Angin yang bertiup lembut, membuatkan tudung coklat yang dipakai Sarah terbang mengikut rentak angin. Gadis berpakaian dress berwarna kuning itu sedang laju menunggang di atas seekor kuda putih bersama Amir di hadapannya.
'Kenapalah aku kena naik kuda yang sama dengan dia ni?' rungut Sarah di dalam hati.
Kedua-dua belah tangannya sedang memegang erat badan kuda putih itu, dan itu adalah pilihan yang terbaik untuk dirinya daripada memeluk Amir dari belakang. (Hmm.. Aku rasa aku tulis ayat keling)
Kira-kira 10 minit yang kemudian, akhirnya Amir, Sarah dan askar diraja yang lain tiba di Wilayah kisah dongeng Beauty and The Beast, yang juga dikenali dengan nama Rose Kingdom. Diambil sempena bunga ros yang ditulis di dalam cerita dongeng tersebut. (Ria takde idea ah utk nama wilayah tu.. So, aku letak je)
Mereka berdua bersama-sama dengan seorang askar berjalan masuk ke dalam istana yang berdiri megah, yang terletak di tengah-tengah Rose Kingdom.
"Tuanku diperlukan di dalam bilik mesyuarat sekarang", kata askar itu dengan penuh hormatnya.
"Bagaimana dengan Sarah?", tanya Amir dengan ibu jarinya dituding ke arah gadis yang berdiri di sebelahnya.
"Ah, Permaisuri Belle sudah tentu dibenarkan untuk mengikut Tuanku menghadiri mesyuarat tersebut", jawab askar itu.
'Permaisuri?' fikir Amir dan Sarah serentak di dalam kepala mereka. Masing-masing menyengetkan kepala sedikit ke tepi.
"Err.. K-kalau macam tu.. Sila tunjukkan jalan", arah Amir.
Dengan perlahan, dia menganggukkan kepalanya. "Sila ikut saya." (Ria taknak guna yg patik n hamba tu, k)
× × ×
"Baiklah, terangkan apa masalah yang kita sedang hadapi sekarang", kata Amir dengan nada serius, seolah-olah menunjukkan bahawa dia telah menguasai sepenuhnya watak sebagai Raja Adam.
Sarah yang duduk di sebelahnya hanya mengulingkan matanya. (rolled her eyes) Dia memandang satu-persatu wajah yang berada di dalam bilik ini.
'Diorang semua ni.. Menteri ke apa?'
"Tuanku! Kita mendapat laporan daripada penduduk kampung tentang kemusnahan hutan-hutan di kawasan sempadan wilayah kita. Kata mereka, kemusnahan tu.. Adalah luar biasa"
"Luar biasa?" Raja dan permaisuri itu berkata serentak dengan nada suara yang hairan.
"Luar biasa macam mana tu?", soal Sarah.
"Kemusnahan hutan-hutan tu semua.. Bukannya musnah akibat ditebang, atau dibakar tapi.."
"Tapi apa? Berterus-terang saja pada beta!", desak Amir seraya menghentak meja kayu yang berada di hadapannya.
"Weh, rileklah", bisik Sarah perlahan kepada Amir.
"S-sorry. Terbawak-bawak pulak" Amir meraba belakang lehernya.
"Hmm, yalah tu terbawak-bawak."
"Betullah!"
"Macam aku percaya.."
"Kenapa kau tak percaya kat aku?"
"Macam mana aku nak percaya. Kita bukannya rapat pun! Ish! Kau sambung ajelah discussion(?) korang tu", bisik Sarah sambil menyilangkan kedua belah tangannya.
"Err.. Sambung-sambung"
"H-hutan-hutan tu.. Semuanya menjadi layu dan bertukar menjadi warna hitam."
"Warna hitam.. Apa maksudnya?"
"Kami berpendapat yang k-kuasa j-jahat telah kembali semula. Kawasan wilayah kelapan, Duisternis semakin berkembang di setiap wilayah!"
"*Duisternis?!" [Sarah, Amir]
𝐃𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐫𝐲 :
*Duisternis membawa maksud kegelapan dalam bahasa Dutch.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro