Bab 5
"Macam ni.." Alia menarik nafas. "Buku besar yang korang jumpa atas lantai tu adalah portal; satu-satunya pintu yang menghubungkan dunia kita dengan dunia asing atau fantasi ni. Itu apa yang Aqil bagitahu akulah."
"Portal?" [Alieya]
Dia menganggukkan kepalanya. "Haah, portal!"
"Berapa besar dunia ni?", tanya Adam.
"Kau.. Boleh anggap dunia ni sebesar negara dengan banyak wilayah. Well, tak banyak pun cuma ada 8 saja."
"Wilayah apa je yang ada? Macam Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur ngan Putrajaya ke?" Amir bertanyakan soalan pula.
"Ahaha.. Lebih kurang. 8 wilayah tu terdiri daripada setiap cerita yang kita bawa tapi diorang ada.. lah nama yang tersendiri."
Auni membuka mulut namun Alia sempat memotong sebelum dia bersuara, "Jangan tanya aku apa nama wilayah-wilayah tu. Aku tak tahu."
"Memanglah dia baru tahu, sebab aku baru cerita kat dia sebelum korang sampai", kata Aqil sambil ketawa. Para pembaca boleh bayang yang dia gelak sama seperti Mad Hatter, okey?
"Eh, tunggu kejap!" Sarah menjerit. "Kita berenam; tak termasuk lelaki.. Macam mana boleh ada 8 wilayah?"
"Ini biar aku yang bagitahu", kata Aqil. "8 wilayah.. Korang berenam; jadi itu bermaksud 6 wilayah. Lagi 2 wilayah adalah cerita.. The nutcracker and 4 realm dan--"
"Nutcracker pun ada?!" [Zulaikha]
"Ada!"
"Dan??" Taufiq tertanya-tanya.
"Wilayah kelapan ni bukan daripada mana-mana cerita yang wujud dekat dunia korang", katanya serius.
"Aku ada soalan!", kata Musyrifah.
Alia menjegilkan mata. "Kau ingat kita kat sekolah ke apa nak cakap aku ada soalan apa bagai?"
"Hehe.."
"Hah, cakaplah apa dia?"
"Pasal Aqil.."
"Oh.. Aku tak cakap pasal dia lagi, an?" Musy menganggukkan kepala. "Macam mana aku nak cakap, ea? Senang cite, orang yang rapat dengan kita akan ada dalam dunia ni."
"Diorang masuk dalam buku ke?", tanya Alieya.
"Tak! Tak! Diorang tak masuk dalam buku. Dia macam dunia ni, copy orang yang rapat dengan kita dan jadikan diorang sebagai watak. Macam Aqil.."
"Kau rapat ke dengan Aqil?" [Sarah]
"Kau tak tahu! Aku rapatlah ngan dia, tapi takdelah rapat sangat macam best friend ke apa ke."
"Yalah tu.."
"Kau ni kan, Sar. Aku sekeh kepala kau karang!"
"Cubalah kalau berani" Sarah menjelir lidah.
"Haish.. Budak ni, kan!!" Alia mengepal tangannya menjadi penumbuk. Ikutkan hati, nak saja dia sekeh kepala kawannya itu namun, dia harus menahan marahnya.
"Maksudnya.. Kita akan jumpa orang yang rapat dengan kitalah kan?", kata Auni.
"Haah tapi! Diorang tak kenal orang lain selain dengan orang yang rapat dengan diorang aje."
"Macam Aqil?"
"Macam Aqil. Disebabkan dia rapat dengan aku, dia hanya akan kenal aku dan watak lain yang ada dalam cerita ni dan dia takkan kenal korang walaupun, dia salah seorang daripada budak kelas kita.
"Ouh.. Baru aku faham", kata Redza.
"Baguslah kalau kau faham.. Penat juga aku nak explain kat korang", katanya sambil menghembuskan nafas lega. Suasana mula menjadi senyap. Masing-masing membisukan diri. Akan tetapi, keadaan itu hanya bertahan sekejap sahaja kerana ada bunyi tapak kaki kedengaran. Bukannya satu ataupun dua tapi banyak.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro