Bab 23
"Ataupun.. Dia" Irfan bersuara kembali namun masih tidak menyambung ayatnya yang dari tadi lagi berhenti. Auni, Musyrifah, Zulaikha dan Alieya menepuk dahi mereka sambil mengeluh perlahan. "Haih.."
"Sambung jelah ayat kau, Irfan. Sian diorang aku tengok. Yang Amir ni, entah kenapa gelak tengok Sarah marah", kata Taufiq.
"Ok. Ataupun, dia tu sebenarnya bukan Alia", kata Irfan, menghabiskan ayatnya yang tersangkut.
"Bukan Alia? Apa maksud kau?", tanya Aiman. Matanya dijegilkan.
"Mungkin betul apa yang Irfan cakap." Adam menyokong. "Mungkinlah. Aku tak pasti betul ke tidak."
"Tapi, satu je cara nak pastikan dia Alia ataupun dia tu.. Alissa", kata Redza, mengemukakan cadangan. "Korang tanyalah dia."
"Kepala dia!" Musyrifah menyilangkan tangannya.
"Tanya jelah.." Alieya berkata.
"Hmm.." Auni memandang gadis itu yang sedang menyandarkan badannya pada sangkar besi itu. "Kau Alia atau Alissa?", tanya Auni.
Gadis bermata hijau itu memandang Auni. Dia kemudiannya tersenyum gila seperti seorang psychopath. "Kau rasa aku siapa?", tanya gadis itu.
Yang lain mula memasang telinga, mendengar perbualan mereka berdua.
"Aku rasa kau Alia tapi entahlah. Kau mungkin Alissa", jawab Auni. Dia mengangkat bahunya.
"Ak-" Belum sempat dia berkata, suara lelaki yang tadinya muncul kedengaran semula.
"Dia Alia tapi bukan Alia."
"Huh? Apa maksud kau?", tanya Aiman.
"Hahahaha!" Lelaki itu ketawa. "Dia memang Alia tapi bukan Alia yang korang kenal. Dia tu Alissa, bahagian jahat dalam diri Alia."
"Alia ada bahagian jahat ke?", tanya Zulaikha.
"Oh, semua orang ada! Tentang kawan korang ni. Aku dah kurung si budak Alia tu dan bebaskan Alissa daripada tahanannya. Sekarang, Alissa akan ambil alih badan Alia." Dari nada suaranya sahaja, kesebelas mereka dapat tahu yang lelaki itu sedang tersenyum sinis.
"Ah.. By the way, seronok dapat berjumpa dengan kamu semua, wira-wira yang dikatakan akan kalahkan aku!"
"Kalahkan?" Mata Amir terbuka luas. "Tak mungkin.. Kau.. Kau.. Kau sapa, eh?"
"Hm..!" Lelaki itu mendengus kemarahan. "Akulah Anthrax pemerintah wilayah kelapan, Duisternis. Raja kepada segala kegelapan dan juga.. Orang yang bakal korang semua lawan."
"Apa?! Raja?!" Mereka berkata serentak dengan nada yang terkejut.
"L-lawan.." Zulaikha mula berasa seram sejuk.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro