Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

25-BABY

2 bulan kemudian,usia kandungan Melur sudah mencecah 9 bulan...Sekarang,mereka hanya menunggu hari sahaja untuk menyambut kelahiran baby baharu...

Sementara itu,mereka juga dikejutkan dengan khabar gembira bahawa Naziha dan Natasha sudah mengandung anak mereka yang pertama...

Di dalam telefon📲

"Tahniah,Naziha...Aku tumpang gembira untuk kau..."-Ujar Melur gembira dengan berita tersebut...

"Terima kasih,Melur...Aku pun tak sangka...Nanti,anak-anak kita boleh kawan sama-sama lah kan?"-Soal Naziha yang teruja...Melur tertawa perlahan...

"Mestilah boleh..."-Balas Melur lalu tersenyum...

"Jaga diri tau...Jangan buat kerja berat-berat sangat...Kau tu masih di awal usia kandungan...Macam-macam boleh jadi..."-Jelas Melur panjang lebar...Naziha hanya mengangguk...

"Baiklah,Melur Dahlia...Saya akan turut perintah..."-Ujar Naziha yang memecahkan tawa mereka berdua...

"Ada-ada je...Aku ucapkan tahniah sekali lagi untuk kau dan Danish...Kirim salam dekat Danish dan keluarga dia,ya?"-Ucap Melur panjang lebar...

"Assalammualaikum..."-Sambung Melur lagi...

"Waalaikumsalam..."-Balas Naziha lalu mematikan perbualan telefon mereka...

Keesokkan harinya,Adam dan Melur sarapan bersama-sama...Semasa makan,tiba-tiba,Melur mengadu kesakitan...

"Aduhhhh!!!"-Ujar Melur yang tiba-tiba merasa kesakitan di bahagian perutnya...

"Kenapa ni,sayang?"-Soal Adam hairan...

"Perut Melur sakitlah,abang..."-Balas Melur perlahan dan cuba menahan kesakitan...

"Dah nak beranak ka?"-Soal Adam yang gemuruh dan tak tahu nak buat apa...

"Kita tunggu hari je sekarang ni,abang...Kita pergi jelah hospital...Abang pergi ambilkan beg yang Melur dah sediakan untuk bawak ke hospital..."-Jelas Melur panjang lebar dan menunjukkan ke arah beg yang berada di atas almari...

"Biar abang pimpin,sayang..."-Ujar Adam...Melur pun mengangguk...

Mereka berdua pun pergi ke hospital dengan kadar segera...Setibanya di hospital,Melur dimasukkan ke dalam wad...

"Dah buka 8cm ni...Kita bawak pergi bilik bersalin jelah..."-Ucap seorang doktor kepada seorang doktor lagi...

"Baiklah..."-Balas seorang doktor lagi...

Melur dibawa ke bilik persalinan...Dalam masa 2 jam,seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan...

Tbc...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro