09-LAMAR
Hari ini merupakan hari minggu...Melur bercuti di rumahnya...Tiba-tiba,datanglah sekumpulan manusia yang terdiri daripada perempuan dan lelaki yang berusia dalam lingkungan 40 tahun...Emak Melur menyambut kehadiran mereka...
"Kenapa ya datang sini?Apa yang boleh saya bantu?"-Soal emak Melur ramah...
"Ini betul ka rumah Melur Dahlia?"-Soal seorang perempuan yang anggun mengenakan baju kurung berwarna ungu...
"Iya...Betul?"-Balas emak dan berasa hairan...Mengapa mereka mencari anaknya itu?
"Kami ada benda nak bincang dengan ibubapa Melur..."-Balasnya pula...
"Jemputlah masuk..."-Pelawa emak...Mereka semua pun masuk...
Mereka duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu...Abah pula baru muncul kerana emak menyuruhku memanggil abah kemari...Aku juga turut berada di situ bersama Kak Sal...
"Apa hajat kamu semua datang ke sini?"-Soal abah memulakan bicara...
"Kami datang ke sini untuk menyunting bunga di taman..."-Ucap lelaki yang kemungkinan sama umur dengan abah,aku berfikir mungkin dia ialah suami kepada wanita tadi...
"Bunga?"-Soal Kak Sal pula...Aku mencubit lengan Kak Sal...
"Sibuk je nak masuk campur hal orang tua..."-Ucapku kepada Kak Sal dalam nada membisik...
"Biar saya jelaskan...Kami datang sini nak melamar anak perempuan puan dan encik berdua..."-Jelas lelaki itu...
"Siapa ya?"-Soal emak pula...Takkanlah Kak Sal pula...Dia kan dah kahwin...Tinggal aku sorang jelah yang belum kahwin...
"Melur Dahlia!!"-Ucap wanita itu...Aku terdiam...Terkejut dengan apa yang baru aku dengar sebentar tadi...
"Untuk anak puan ka?Nama apa ya?"-Soal abah ingin tahu...Manalah tahu aku kenal,kan?
"Adam Zakri!!"-Balas lelaki itu pula...Sekali lagi,aku terdiam...Terkejut dan tidak percaya...Aku dilamar oleh bos sendiri...GILA!!!
"Kamu setuju?"-Soal wanita itu kepada emak dan abah aku...
"Kamu kena tanya tuan punya badan...Kami tiada hak...Kalau anak kami setuju,kami pun tak boleh nak kata apa-apa..."-Balas abah...Abah,emak dan Kak Sal memandang aku serentak...
"Macam mana?Melur setuju?"-Soal wanita itu lagi kepada aku...
"Biar Melur berjumpa dengan Adam dulu..."-Balasku...
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro