🎈0 1 8
"Noona..."
Aku toleh belakang bila dengar suara yang cukup aku kenal.
"Kookie."
Terpancul nama itu di bibirku apabila aku tengok susuk tubuh budak kecil sedang pandang aku.
Aku pandang dia, dan dia pandang aku. Kami saling bertentang mata. Jujur aku katakan, aku rindu dia. Aku rindu gelak tawa dia, gigi arnab dia, perangai hanat suka kenakan aku.
"Siapa dia?"
Hoseok mencelah apabila dirasakan Jiyoon menyebut nama seorang budak lelaki di hadapannya. Mereka juga saling bertentang mata.
Jiyoon hanya mendiamkan diri tidak membalas pertanyaan Hoseok.
"Eo, Jiyoon-ah. Dah lama tak singgah rumah. Ini suami kamu ke?"
Puan jeon disamping jungkook memandang Jiyoon dan seorang lelaki di depannya yang memegang erat tangan Jiyoon. Dia berkemungkinan itu adalah suami Jiyoon.
Jiyoon terus tersedar apabila suara ibu jungkook menyapanya. Dia hanya senyum kelat.
"Ini- Hoseok."
Jiyoon perkenalkan Hoseok yang berada di sampingnya kepada puan jeon seraya dia melepaskan pegangannya.
"Tak sangka, kamu dah kahwin."
Puan jeon agak terkilan melihat lelaki di samping Jiyoon itu adalah suami Jiyoon. Memang betul lah tekaannya. Nada suaranya juga kedengaran sedih.
"Puan jeon saya-"
"Eomma kajja, pukul 3 nanti kita ada date dengan nanny baru kookie."
Jungkook terus memotong percakapan Jiyoon. Tidak mahu dia dengar apa-apa lagi. Cukup jelas disitu, Jiyoon dah lupakannya.
Jungkook terus menarik lengan ibunya supaya cepat beredar tidak mahu menganggu pasangan itu.
"Kookie..."
Jungkook langsung tidak memandang Jiyoon sebaliknya dia menarik pergelangan tangan ibunya mempercepatkan langkah menuju ke arah kereta.
Bebola mata Jiyoon terus memandang susuk tubuh jungkook yang sudah jauh meninggalkannya tanpa sempat Jiyoon jelaskan apa-apa.
Kookie dah salah faham....
___
"Selalunya, awak yang paling kecoh tapi sekarang, tiba-tiba senyap je ni?"
Jung Hoseok asyik merenung wajah Jiyoon yang langsung tiada mood. Dia perasan, sejak gadis itu berjumpa dengan pelajar lelaki di sekolah buatkan Jiyoon banyak berdiam diri. Dia asyik mengelamun.
Mereka kini berada di kedai kek seperti mana Hoseok janji untuk belanja Jiyoon kek.
"Hey, something wrong, Jiyoon?"
Hoseok menyentuh tapak tanganku lembut seraya menyedarkanku di dunia sendiri.
Aku angkat muka dan pandang dia. Melihat dia membalas pandanganku buatkan aku rasa serba salah.
Aku terlalu fikirkan kookie sehingga aku lupa hoseok bersama aku.
"Maaf."
Aku tundukkan kepala tanda minta maaf lalai atas kesalahan sendiri. Kek coklat di depan mata aku pandang kosong. Langsung takde selera nak makan.
"Sejak awak terjumpa dengan pelajar tu awak terus diamkan diri. Your ex boyfriend ke?"
Dari pandangannya, Jiyoon mendiamkan diri setelah budak yang dipanggil kookie itu seperti tidak mahu bercakap lebih dengannya buatkan Jiyoon terasa hati.
Dan menurut pandangannya lagi, budak itu juga mungkin bekas kekasih Jiyoon. Walaupun perbezaan umur mereka jauh berbeza tetapi itu tak menghalang jika mereka saling suka.
"Ma-mana ada lah! Dia cuma budak yang saya jaga dulu...."
Aku terus menafikannya. Eyyy takkan lah aku nak couple dengan budak? Entah dah sunat ke belum "(
Hoseok hanya mengangguk sahaja dan tak tanya lebih. Aku kira dia mungkin dia taknak masuk campur urusan aku.
"Jiyoon-ah."
Aku terus mengangkat muka. Melihat wajah kacak Hoseok yang pandang aku dengan serius.
"Apa perasaan awak pada saya?"
Whut?
Persoalan apakah yini?
Aku buat muka blur. Aku tak tahu nak respon apa weh.
"A--apa maksud awak? Saya tak faham."
Tiba-tiba terpancul soalan tu di bibirku. Aku pandang dia sekilas lalu aku ambil kek disuakan dalam mulutku nak elak daripada tengok muka dia.
"Tempoh perkenalan kita mungkin singkat tapi, cara awak layan saya, buatkan saya jatuh hati dekat awak."
Cara aku layan dia? Macam mana aku layan dia? Aku rasa macam biasa je. Takdelah pulak aku tunjuk mini love ke apa dekat dia.
Ehhh jap, dia luah perasaan dekat aku ke ni? OH MGIII sepanjang 23 tahun aku hidup, tak pernah mana-mana laki confess dekat aku tau.
Hoseok kini pegang kemas tapak tanganku menyalurkan kehangatannya.
Dia tatap wajahku dengan pandangan yang sungguh menggoda. Aku tak tau lah jampi apa dia guna sampai aku terpukau tengok muka dia.
"Tak salah kalau kita cuba kan? Sekurang-kurangnya kita cuba untuk kenal isi hati masing-masing."
Ibu jari Hoseok dengan pantas bergerak menyentuh hujung bibir Jiyoon. Dilap bibir gadis itu yang terkena sisa kek.
Degun degun.
Sekali lagi jantung aku buat hal. Akibat perbuatan Hoseok yang terlalu romantik melayani aku buatkan pipiku meronta kemerahan.
Wajah kacak dia pun aku tak tahan inikan pula cara dia layan aku dengan begitu baik.
Hoseok pandang aku dengan senyuman yang sangat manis. Pandangannya sangat mencairkan hati.
Dan itu buatkan aku rasa lebih serba salah.
Wahhh Jiyoon-ah, kau dalam delima.
___
Jiyoon dan Hoseok berjalan pulang setelah mereka habiskan makan kek di kedai.
Kebiasaannya mereka akan berjalan seiringan tetapi kali ini tidak, Hoseok mendahului Jiyoon ke depan manakala Jiyoon berjalan perlahan-lahan menjauhi Hoseok.
Akibat luahan cinta Hoseok, membuatkan Jiyoon dalam keadaan delima. Dia sukar membuat pilihan.
Patutkah aku pilih Hoseok?
Aku kena bagi peluang untuk terima dia.
Jiyoon semakin ragu-ragu dalam pilihannya. Bibir bawahnya diketap menandakan dia sukar membuat pilihan.
Apa yang dia fikirkan sehingga dia sukar menerima Hoseok?
Tiba-tiba muncul wajah comel jungkook dalam kotak fikirannya.
Ya, dia masih fikirkan jungkook.
Budak belasan tahun yang juga meluahkan perasaan cinta kepadanya dahulu.
Aku suka kookie ke? Tak kan lah, dia budak lagi, takkan aku nak bercinta dengan dia?
"Eomma kajja, pukul tiga nanti kita ada date dengan nanny baru kookie."
Nampak sangat kookie dah lupakan aku. Hmm
"Saya masuk dulu."
Suara Hoseok telah menghentikan lamunannya yang asyik memikirkan tentang jungkook.
Nampaknya terlalu lama dia berfikir sampailah mereka sampai di rumah pun masih tak sedar.
Jiyoon memandang wajah Hoseok yang terlihat mempamerkan kesedihan.
Walaupun dia tak cakap yang dia sedih, tapi riak wajahnya mempamerkan segalanya.
Hoseok senyum sebaris dan tanpa tunggu lama dia terus masuk ke dalam rumahnya.
"Hoseok."
Jiyoon memanggil Hoseok membuatkan lelaki itu terus berhenti melangkah. Dia berpusing semula menghadap Jiyoon.
"Saya terima awak."
___
Maaf dah lama tak update bizi memanjang kerja tak habis "(
Sis lanje pic seok sekeping sumpah encem kat mma haritu "))
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro