Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 18

Kedua belas watak utama kita mula bergerak ke bandar. Sambil berjalan, mata mereka meliar memandang kedai-kedai yang berada di sekitar mereka. "Uyo! Tengok tu. Ada kedai barang kemaslah. Jom pergi tengok!", ajak Zulaikha. Nada suaranya kedengaran teruja sekali.

"Err.. Aku mana suka barang kemas", kata Alia dan Auni serentak. Masing-masing menggaru kepala mereka yang tidak gatal dengan jari telunjuk mereka.

"Alah! Jomlah pergi tengok. Tengok aje", pujuk Zulaikha.

"Weh, pergilah do", kata Musyrifah.

"Yalah! Yalah! Aku pergi", kata Auni mengaku kalah yang kemudiannya ditarik tangannya oleh Zulaikha dan Musyrifah.

"Alia?" Sarah memandang ke arah kawannya. "Kau pergi tak?"

"Ikutlah kitorang. Mesti ada benda yang boleh tarik minat kau." Alieya memegang tangan Alia. (Oh, wow! Alieya dan Alia. Hahaha)

"Hmm.. Korang pergilah dulu. Aku nak pergi satu kedai ni kejap. Kedai ni memang menarik minat aku bila aku pandang for the first time. So, pergilah dulu", katanya sambil tersengih seperti kerang busuk.

"O-okey?" Alieya dan Sarah memandangnya pelik. Mereka berdua mula bergerak masuk ke dalam kedai barangan kemas, meninggalkan Alia keseorangan.

צצ×

"Wah! Tengoklah gelang ni. Comel kan?", tanya Zulaikha kepada Musyrifah.

"Comel Laikha, comel. Kau ni.. Macam budak-budak je aku tengok."

"Tak kesah pun!" Zulaikha menjelirkan lidahnya. "Err.. Nak tanya! Berapa harga gelang ni?"

Salah seorang pekerja di kedai itu berjalan ke arah mereka berdua dan memberitahu Zulaikha harga gelang itu. Mata mereka berdua terbuka luas sebaik mendengar harga yang telah ditetapkan oleh kedai tersebut. Kemudian, pekerja itu berlalu pergi.

"Mahalnya.." Wajah Zulaikha bertukar sedih. "Aku nak sangat gelang ni", katanya muram.

Redza yang mendengar perbualan dua orang kawan itu, hanya memandang gelang tangan yang dipegang Zulaikha. Sebaik mereka berdua beredar, Redza memanggil salah seorang pekerja dan memberitahunya bahawa dia mahu membeli gelang tersebut. Tindakannya itu langsung tidak diketahui oleh mana-mana kawannya.

Sementara itu, Alieya sedang sibuk membelek gelang-gelang yang tersusun rapi di sebuah meja panjang yang terletak di hujung kedai bersama Auni dan Sarah.

"Weh Alieya! Cer kau tengok gelang yang ini. Aku rasa yang ini sesuai untuk kau", kata Auni sambil memegang gelang yang bercorak bunga halus.

"Cantiknya!" Alieya mengambil gelang itu daripada genggaman Auni.

"Pandai jugak kau pilih ya, Auni!", puji Sarah.

"Biasalah!" Auni meng-flip tudung berwarna kuningnya itu.

Musyrifah yang berjalan berdekatan mereka bertiga, menjerit kepada Sarah sambil ketawa. "Sarah, janganlah puji dia. Kembang nanti, tak boleh nak tutup pulak."

"Eh kau! Diam eh" Auni mengeluarkan jari telunjuknya dan diarahkan ke arah Musyrifah.

"Zip!" Dia membuat gaya 'meng-zip mulutnya' namun pada masa yang sama, dia masih tersengih.

"Korang! Korang rasa Hawwari akan cakap cantik tak?", tanya Alieya.

Sarah, Zulaikha (walaupun masih sedih), Musyrifah dan Auni memandang Alieya dengan wajah yang hairan.

"Kau demam ke apa?" Sarah meletakkan tangannya di dahi Alieya, memeriksa suhu badan kawannya itu. "Tak panas pun."

"Kau pening kepala ke?", tanya Auni.

"Ke kepala kau terhantuk kat dinding or meja?" [Musyrifah]

"Macam mana nama Hawwari boleh keluar dari mulut kau ni? Dia ada kat dunia ni ke?" [Zulaikha]

Alieya tersenyum. "Hihi.. Kalau korang nak tahu, dia ada jugak dekat sini. Aku dengan Adam ada terserempak dengan dia. Berbual panjang jugak kitorang berdua."

"Berdua? Dia dengan Hawwari je ke?", bisik Sarah kepada Auni.

"Yalah kot. Sian Adam.. Kena palau."

"Ya do.. Sian dia. Apalah Alieya nih!"

"Kan? Hahaha.."

"So, aku tanya korang ni. Rasanya?" Alieya bersuara semula.

"Aku rasa dia suka kot." Musyrifah menggaru kepala. "Kau taknak tanya Adam ke?"

"Err.. Tak kot." Alieya memalingkan badannya, membelakangi kawan-kawannya. "Aku nak belilah! Tunggu kejap tau."

"Okey!", kata yang lain serentak.

Tanpa mereka sedari, Adam sedang memasang telinga dengan perbualan mereka berlima. Jujur dia katakan, hatinya sedikit terguris dengan kata-kata Alieya.

'Hawwari! Hawwari! Hawwari! Asyik-asyik laki tu je' Adam merungut, geram dalam hati. Kedua-dua tangannya dikepal menjadi penumbuk.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro