadi.
Rambutnya sengaja dikusutkan. Mata digosok berkali-kali agar penglihatannya kembali jelas.
Dia melihat kalendar yang berada di atas meja.
21 December.
Berapa hari lagi masa yang aku ada?
"Ahh, benda ni buat aku gila!"
___
Hari ni saya cuti kerja. Tak payah datang rumah.
"Dah kenapa Hoseok ni? Tiba-tiba cuti?"
Masej ringkas yang aku dapat pagi ini, Hoseok masej bagitahu dia cuti dan tak bagi aku datang rumah dia.
Dia demam ke? Tapi semalam okey je takde pulak nampak dia sakit.
Heish saspen aku dibuatnya tiba-tiba dia masej macam ni. Biasanya dia tak macam ni weh. Tiba-tiba aku rasa lain macam pulak.
"Kau dah kenapa jenah? Muka dah macam bini hilang laki je."
Aku muncungkan mulut sebaik saja dengar suara Jimin. Jimin berjalan ke arah meja dapur dan mengangkat saji.
Makanan kegemarannya, nasi goreng kimchi!
"Takde apa-apalah."
Jiyoon menjawab dengan suara yang agak perlahan. Skrin telefon dipandang lama. Melihat masej yang diterima.
"Biasanya kau dah keluar hantar makanan dekat hoseok ini kenapa masih tercengat kat sini lagi?"
Persoalan jimin hanya dibalas dengan keluhan. Entah kenapa fikirannya asyik memikirkan tentang Hoseok.
"Dia cuti hari ni."
Jiyoon seraya berjalan ke arah meja makan dan duduk di atas kerusi. Pinggan diambil lalu mengambil nasi goreng kimchi.
"Tak sihat lah tu."
Jiyoon hanya mengangkat bahu. Tidak pula Hoseok bagitahu apa sebabnya. Mungkin juga dia betul-betul tak sihat.
"Pergilah tengok dia. Mana tahu dia perlukan kau."
"Tapi dia tak bagi aku datang rumah dia."
Jimin yang baru ingin menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya terhenti seketika. Dia pandang adiknya lama.
"Lelaki ni kan, dia cakap je besar tapi jauh dari sudut hati dia perlukannya."
Sekali lagi aku muncungkan mulut. Dengar Jimin cakap macam tu buat aku terfikir jugak, betul ke?
___
Ting tong!
Beberapa kali butang loceng ditekan memanggil tuan rumah tapi langsung tiada sahutan.
"Tido mati ke?"
Disebabkan dah masuk kali ke sepuluh aku tekan loceng rumah tapi masih tiada sahutan aku pun terus terjah masuk jelah.
Nasib dia bagitahu aku password rumah dia. Senang ler ")
"Hobi?"
Aku kuak pintu rumah, mata meliar pandang sekeliling. Tiada sesiapa.
Mungkin dalam bilik kot.
Tanpa buang masa aku terus naik tangga menuju ke arah bilik dia.
Disebabkan rumah ni hanya dia saja yang tinggal takdelah teruk sangat bersepahnya. Hoseok ni jenis yang suka berkemas. Sejuk mata memandang.
Tok tok!
Pintu bilik Hoseok diketuk menyedarkannya ada orang di dalam rumah. Diketuk berkali-kali tapi ianya langsung tidak terjaga.
Jiyoon memulas pintu bilik itu, tak berkunci. Dia masuk dalam bilik, pandangan pertama yang dia nampak, sekujur tubuh berada di atas katil dengan tubuhnya ditutupi dengan selimut.
Jiyoon ambil tempat duduk atas birai katil. Melihat tubuh Hoseok yang masih lagi berselimut membuatkannya tidak sampai hati nak kejutkan lelaki itu.
Mungkin juga dia demam.
Tapak tangannya menyentuh dahi Hoseok memastikan jika tekaannya betul.
"Panasnya!"
Dia terus menjauhkan tangannya. Hoseok mengalami demam panas yang teruk. Wajahnya jelas kemerahan dan dahinya berpeluh banyak.
"Jiyoon-ah..."
Hoseok tersedar dari tidurnya apabila dia terdengar suara perempuan. Matanya dibuka perlahan-lahan dan melihat Jiyoon yang berada di sebelahnya.
"Awak demam panas ni Hoseok. Jom saya bawak awak ke klinik."
Jiyoon lantas menarik selimut tebal yang menutupi tubuh Hoseok. Membantu lelaki itu untuk bangun.
"Saya okey lah..."
Hoseok pantas membantah dan mengatakan dia tidak apa-apa walhal tubuhnya yang dirasakan kini mengigil teruk.
"No you're not! Awak demam teruk kita kena pergi klinik sekarang."
Jiyoon seraya bangun dan menuju ke arah almari mengambil sehelai baju t shirt.
Hoseok cuba untuk bangun bersama pertolongan Jiyoon tapi keadaannya betul-betul teruk sehingga tubuhnya sendiri tak dapat bangun.
Jiyoon ketap bibir. Disebabkan tubuh Hoseok agak besar berbandingnya buatkan dia juga tak mampu nak memapah Hoseok.
"Saya call doktor datang rumah."
___
"Dia okey saja cuma kekurangan air dalam badan. Pastikan awak beri dia makan ubat yang dah saya bagi. Dua tiga hari nanti sembuh lah dia."
Doktor Seokjin memberikan penerangan tentang keadaan Hoseok kini. Mujurlah, dia baik saja.
"Ahh nae, gumawo, doktor."
Jiyoon menundukkan kepalanya berterima kasih dengan doktor yang telah memeriksa keadaan Hoseok. Dia memimpin doktor muda itu hingga ke pintu rumah.
"Saya pergi dulu. Jaga dia baik-baik."
Pesan doktor muda itu sebelum keluar. Dia mengucapkan selamat tinggal. Jiyoon menghantar pemergian doktor itu dengan ekor matanya sehinggalah kelibat doktor itu hilang.
Jiyoon kembali menutup pintu dan berlari anak naik tangga menuju ke arah bilik.
"Hobi..."
Panggil Jiyoon lembut seraya duduk di sebelah Hoseok yang masih tidur.
Hairan dibuatnya melihat Hoseok. Semalam keadaannya baik baik saja tapi hari ni tiba-tiba je demam panas.
Jiyoon menekup tapak tangannya di pipi Hoseok. Masih terasa panas tapi semakin baik setelah makan ubat.
"Sayang..."
Panggil Hoseok lemah. Matanya dibuka perlahan menatap wajah Jiyoon.
"Tidur lah. Jangan paksa diri awak."
Jiyoon membetulkan selimut Hoseok paras dada. Rambut kekasihnya diusap lembut.
Hoseok tatap wajah Jiyoon. Tidak dia nafikan, Jiyoon sangat cantik. Tiada cacat celanya.
Walaupun perkenalan mereka singkat tapi sepanjang sebulan lebih mereka menjadi pasangan kekasih, mereka tak pernah gaduh besar.
Kadang kala dia takut, takut jika hubungan mereka tidak kekal lama.
"Sayang."
Suara Hoseok yang merengek itu berjaya hentikan perbuatan Jiyoon yang mengusap lembut rambutnya.
Hoseok menarik tangan Jiyoon mengenggam erat tapak tangan kecil gadis itu. Mata mereka saling menatap.
"Jangan tinggalkan saya,"
Jiyoon pandang Hoseok dengan pandangan yang pelik. Dah kenapa tiba-tiba?
"Buat apa saya nak tinggal awak? Rumah kita sebelah je. Awak jerit pun saya boleh dengar tau."
"Saya cuma takut..."
"Apa yang awak takutkan?"
"Saya mimpi awak akan tinggalkan saya sebab salah faham."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro