Bab 8
"Duisternis?!"
"Ya, wilayah kelapan yang mengelilingi ketujuh-tujuh wilayah yang lain. Kawasan wilayah kelapan ini, tidaklah sebesar wilayah-wilayah yang lain. Akan tetapi, kesemua anggota tentera bahagian pemerhatian daripada setiap wilayah telah melaporkan bahawa kawasan wilayah mereka di bahagian belakang semakin kecil, yang membawa maksud.. "
"Wilayah kelapan telah mengambil sedikit demi sedikit kawasan daripada setiap wilayah!", sambung Sarah dengan nada yang terkejut.
"Takde apa yang boleh kita buat ke?!" Amir bertanyakan soalan. Jujur dia katakan yang dia berasa sedikit cemas dengan situasi di wilayah itu sekarang.
"Kami ada berbincang dengan ahli-ahli sihir diraja dan mereka akan cuba mengusahakan sesuatu untuk menghalang daripada wilayah kelapan semakin membesar", kata Menteri Pertahanan itu. (Ria ada tambah beberapa karakter yang mungkin tak wujud dalam cerita sebenar)
"Kalau macam tu, beta akan tunggu kesannya", kata Amir sambil meraup wajahnya, runsing. 'Apa yang patut aku buat sekarang ni? Boleh ke kitorang balik dengan keadaan pun teruk sampai macam ni sekali?'
Amir dan Sarah berjalan keluar daripada bilik mesyuarat itu. Kedua-duanya diam, masih terkejut dengan situasi yang dihadapi oleh mereka pada hari pertama mereka berada di dunia asing itu.
"Yang lain mesti rasa terkejut jugak, kan?" Sarah bersuara. Dia sedang berjalan seiringan dengan Amir tanpa hala tuju. Mereka hanya berjalan mengikut laluan itu dan berharap yang laluan itu tidak akan membuatkan mereka berdua sesat di dalam istana yang besar itu.
Amir angguk. "Siapa je yang tak terkejut dengan berita ni.. Apatah lagi, kita yang bukan datang dari sini. Entah boleh balik ke kita pun, aku tak tahu."
"Mm.." Sarah menundukkan kepala. Perbualan mereka berhenti di situ sahaja. Sunyi sepi tanpa sebarang suara mula mengambil alih suasana di laluan istana ketika itu. Hanya bunyi tapak kaki yang menemani mereka berdua sepanjang tempoh mereka berjalan menuju ke destinasi yang tidak diketahui.
צצ×
Pada petang hari yang seterusnya, Sarah dan Amir menuju ke tempat yang telah dijanjikan mereka berdua bersama kawan-kawan mereka yang lain. Pancutan air yang terletak di tengah bandar, itulah destinasi yang mereka tujui.
Dengan menaiki kuda dan juga berpandukan peta yang sudah tentulah mereka perlukan sebab mereka berdua bukannya salah seorang penghuni dunia fantasi itu, hanya beberapa minit sahaja yang diperlukan untuk tiba di sana.
Turun sahaja kedua-duanya daripada kuda, Amir menambat(?) kuda itu pada tiang lampu (wujud, kan?) yang berdekatan dengan pancutan air, takut kuda miliknya yang sebetulnya milik Raja Adam hilang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro