Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

"Aduh! Bapak sakit sial", kata Aiman mengusap perlahan belakang badannya akibat jatuh daripada tempat yang tinggi. Ataupun, lebih mudah untuk dikatakan.. Mereka semua jatuh keluar daripada lubang yang berada di langit. (padan muka!
。゚(TヮT)゚。)

"Languange, Aiman. Language", tegur Amir.

"Semua okey?", tanya Irfan. Jari telunjuknya dituding satu-persatu ke arah kawan-kawannya bagi mengira bilangan mereka semua. "Nasib baik cukup.."

"Kita kat mana?" Adam berdiri, melihat kawasan persekitaran mereka. Ianya langsung tidak membantu mereka untuk mendapatkan jawapan. Mereka semua dikelilingi oleh pokok yang kelihatannya seperti hutan.

"Tak boleh teka. Penuh ngan pokok. Macam hutan aje", kata Redza yang kini sedang berdiri bersebelahan dengan Adam.

Adam menganggukkan kepala, menyetujui apa yang dikatakan oleh Redza. "Err.. Korang?" Zulaikha bersuara. "Korang tak perasan ke.. Kita pakai baju lain?"

Dan pada masa itulah, mereka semua menyedari bahawa pakaian mereka sememangnya berbeza dari sebelumnya.

"The heck aku pakai ni? Warna merah hitam?" [Aiman]

"Apahal? Kau benci warna merah ke? Cubalah kau cakap macam tu depan Alia, mesti dia marah", kata Auni.

"Apahal pulak?"

"Well.. Red is her favourite colour", jawab Sarah.

Aiman mendiamkan diri. Dia hanya memandang pakaian aneh yang sedang dipakainya. "Pelik..", katanya dengan nada yang rendah.

"Haih.." Auni dan Sarah mengeluh serentak.

"Kenapa dia tak mengamuk?", tanya Sarah.

"Manalah aku tahu. Kau tanyalah dia."

Sementara itu, Alieya, Musyrifah dan Zulaikha sedang berbincang bersama Adam, Taufiq dan Redza tentang rancangan mereka untuk mencari jalan keluar dari tengah hutan itu.

"Aku rasa better kita jalan je ikut laluan ni. Mungkin kita akan jumpa bandar ke kampung ke.. Apa-apa yang ada dekat sinilah, yang boleh bantu kita", kata Adam.

"Ada idea lain ke?", tanya Alieya yang sedang duduk di hadapan Adam. Musyrifah dan Zulaikha menggelengkan kepala mereka dituruti oleh Taufiq dan Redza.

"Kalau macam tu.. Keputusan muktamad! Korang!!" Adam menjerit, memanggil kawan-kawannya yang lain seraya membuat gaya tangan, menyuruh mereka untuk datang dekat.

צצ×

Entah berapa minit ataupun jam, mereka sudah berjalan, namun masih tidak petunjuk mahupun bayang bandar atau kampung di hadapan. Kesemua mereka sudah berasa letih dan penat akibat pakaian mereka yang menyusahkan itu. (memanglah menyusahkan.. Girls pakaian dress except for Zulaikha sebab kau akan tahu pakaian dia macam mana nanti. )

Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk berhenti seketika akan tetapi hajat mereka itu terbatal sebaik mereka menghidu bau yang enak dan dengan laju mencari arah bau itu datang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro