Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Bunyi jeritan yang didengari oleh mereka itu seakan-akan memperlahankan masa daripada bergerak laju. Dengan mengikut rentak, jantung mereka berdegup kencang. Darah dipam dengan sangat laju. Tanpa membazir masa, mereka semua berdiri dan berlari menuju ke arah bunyi jeritan itu datang.

"Suara tu.. Itu suara Alia!!", jerit Aiman.

"Takde dia pun!", kata Zulaikha cemas apabila nereka melihat kelibat kawan baik mereka tiada. "Yang ada cuma buku besar ni.."

"Takkan dia hilang macam tu aje." [Amir]

"Tak mungkinlah!" [Aiman]

"K-korang dengar tak suara tu?", tanya Alieya dengan gagapnya.

Mereka memandang Alieya sambil telinga dipasang, cuba menangkap suara yang dikatakan olehnya.

"Aaaaaahhh!!!"

"Hah?! Itu suara Alia!" Mereka berkata serentak. "Suara tu datang daripada..." Mata mereka jatuh ke atas buku besar yang berada di atas lantai di mana tempat itu bukanlah sepatutnya buku itu berada. (ayat keling)

"Kenapa aku rasa macam kita ada dalam cite jumanji sekarang ni?", soal Irfan.

"Aku pun.. Tak tahu." Auni membalas.

"Nak bukak ke?" Musyrifah bersuara. Kakinya melangkah ke hadapan. Namun, ada tangan yang menariknya ke belakang semula. Dia menoleh.

"Kau gila ke apa?!" Sarah menjerit. "Kau nak kita semua mati ke?"

"Tapi.. Aku rasa kita patut bukak buku tu.."

"Kenapa?", tanya Taufiq, memandang tepat pada mata Musyrifah.

"Sebab aku rasa Alia ada dalam buku tu!", jawabnya dengan yakin.

"Apa kau cakap ni?! Tak masuk akallah. Macam mana dia boleh masuk dalam buku tu pulak?!" [Aiman]

"Wei.. Yang kau nak menjerit ni dah apahal?" [Amir]

"Senyaplah kau!"

Sedang mereka semua bertekak, Auni secara perlahan-perlahan berjalan ke arah buku tersebut. Irfan menyedari tingkah lakunya.

"Auni!"

Suara Irfan yang memanggil namanya secara tiba-tiba, menyebabkannya dia membuka buku besar itu tanpa sengaja.

"Apa yang kau dah buat?!" [Aiman]

Kemudian, dalam beberapa saat sahaja, mereka semua diselubungi cahaya biru yang terang dan akhirnya jatuh ke dalam lubang hitam yang gelap gelita, yang tiada sesiapa pun mampu melihat apa-apa.

Author: Sorry sebab pendek. Tgh dalam keadaan merana ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro