🎈 0 1 5
"Jiyoon?"
"Jiyoon sshi?"
Park!
Aku terus tersedar apabila hoseok menjerit agak kuat panggil nama aku.
Apa apa?
"Gwenchana?"
Hoseok menundukkan sedikit kepalanya agar sama tinggi dengan aku lalu pandangannya menatap muka aku.
"Ha? Ahh, saya ok..."
Aku terus berganjak sedikit apabila wajah kami terlalu dekat dan aku larikan pandangan daripada tengok mukanya.
"Aiskrim awak dah cair."
Ehh bila masa pulak aku pegang aiskrim?
Aiskrim kon perisa frutiy yang aku pegang sudah hampir cair semuanya terus aku jilat cepat cepat.
"Mana pakcik mael?"
Aku baru teringat yang aiskrim ni aku beli daripada pakcik mael tapi bila aku pusing balik pakcik mael dah takde.
"Dia dah lama pergi sejak mula awak berangan lagi."
Aku rasa macam dia perli aku je "(
"Sorry."
Aku terus menundukkan kepala sedar salah aku.
"Apa yang awak mengelamunkan dari tadi?"
Ceh takkan lah aku nak bagitahu dia yang aku rindu kookie? Dia pun tak kenal siapa budak tu.
"Aniya... Teringat masa kecil dulu selalu beli aiskrim pakcik mael. Rasanya tak pernah berubah sampai sekarang. Sedap!"
Fuhhh nasib boek lah aku raja kelentong kalau tak tergagap jugaklah nak cakap apa.
"Oh ya? Aiskrim cheese moo ni pun sedap rasanya."
Aku senyum kelat apabila hoseok menayangkan aiskrim miliknya.
Aiskrim tu selalu aku buat untuk kookie sampai dia tambah dua gelas aiskrim.
"Ice cream noona yoon is the best!"
"Noona nanti buat lagi tau! Buat banyak-banyak! Nanti kookie rindu noona boleh makan aiskrim ni."
Haihh, tiba-tiba rasa sebak "(
"Tengok tu, awak berangan lagi..."
Ye ye ye... Aku berangan lagi dan lagi.
"Awak tak suka keluar dengan saya ke jiyoon?"
"Ha? Ehh mana ada! Saya suka sangat keluar dengan awak."
Aku terus gelengkan kepala dan tayang muka gembira.
Walawehhh ini bukan masa yang sesuai untuk rindukan budak tu "(
"Maaf buat awak terasa hati dengan perbuatan saya..."
Sekali lagi aku tundukkan kepala dan kali ni aku rasa bersalah sangat sebab dah menyinggung perasaan dia.
"Takpe, saya tak terasa hati pun. Tapi kalau boleh, pastikan diri awak berada disini bukannya tempat lain. "
"Haa, oke oke."
Aku tayang muka gembira dan angkat kon aiskrim.
"Saya nak awak bersama saya.."
Ujar Hoseok perlahan tapi aku sempat dengar apa yang dia cakap.
Bersama? Bersama apakah?
Bersamamu?
"Hoi Jenah, dating kerr?"
Kami berdua terus berhenti berjalan apabila dengar satu suara panggil nama aku- jenah.
"Ehh mak munn! Tengah tambah dosa ker tuu?"
Hah ambik ko tadi mengata aku sangat.
"Eh eh ko ni. Dari kecik sampai ke besor mulut lancang je ye."
"Siapa tu?"
Hoseok yang hanya memerhati dari tadi mula bertanya siapa makcik yang tengah aku berbual.
"Ha, ini mak mun jiran perumahan kita. Mulut macam paparanzi sikit."
Ha yang paparanzi tu aku slowkan taknak kasi dia dengar.
"Ha, ini siapa? Tak pernah nampak pun. Laki kamu ke? Ehhh sejak bila kamu kahwin? kamu tak ajak pulak mak mun ke majlis nikah kome yee."
Heish kan aku dah habaq dia ni mulut paparanzi. Entah benda betul ke tak semua nak tibainya.
"Haah. Ini laki jenah! Namanya Hoseok. Handsome kan laki jenah ni makmun?"
Kadang-kadang aku tak layan mulut makmun ni tapi sebab aku sengaja nak buat dia sakit hati lebih hah ambik ko.
Nak bagi lakonan aku nampak real aku terus peluk lengan Hoseok dan sandarkan kepala pada lenganya manja.
Fuhh bhai dah nampak macam pasangan bercinta lak acehh v_v
"Elehh kalau muka je handsome tapi takde duit tak guna jugak apa kau ingat dengan muka laki kau tu boleh beli barang ke?"
Eh eh ehh sakit pulak hati kite! Mulut mak mun ni buat telinga aku berasap beb.
"Makcik, saya nak tanya, makcik kenal Syarikat Kiara Jung's?"
Tiba-tiba je Hoseok mencelah antara perbualan aku dan mak mun nih.
"Ha awat tak kenai pulak? Uiii itu Syarikat terbesar dan paling jutawan di negara ni."
Hoseok terus mengeluarkan dompetnya dan ambik satu kad yang aku tak tahu kad apa tu.
"Kenalkan, saya Jung Hoseok. CEO Kiara Jung's."
WALAWEHHH.
APA AKU SALAH DENGAR KAH YINI?
HOSEOK? CEO KIARA JUNG'S?!
ANAK JUTAWAN WEHHH
Aku nampak mulut mak mun dah ternganga besar weh. Mesti tak caya.
Dan aku lagilah tak percaya!
"Uiit hang ni jenah. Bukan kaling kaling eh. Sekali dapat anak jutawan nohh. Untung lah hang."
Elehhh, tadi bukan main cakap hoseok ni muka je handsome tapi takde duit bila hoseok tunjuk kad dia terus puji aku haktuih.
"Saya lagi beruntung sebab dapat Jiyoon. Susah nak jumpa perempuan sebaik dia."
Apakah itu satu pujian?
Dan jika betul adakah aku menyukainyaa?
WADUHHH GAWAT INI.
Hoseok senyum lebar lalu mengusap lembut rambut aku.
Fuhhh pakej bhai.
"Haahh semoga rumah tangga korang berdua diberkati lah yee. Cepat-cepat dapat anak nanti jangan lupa ajak mak mun sekali."
"Ehh itu sudah pasti. Siapa lagi yang nak basuh pinggan, periuk belaga kalau bukan mak mun?"
Mak mun tunjuk muka tak puas hati. Mulut dia bergerak gerak macam baca jampi. Jangan kata nak santau aku sudah lah!
"Sayang.. Shall we?"
Hoseok bersuara lembut mengajak aku untuk beredar.
"Maaf lerr mak mun laki jenah ni takleh lama-lama. Katanya ada appoinment. Kita membawang lain kali ajelah ye."
Tanpa tunggu lama aku terus heret lengan hoseok untuk beredar. Lama-lama nanti kang banyak pula topik yang dibualkannya.
"Terima kasih sebab tolong saya."
Dah jauh daripada rumah mak mun baru aku lepaskan pegangan pada lengannya.
Hoseok hanya tersenyum dan gosok belakang tengkuknya.
"Ehh tapi seyes lah awak CEO syarikat kiara Jung's?"
"Saya ingat nak rahsiakan je. Tapi bila mulut mak mun tu dah macam wartawan tak berbayar rasa sakit hati lah jugak."
Hah kau tengok orang luar pun tak sukakan mak mun tu.
"Ehh, habis tu, kenapa awak tinggal kat sini? Dan kenapa pulak awak kata awak kerja cikgu?"
"Sebenarnya, saya lari dari rumah. Keluarga saya nak saya kahwin dengan perempuan mana tah. Katanya sebab nak majukan lagi perniagaan kami. Jadi disebabkan saya tak kenal dan tak suka perempuan tu, saya larilah dari rumah. Clishe bukan?
Dan kenapa saya kerja cikgu? Bukan cikgu betul pun. Cuma cikgu ganti je. Cukup dua bulan saya tamat jadi cikgu."
Perghh aku ingatkan dalam drama petang petang je ada benda macam ni. in real pun ada jugak kahwin paksa ni?
"So, awak okey ke kat sini? "
"As long as keluarga saya tak tahu saya tinggal mana, i'm okey."
Weh, sedar tak sedar, kitorang dah sampai rumah. Cepat nau pusing sampai tak sedar dah sampai rumah balik.
"Terima kasih sebab sudi bawak saya jalan-jalan. Kenal-kenal dengan orang kat sini."
"Sama-sama. Kalau awak ada apa-apa jerit je nama saya. Saya akan datang. ASAP."
Hoseok senyum lebar pandang aku.
Fuhhh tak dinafikan. Jung Hoseok ni kacak bhai. Kacak ya amatt.
"Ahhh, saya tertinggal sesuatu lah."
Hoseok mula meraba-raba poket seluarnya mencari sesuatu.
"Ha, awak tertinggal apa?"
Aku pulak yang kalut cari barang apa yang dia tertinggal tu. Manalah tahu ada barang tercicir masa berjalan pusing-pusing perumahan ni.
"Hati awak."
WALAWEHHHH APA MACAM YINIII
__
Gaiss aku ingat nak publish ff taehyung punya. Ada orang suka tak?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro