Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 21

Setiap saat mereka berada di dalam kegelapan, setiap saat juga perasaan takut mereka semakin membesar yang akhirnya membawa kepada kegilaan dalam diri mereka.

"Argh! Aku nak keluar. Keluarkan aku dari sini!" Alieya menjerit ketakutan, tidak mampu menahan lagi perasaan dikurung di tempat yang gelap gelita dan penuh kesunyian.

Seorang demi seorang antara mereka mula menjerit, menginginkan kebebasan, tidak mahu dipenjarakan lagi.

"Hahaha! Seronoknya tengok korang merana. Aku rasa happy pulak~", kata suara itu, sering menemani kesebelas mereka.

"Diamlah kau!", marah Aiman. "Kau siapa sebenarnya, hah?! Kau dekat mana?! Kenapa kau kacau kitorang?! Blahlah!" Dia mengamuk. Suara itu seakan-akan membuatkan kegilaan dia dan kawan-kawannya makin menjadi-jadi dan itu harus dihentikan sebelum mereka hilang kewarasan mereka.

"Aku siapa sebenarnya, hah?! Aku dekat mana?! Kenapa aku kacau korang?!" Suara itu meniru ayat-ayat dan cara percakapan Aiman, seolah-olah mengejeknya. "Siapa aku? Oh, korang kenal aku~"

"Tolonglah! Berhenti ganggu kitorang." Musyrifah merayu. Dia berasa sangat terseksa ketika itu. Tidak pernah dalam seumur hidup, dia mengalami pengalaman seperti itu dan perkara ini mungkin mampu menjadikannya trauma.

"Huh? Jangan ganggu korang? Tak bolehlah~ Nanti, keseronokannya hilang. Kalau keseronokannya hilang, aku tak happy. Bila aku tak happy.." Suaranya bertukar menjadi lebih dalam, menunjukkan yang dia sedang marah. "AKU JADI MARAH! HAHAHAHA!!!" Dia ketawa seperti orang yang sudah hilang kewarasan.

"Sudahlah tu, Alissa." Kini, suara seorang lelaki kedengaran. Sebaik mendengar arahan lelaki itu, suara yang dipanggil sebagai Alissa, berhenti ketawa dan mendiamkan diri.

"Pendek lagi.. Ni sebab nak cepat. Ria curi ihiks internet ayah untuk publish, means Hotspot and sebab nanti adik pun guna tenet ni. Jadi, nak kena cepat"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro