Bab 31
"Takde soalan, kan?", soal Auni kepada kawan-kawannya. Yang lain menganggukkan kepala. "Kalau macam tu, jom kita keluar dari sini!"
"Awooo!" Zulaikha membuat bunyi serigala. (Pfft! Ahahaha, ni lawak) "Seriuslah.. Nak panggil Stormfly guna cara tu?", kata Alieya dengan wajah tidak percaya. "Apa? Betullah. Tak tengok ke cite dia?", tanya Zulaikha. "Takdelah tapi macam memalukan."
"Kita kenalah malukan diri sekejap untuk selamatkan diri kita!" Alieya mengeluh. "Yalah, apa-apa jelah." Kemudiannya, Redza bersiul; cuba memanggil naga kesayangannya, Toothless.
Seminit kemudian, Toothless dan Stormfly terbang keluar daripada portal yang dibuka oleh kawan-kawan mereka. "Toothless! Sini kawan", jerit Redza sambil melambai tangannya. Zulaikha turut sama memberi isyarat kepada naga kesayangannya itu.
Kedua-dua naga tersebut terbang menghampiri sangkar burung dalam masa yang sama, mengelak serangan yang dilontarkan oleh Alissa dan rama-rama gergasinya itu. "Tolong keluarkan kitorang daripada sangkar ni, okey?" Redza mengusap lembut kepala naga hitamnya.
Kesebelas mereka berundur ke bahagian hujung kanan sangkar. Toothless mula menghembuskan api(?) keluar daripada mulutnya dan dengan serta merta, sangkar besi itu mencair.
Sebelum besi itu kembali menjadi sejuk dan akan mula mengeras, sebuah lubang telah dibina(?) Akhirnya, mereka berjaya keluar daripada sangkar besi yang telah megurung mereka selama, entah berapa lama sejak mereka tiba di tempat pelik itu.
Zulaikha dan Redza menurunkan mereka yang lain di darat. "Kitorang pergi dulu!", kata Zulaikha yang kembali terbang ke udara bagi membantu kawan-kawannya, yang sedang menghadapi masalah dalam menewaskan rama-rama hijau gergasi itu.
"Hati-hati, Laikha!" Alieya menjerit. "Sar, Musy, Auni.. Jomlah!" Mereka bertiga mengangguk. "Aiman!", jerit Musyrifah. "Aku harap kau berjaya dapatkan kawan kitorang balik."
"Cuba sedaya upaya kau tau!", kata Sarah. "Kalau kau tak dapatkan dia balik, siaplah kau nanti!", ugut Auni. "Kitorang kerjakan kau nanti", sambungnya lagi. "GG!" Alieya menunjukkan ibu jarinya; membuat gaya 'thumbs-up'.
"Aku tahulah", balas Aiman ringkas. Dia kemudiannya berlari ke arah Alissa. Macam mana aku nak guna kuasa aku sebenarnya ni? Fikir macam Joker? Aku tak kenal pun sama mamat ni. Argh! Okeyh.. Okeyh.. Bertenang. Aiman menarik nafas. Dengan perlahan, dia menghembus semula.
Joker ni.. Orang dia macam mana? Aku kena cari cara jalan yang lain dan selamatkan pompuan tu dengan cepat. Ada kemungkinan yang kitorang akan kehilangan dia buat selama-lamanya kalau dia terus terkurung dalam diri dia sendiri. Tolonglah! Aku nak selamatkan dia!
"Ah!" Mata Aiman mula terbuka luas; seakan-akan dia mengingati sesuatu. Tangannya dimasukkan ke dalam poket bajunya dan apa yang berada di dalam tangannya selepas itu, adalah kad-kad terup. "Baru aku faham. Heh!" Senyuman sinis mula terukir pada bibirnya. Sesaat kemudian, dia mula mengambil langkah, menghampiri Alissa.
"Oi, Alissa!", panggil Aiman. Alissa menoleh ke arahnya dan jelas sekali bahawa gadis bermata hijau itu tidak suka akan kehadiran kawan musuhnya terutama sekali, apabila kawannya itu ialah dia. (Ayat keling jap) "Kau!", teriak Alissa. Nada suaranya yang penuh dengan kebencian itu, menimbulkan rasa tertanya-tanya dalam diri Aiman.
Apahal dia benci sangat dengan aku nih? Aku bukannya nak berdrama ke apa, tapi aku dapat rasakan yang benci dia tu lagi teruk daripada benci yang dia tunjukkan dekat kitorang semua macam.. Aku ni ketakutan yang paling dia takuti.. Okey, dah apahal aku guna ayat bm nih!
"Cubalah apapun, tapi aku takkan benarkan kau bebaskan pompuan tu!"
"Dengar! Sejujurnya, hati aku ni memang kata taknak bebaskan dia sebab.. Yalah kan. Kau mesti tahu perangai dia macam mana kan. Perangai pompuan tu memang tak boleh blah tapi itu.." Aiman berhenti bersuara. Dia hanya merenung tepat ke dalam mata Alissa.
Mamat ni ingat dia boleh renung sampai menusuk masuk ke dalam roh aku ke apa? (-_-
"Tapi apa?"
"Tapi itu.. Cuma 20% aje. Lagi 80% hati aku cakap... NAK DIA BALIK!" Aiman mula melemparkan kad yang berada dalam pegangan tangannya. Kad-kad terup itu terbang laju ke arah Alissa dan mula mengikatnya. (Korang faham tak? Susah sikit nak buat ayat. Senang cite, bentuk kad tu buat masa tu adalah silinder. Bayangkan Alissa masuk dalam silinder dan kad tu pun.. Kecikkan saiz dia supaya jadi ketat) Pergerakan Alissa mula terbatas dengan keadaannya yang terikat itu.
Urgh! Kalau kad-kad tak guna ni dia ikat sampai atas pergelangan tangan takpe jugak tapi ni tak, dia sampai ke betis. Habis aku takleh guna tangan aku. Macam mana aku nak serang mamat ni!
"Nampaknya kau dah kalah." Aiman mendekati Alissa. "Kau tak boleh guna tangan kau jadi, GAME OVERlah maksudnya. Sekarang, bagitahu aku cara untuk bebaskan pompuan tu", katanya sambil melemparkan pandangan tajam ke arah gadis yang berada di hadapannya.
"Huh! Buat apa aku nak bagitahu kau."
"Bagitahu jelah.. Kalau tak!"
"Kalau tak apa?!"
"Kalau tak, aku kuatkan lagi ikatan tu" Aiman mengeluarkan penumbuk.
"Cubalah kalau kau nak bunuh pompuan tuh!"
"Ah.." Matanya terbuka luas sekali lagi. Aku hampir nak bunuh dia.. Aduh! Aku terikutkan lagi perasaan marah akulah pulak. Haih.. Aiman mengurut dahinya; runsing dengan situasi yang dihadapinya.
"Ikut suka hati kaulah. Dengan ataupun tidak, aku akan bawa pompuan tu keluar jugak. Jadi..." Aiman merendahkan badannya ke tahap ketinggian Alissa. Kedudukan mata mereka berdua berada pada paras yang sama. Remaja lelaki itu menarik nafas perlahan. Buat kali kedua, dia merenung tepat ke dalam mata Alissa.
Dengan renungan yang sebegitu tajam, Alissa mula berasa tidak selesa. Pada awalnya, dia sangkakan bahawa dia mampu menahan renungan yang dilemparkan lelaki itu tapi apakan daya. Akhirnya, dia telah tewas hanya dengan renungan tajam itu.
"Jauhkan diri kau daripada akulah! Tak selesa kau tahu tak?! Tak selesa!!", jerit Alissa.
"Senyaplah kau. Aku tengah cuba nak berkomunikasi nih"
"..."
"Huh?!"
B-berkomunikasi?! Mamat ni dah apahal? Gila ke do. Berkomunikasi kepala bapak dia!!! Dia ingat dia boleh berhubung dengan si budak Alia tu hanya dengan merenung aku ke? Sial betul.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro