🎈 0 1 9
"Saya terima awak."
Jiyoon memejamkan matanya rapat. Dia sendiri tak pasti sama ada dia buat keputusan yang betul atau tak.
Tapi apa salahnya bagi peluang?
Hoseok memandang wajah Jiyoon seakan tidak percaya.
Jiyoon menghembus nafas berat. Dia berjalan ke arah Hoseok perlahan-lahan.
"Jiyoon-ah. Saya tak paksa awak-"
"Sekurang-kurangnya kita cuba untuk kenal hati masing-masing right?"
Jiyoon terus memeluk tubuh sasa Hoseok membuatkan Hoseok sedikit terperanjat dengan perbuatan drastik gadis itu.
"Saya nak bagi peluang untuk orang sukakan saya pikat hati saya, boleh?"
Hoseok senyum senang. Tidak dia menyangka, Jiyoon sudi menerimanya.
Hoseok balas pelukan itu. Dia memeluk erat tubuh kecil Jiyoon.
"Terima kasih Jiyoon-ah. Saya akan cuba pikat hati awak semampu yang mungkin. Gumawo..."
Jiyoon senyum senang. Lega hatinya apabila melihat Hoseok gembira. Sekurang-kurangnya Hoseok tidak bersedih kerana dia l menolak cintanya.
Tapi, aku gembira ke saat ini?
Jiyoon mengeluh perlahan. Dia tak mampu lihat Hoseok sedih dan mungkin hubunganya dengam Hoseok akan renggang akibat dia telah menolak cinta Hoseok.
Cinta boleh datang kemudian bukan?
___
"Kookie-ah... Kenapa kamu tak habiskan sarapan kamu? Lekas makan nanti kamu lambat ke sekolah"
Ahjumma Renu menegur kookie yang terlihatnya dari tadi hanya diamkan diri langsung tidak mengusik makanan di atas meja.
Kookie pandang makanan di atas pinggannya dengan pandangan kosong. Langsung takde selera nak makan.
Sudah sebulan ahjumma renu menjadi nanny nya. Ahjumma renu berbangsa india orang tetap di soeul.
Kookie meneguk perlahan air susu coklatnya. Sepanjang sebulan, dia masih memikirkan noona jiyoon yang telah menjaganya dulu.
Jujur dia katakan, dia terlalu rindukan Jiyoon. Hanya Jiyoon saja satu kepala dengannya. Jiyoon sanggup melayan karenah kebudak budakkannya.
Kalaulah dia tak luahkan perasaannya kepada Jiyoon dulu sudah pasti Jiyoon masih lagi menjadi nanny terbaiknya.
Tapi, noona yoon dah kahwin dengan mr jung...
Tidak perlu lagi dia berharap, kenyataan yang jelas, Jiyoon sudah berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya.
Lelaki itu yang dikenali sebagai mr jung, guru kelasnya sendiri kelihatan sangat kacak dan sepadan untuk Jiyoon.
Sudah pasti Jiyoon akan memilih lelaki yang dewasa, takkanlah lelaki tak matang yang belum habis sekolah?
"Mani mogho... (makan yang banyak.)"
Ahjumma Renu meletakkan ais krim cheese moo kesukaannya. Kookie pandang sepi ais krim itu sebelum mengambil sudu menyuap ais krim ke dalam mulut.
Ais krim ni tak sama dengan noona jiyoon pernah buat.
Noona, kookie rindu noona sangat-sangat.
___
Seperti biasa, setiap pagi aku akan menyiapkan bekalan makanan untuk teman lelakiku, jung hoseok atau nama manja, hobi.
Sudah sebulan kami jadi pasangan kekasih, sepanjang tempoh itu juga, hoseok betul-betul tunaikan janjinya jaga aku dengan baik.
Setiap kali bersamanya aku berasa sangat selesa dan nyaman. Ada saja cara dia nak pikat hati aku, haih.
"Amboi.... Sejak dah ada buah hati ni, jarang kau hidangkan makanan untuk aku. Yang tu boleh pulak hidangkan cantik cantik aku ni kena ambik sendiri makanan."
Aku jeling kepada dia yang selalu sibuk nak tau hal aku. Eh itu dah cukup bagus aku masakkan untuk dia sekali. Pandai lah ambik sendiri pinggan nasi apa takkanlah itu pun aku nak hidangkan jugak?
"Macam mana hubungan kau dengan hoseok?"
Sejak jimin tahu aku bercinta denfan hoseok dia dah mula ubah panggilan hoseok biasanya selalu panggil kuda je.
"Okey je. So far so good lah. Dia layan aku baik dan aku layan dia baik. Setakat ni takde gaduh besar."
Aku meletakkan bekalan makanan di atas meja makan. Sekeping roti aku ambik dan sapukan jem.
"Kalau macam tu, cepatlah kahwin."
Hampir tersembur roti yang aku kunyah dalam mulut tadi. Apa ni couple baru sebulan dah fikir nak kahwin?
"Kau kenapa?" jimin pandang jiyoon pelik apa teruk sangat ke soalan dia? Sampai jiyoon pandangnya tajam.
"Agaklah nak tanya pun, kitorang baru bercinta sebulan takkanlah nak fikir tentang kahwin? Nonsense!"
Aku kunyah cepat roti yang masih ada dalam mulut sebelum sambung bicara.
"Kau kan abang jadi kau yang patut kahwin dulu, hyung."
Aku sengih sampai nampak gigi. Tak pernah pula aku biasakan diri panggil abang dengannya walaupun jarak umur kami hampir 5 tahun bezanya.
"Aku nak kau kahwin dulu baru senang hati aku nak cari calon isteri. Takde fikirkan kau yang meroyan takde sape nak. Ini hoseok ada, kahwin jelah!"
Gila, apa dia ingat kahwin ni senang macam tukar baju je? Kalau mudah aku pun nak. Ehhh
"Oppa, kitorang baru nak kenal hati masing-masing. Tunggulah kami sama-sama selesakan diri dulu baru fikir benda tu. "
Dalam hal ini, aku kena fikir dewasa sikit. Kahwin ni bukan boleh buat main. Salah langkah, hancur masa depan aku.
Aku tilik jam dinding. Dah pukul 6.30. Biasanya hoseok dah siap bersiap. Aku mula bangun dari duduk dan mengambil bekalan makanan di atas meja.
"Aku cuma nak kau bahagia dengan orang yang kau sayang. Itu je."
Jimin bersuara agak serius tidak seperti biasa dan itu buatkan aku tergamam.
"Orang yang aku paling sayang adalah kau selepas eomma dan appa, jangan risau one day, akan tiba hari yang kau nak. Aku pergi dulu."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro