🎈0 1 6
Kring!
Bunyi jam penggera berdering agak kuat di atas meja. Tepat pada jam 6 pagi, jam itu berdering mengejutkan tuannya.
"Aduhh, pukul berapa ni? Erm, 10 minit lagi lah..."
Jiyoon langsung tidak ingat bila masa dia kunci jam tiba-tiba pulak jam dah berdering.
Dia terus ambil bantal dan tekup pada telinganya tidak mahu sebarang bunyi menganggu tidurnya. Sehinggalah,
"WALAWEHH DAH PUKUL ENAM KE?!"
Dengan kuasa veto, dia terus bergegas bangun daripada pembaringan dan lari masuk ke dalam bilik air.
___
"Hmm Jenah woi kau masak apa tu?"
Jimin yang entah dari planet mana datang terus turun tangga menyapa aku di dapur.
Jimin mengampiri aku dan berdiri betul-betul di belakang aku tengok aku masak apa.
"Wahh, kau masak nasi lemak? Tentunya enak sihh!"
Hehe asal kau tahu yaa, masakkan nasi lemak aku adalah yang paling terrboek dalam kawasan perumahan kami ni sampaikan orang luar rasa pun jatuh cinta pada tukang masaknya beb v_v
"Aku dah siapkan untuk kau atas meja tu ha."
Aku muncungkan mulut menunjukkan ke arah meja makan tentang nasi lemak jimin yang telah siap aku hidangkan dalam saji.
"Oh, habistu yang kau tengah buat ni untuk siapa?"
Jimin menuju ke arah meja makan sambil tanya aku tentang nasi lemak yang sedang aku bungkuskan.
"Siapa lagi kalau bukan jiran baru sebelah, bakal adik iparmu. "
Uhuks! Uhuk!
Jimin yang tadinya makan nasi lemak hampir separuh pinggan terus tersedak bila aku cakap tentang adik ipar?
"Kau dah kenapa?"
Aku pusing belakang, pandang dia yang sedang tepuk dadanya dan cepat minum air kosong.
Lah aku cakap macam tu pun nak terciduk ke?
"Hey apa kau mengarut ni jenah? Adik ipar apak kau! Muka macam kuda ada hati nak jadi adik ipar aku? Mintak jauh bosskur!"
Eyyy dasar leman sarip! Kau kalau mengata orang memang cepat je ehh.
Aku hanya menjeling ke arahnya. Malas nak layan lebih nanti makin kuat dia mengata.
"Suka hati kau lah nak cakap apa pun. Yang penting jangan lupa kemas balik meja tau. Aku pergi dulu, bye!"
Usai aku bungkuskan nasi lemak dalam bekas makanan aku terus beredar naik atas bilik nak bersiap.
"Woi jenah jangan lebih lebih sangat dengan kuda tu aku hempok korang nanti!"
__
Tepat pukul 7 pagi, Jung Hoseok sudah berdiri di luar rumahnya. Bersiap sedia untuk mulakan kerja barunya sebagai seorang guru.
Dia memakai baju kemeja berwarna hitam berseluar slack, dan berkot hitam diluarnya menambahkan lagi daya tarikan yang dimiliki.
Fuhh, siapa jadi bini dia, aku sumpah, kau tak tido malam tatap muka dia je
")
Dia duduk di atas kerusi yang sedia ada di kawasan halaman rumahnya untuk memakai stokin dan kasut.
Sesekali melihat orang yang lalu lalang di kawasan ini cepat sahaja dia bengkokkan kepalanya menyapa tanda hormat.
"Selamat pagi cikgu!"
Hoseok terus berpaling apabila dia mendengar suara seseorang yang sepertinya memanggilnya tetapi dengan gelaran cikgu.
"Selamat pagi juga, Jiyoon."
Hoseok senyum senang melihat gadis yang tidak asing baginya. Jiran baru yang paling rapat dengannya.
Jiyoon datang mendekati Hoseok. Pagar yang hampir sama tinggi bahu milik Jiyoon itu menghubungkan dua manusia.
"Awak nampak kacak."
Oke oke, aku akui Hoseok nampak sungguh handsome dengan mengenakan baju berkot hitam tu. Dengan rambut sama hitam, awuu kacak habis!
"Terima kasih, awak pun cantik juga."
Hoseok memuji penampilan Jiyoon ikhlas. Dia akui, Jiyoon memiliki ciri-ciri perempuan yang dia suka. Manis, cantik.
Weh, aku pakai baju paling buduh yang pernah aku pakai. Boleh dia cakap, aku cantik? hm nasib baik aku dah mandi tadi. Takdelah nampak selekeh sangat.
"Awak pergi kerja naik apa?"
Aku baru perasan sejak semalam langsung tak nampak kereta dia. Kata CEO, takkan lahh kereta tak boleh beli?
"Ahh, saya jalan kaki je. Lagipun sekolah tempat saya mengajar dekat je dengan rumah saya. Ambik masa 5 minit je."
Ohh, baruku tahu, tapi, sekolah yang mana satu dia mengajar?
"Awak nak teman saya ke sekolah tak?"
Cepat je aku anggukkan kepala tanda setuju. Aku pun nak tahu sekolah mana dia mengajar.
"Err, abang awak benarkan tak?"
Asal pulak tiba-tiba dia tanya jimin benarkan aku teman dia ke sekolah pulak? Melainkan...
Aku terus toleh belakang, dan aku nampak satu makhluk yang menyorok disebalik langsir rumah.
"Ko jangan nak lebih sangat jenah dan kau kuda, jangan sampai aku hantar kau balik zoo negara."
Aku jelirkan lidah dan jelingkan mata ke arahnya. Suka hati akulah nak buat apa pun kisah pulak kau.
"Dah jom pergi takyah pedulikan jeman sarip tu."
Aku terus memaut lengan Hoseok supaya tak perlu pedulikan kata-kata jimin tak guna tu. Kitorang pun jalan kaki bersama-sama tanpa hiraukan pekikan jimin yang dia cakap apa pun aku tak dengar.
___
"Kita dah sampai."
Kami berhenti betul-betul di hadapan pagar sekolah menengah.
Jap jap aku nak tengok sekolah apa ni. Tiba-tiba rasa fimiliar je.
Sekolah Menengah Tinggi Yoonjung.
Oh tak aku tak pernah kenal sekolah ni.
"Awak balik pukul berapa?"
"Mungkin pukul 2 kot sebab hari ni ada meeting. Kenapa? Awak nak ambik saya ke?"
Eh ehhh cepat nau dia tahu apa yang aku fikirkan. Memang niat nak ambik dia tapi tengoklah dulu kalau aku rajin.
"Hmm tengok lah dulu kalau saya ingat awak saya ambik tau. By the way, saya ada masakkan nasi lemak untuk awak. Nanti rehat makan tau."
Aku hulurkan bekal makanan yang berisi nasi lemak kepadanya dan dia sambut huluran aku.
"Wahh susah susah je. Mesti sedap ni. Terima kasih. Nanti balik saya bagi komen ye."
Hoseok senyum senang melihat bekalan yang aku bagi. Mesti dia rasa diri dia tu spesial kan? Huhu.
"Saya masuk kerja dulu. Hati-hati balik nanti. Annyeong."
Hoseok mengusap lembut kepalaku dan sempat dia menghadiahkan kenyitan matanya yang syeksi itu untuk aku.
Waduh waduhh gue jatuh cinta sekali lagi~~~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro