Bab 9
"Korang!" Mereka sepuluh menoleh ke belakang. Sarah dan Amir sedang berlari pantas biarpun pakaian mereka agak menganggu perlakuan(?) mereka.
"Wow, Sarah! You look surprisingly beautiful. It shocked me", kata Alia dengan terkejutnya.
"Well.. Tengoklah sapa, kan?" Sarah sambil beranggapan tudungnya itu rambut, meng-flip(?) tudung berwarna coklatnya.
"Tak.. Kau nampak macam tak cukup tidur. Itu maksud Alia", kata Zulaikha, mencelah perbualan dua orang kawannya itu.
"Yup!" Alia membuat gaya pistol dan menembak ke arah Sarah. (Faham ak?)
"O-ouh.. Memang aku tak cukup tidur sebenarnya. S-sebab.." Sarah gagap. Kelu lidahnya untuk menerangkan apa yang berlaku di istana semalam.
"Sebab kau kena tidur satu bilik dengan Amir, kan?", teka Alieya.
Sarah menganggukkan kepalanya. "Ya do.. Kau tahu tak betapa seksanya aku?"
"Kau samalah nasib dengan Auni and Alieya. Korang bertiga tu permaisuri. Dalam cerita, hero dan heroin dah kahwin. Korang ni generasi diorang, so memang sahlah korang dah kahwin", terang Musyrifah.
"Awat korang bertiga tak kahwin pulak?" tanya Sarah, menujukan soalan itu kepada Musyrifah, Alia dan Zulaikha.
"Astrid dengan Hiccup mana kahwin lagi", kata Zulaikha.
"Alice dengan Joker apatah lagi. Dalam cerita, Alice mana ada suka dekat sapa-sapa" Alia jawab sambil menyilangkan tangannya.
"Sama jugak dengan aku. Red dengan Wolf mana rapat. Kan diorang gaduh antara satu sama lain", kata Musyrifah.
"Tak aci.." Sarah merajuk.
Aiman yang dari tadi memerhatikan keenam-enam gadis ini berbual mula berasa marah. "Seriously, waktu macam ini pun.. Korang ada masa untuk bergurau ke?" Aiman mencelah. Kedua-dua tangan kanan dan kirinya disilangkan rapat ke dada.
Alia melemparkan pandangan tajam ke arah Aiman dan bersuara, "Oh, tolonglah! Boleh tak kau jangan asyik nak marah aje? Stress kau tahu, ak!" Dia membentak. Nada suaranya ditinggikan, berbeza daripada sebelumnya.
"Oops! Amaran.. Amaran. Alia dah mengamuk. Lebih baik kau berhenti Aiman, kalau kau taknak kena bunuh dengan dia ni. Nanti.. Tak pasal-pasal kau kena potong and jadi sup manusia", kata Auni sambil menarik Zulaikha, Alieya dan Musyrifah mengundur ke belakang, jauh sedikit daripada Alia.
"Ah! Ada aku takut ngan pompuan ni? Takde kan? So.. Kau, perempuan. Lebih baik SHUT UP!"
"Wuish.. Aiman. Itu bukan caranya untuk kau bercakap dengan perempuanlah", kata Irfan.
"Betul tu, bro. Kau kenalah jadi gentleman." Taufiq menyokong apa yang telah dikatakan oleh Irfan. "Kalau kau marah pun, ada ke masalah ni semua setel? Hah? Kau jawab soalan aku sekarang. And.. Diorang bergurau sebab diorang taknak terlalu stress."
Aiman hanya mendiamkan diri. Dia memandang wajah kawan-kawannya satu demi satu dan akhirnya pada Alia. "Kau bernasib baik kali ni.. Kalau kawan aku tak bela kau dan kawan gila kau ni, mesti aku dah belasah kau cukup-cukup", katanya dengan suara garaunya itu. Hanya dengan mendengar sahaja nada suaranya, mereka sudah pun mengetahui bahawa Aiman benar-benar benci akan Alia.
"Kau jantan tak guna! Berani kau kata kawan aku gila?! Kalau kau ingat kitorang ni gila hanya disebabkan cara kitorang berenam berseronok, kau sememangnya salah. So, don't you DARE panggil kawan-kawan aku gila!!"
Yang lain menjadi pemerhati, tiada siapa yang mahu mencelah dan menghentikan pertelingkahan mereka berdua. Namun, itu semua berakhir apabila ada seseorang datang bersuara.
"Baguslah kamu semua ada dah berkumpul dekat sini", kata pemilik suara itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro