Prolog
"Korang!" Mereka sepuluh menoleh ke belakang. Sarah dan Amir sedang berlari pantas biarpun pakaian mereka sedikit mengganggu pergerakan mereka. Namun, disebabkan keterujaan yang tidak dapat ditahan dalam diri, mereka berdua hanya menghiraukan sahaja pakaian mereka itu dan meneruskan larian.
"Wow, Sarah! You look surprisingly beautiful. It surprise me", kata Alia dengan terkejutnya. Matanya terbuka luas sebaik pandangannya jatuh pada gaun kuning kembang yang disarung Sarah. Tudung coklat gelap yang dipakai jelas menambahkan keayuan pada wajah jelitanya.
"Well.. Tengoklah sapa, kan?" Sarah berkata sambil meng-flip tudung coklatnya, beranggapan bahawa itu adalah rambutnya.
"Seriously, waktu macam ini pun.. Korang ada masa untuk bergurau?" Aiman mencelah. Kedua-dua tangan kanan dan kirinya disilangkan rapat ke dada. Ekspresi wajahnya kelihatan bengis.
"Oh, tolonglah! Boleh tak kau jangan asyik nak marah aje? Stress kau tahu, ak!" Alia membentak. Nada suaranya ditinggikan, berbeza sedikit daripada sebelumnya.
"Alamak! Amaran.. Amaran. Alia dah mengamuk. Lebih baik kau berhenti Aiman, kalau kau taknak kena bunuh dengan dia ni. Nanti.. Tidak pasal-pasal kau kena potong dan menjadi sup manusia", kata Auni. Tangannya menarik Zulaikha, Alieya dan Musyrifah untuk mengundur ke belakang, menjauhi Alia.
"Ah! Ada aku takut dengan perempuan ni? Takde kan? Jadi, kau perempuan. Ada baiknya kalau kau tutup mulut kau tu"
"Weh, Aiman.. Itu bukan caranya untuk kau bercakap dengan perempuanlah", kata Irfan seraya meletakkan tangan kanannya pada bahu Aiman.
"Betul tu, bro. Kau kena jadi gentleman." Taufiq menyokong apa yang telah dikatakan oleh Irfan. "Kalau kau marah pun, ada ke masalah ni semua setel? Tidak, kan? Diorang bergurau, bergembira sebab diorang taknak stress. Dengan keadaan kita semua yang kat dunia asing ni, perasaan seperti stress itu cuma akan menjadi penghalang kepada setiap tindakan kita. Jadi, kau tak payahlah nak bad mood sangat dengan benda remeh-temeh macam ni."
Aiman mendiamkan diri. Dia memandang wajah kawan-kawannya satu demi satu dan akhirnya pada Alia. "Kau bernasib baik kali ni. Kalau kawan aku tak bela kau dan kawan gila kau ni, mesti aku dah belasah kau cukup-cukup", katanya dengan suara garaunya itu. Hanya dengan mendengar sahaja nada suaranya, sudah cukup membuktikan akan benci Aiman pada Alia.
Alia menjelingnya tajam. "Kau jantan tak guna! Berani kau kata kawan aku gila?! Kalau kau ingat kitorang ni gila hanya disebabkan cara kitorang berenam berseronok, kau sememangnya salah. So, don't you DARE panggil kawan-kawan aku gila!!"
Yang lain menjadi pemerhati, tiada siapa yang berani mahu mencelah dan menghentikan pertelingkahan mereka berdua. Namun, itu semua berakhir apabila ada seseorang datang bersuara.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro