Bab 19
Selesai melawat kedai barangan kemas, Auni dan yang lain mula bergerak ke kedai yang seterusnya sehinggalah Irfan bersuara, mematikan terus langkah mereka semua.
"Mana Alia?"
"Yalah! Mana dia?", tanya Auni. "Korang berdua yang last dengan dia, kan? Dia pergi mana?"
Alieya dan Sarah saling berpandangan antara satu sama lain. "Err.. Dia ada kata yang dia nak pergi kedai lain. Tapi.." Alieya berhenti menyambung ayatnya.
"Tapi?" [Auni]
"Tapi, dia tak bagitahu kedai yang mana", kata Sarah, berterus-terang.
"Dia tak bagitahu?!" Irfan dan Taufiq berkata serentak.
"Habis tu, sekarang macam mana?", tanya Taufiq. Alieya dan Sarah hanya mampu mengangkat bahu mereka.
Sudah sepuluh minit mereka menghabiskan masa mencari Alia yang hilang, namun hampa, mereka masih tidak menjumpainya sehinggalah Adam terlihat akan kelibat orang yang dicari-cari oleh dia dan kawan-kawannya.
"Korang, aku dah jumpa dia!" Adam bersuara. Dia mula berlari, mengekori Alia yang hilang di sebalik selekoh, tidak mahu kehilangan jejak lokasinya.
Yang lain turut sama berlari, mengekori di belakang Adam, biarpun sebahagian daripada mereka mengalami masalah untuk berlari laju akibat pakaian mereka.
Melepasi selekoh, jejak Alia mulai hilang. Mereka berhenti dan memeriksa setiap laluan yang ada sekiranya kesan jejaknya masih ada. Akan tetapi, perkara yang lain pula berlaku kepada mereka.
Mereka berada di salah satu lorong yang membawa mereka kepada tiga laluan berbeza, yang berpecah ke arah yang berlainan dan mungkin juga, tempat yang berlainan.
"Kenapa aku rasa lorong ni makin sempit?", tanya Zulaikha, yang kembali bersuara setelah lama mendiamkan diri disebabkan gelang yang tidak mampu dibelinya.
"Dan kenapa aku rasa lorong ni makin gelap?", tanya Sarah pula.
Ya. Kedua-dua soalan itu sememangnya benar. Lorong yang pada awalnya kelihatan luas dan terang, mula berubah menjadi sempit dan gelap biarpun langit belum berubah gelap.
"Sorry! Chapter ni pendek sikit. Ria asyik pening kepala dan badan naik panas, tapi bukannya demam pun. So, susah sikit nak berfikir. Ayat pun jadi tak betul. Sorry sangat2!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro