Bab 17
Tamat sahaja perbualan mereka, Mirana memberikan lima guni kecil yang berisi emas. (Diorang pakai emas and perak, an?) Berat emas itu sememangnya tidak mampu ditampung oleh Alia yang kini bersaiz lebih kecil daripada saiz asalnya.
Dengan itu, dia meletakkan kelima-lima guni tersebut di dalam beg galas, yang sering dibawanya, dari awal pengembaraan mereka lagi iaitu di dalam perpustakaan.
"Jumpa kamu nanti, Alice", kata Kyle sambil mengenyit mata ke arah Alia.
"Uhh.. Jumpa nanti?" Alia berkata dengan janggalnya. Dia kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada yang lain bersama-sama Sarah.
"Korang, jom blah", kata Sarah kepada yang lain.
"Eh?! Dah nak pergi? Kita tak bincang lagi, kan?", tanya Zulaikha terkejut.
"Kitorang baru aje bincang tadi." Alia menjawab pertanyaan Zulaikha sambil meletakkan kedua-dua belah tangannya di pinggang. "Korang tu yang tak dengar, sibuk berbual aje."
"Yeke... Sorry do", kata Musyrifah, meminta maaf.
"Tulah.. Berbual aje keje korang ni. Makcik bawang betul!" Sarah mengusik, cuba menaikkan kemarahan Musyrifah kerana itulah perkara yang dia sering lakukan pada kawannya itu.
"Kau ni.. Aku dah mintak maaf, kan!"
"Hmm.. Yalah!" Sarah membuat muka selamba.
"Budak dua orang ni, kalau tak bergaduh tak boleh", kata Auni sambil menepuk dahinya perlahan.
"Nak buat macam mana.. Itu memang cara diorang." Alieya mengeluh perlahan.
"Takpelah. Anyway, Sarah ajak gi shopping kat bandar. Nak gi?", tanya Alia.
"Jom!" Keempat-empat kawan mereka berkata dengan serentak.
"Hah, bagus!" Sarah memandang ke arah kawan lelaki mereka. "Korang nak ikut tak?"
"Boleh aje", jawab Amir. "Korang?"
"Kitorang ikut!", kata Adam dan Redza sebaik mereka bertukar pandangan antara satu sama lain.
"Aku dan Irfan ikut." Taufiq berkata pula diikuti dengan anggukan kepala daripada Irfan.
"Sekarang.. Tinggal Aiman." [Sarah]
Kini, semua memandang remaja lelaki yang dari tadi mendiamkan diri, mendengar sahaja perbualan kawan-kawannya.
"Kau nak ikut tak?", tanya Alia. "Kalau kau taknak ikut, kau tinggal sini ah."
"Ada orang yang taknak ikut ke?", tanya Kyle yang secara tiba-tiba mencelah perbualan mereka. "Kalau ada orang taknak, aku join boleh? Boleh aku temankan Alice." Tanpa disedari yang lain, dia melemparkan senyuman sinis ke arah Aiman.
"Sapa kata aku taknak pergi? Aku tak cakap apa-apa pun kan?!" Dia membentak.
"Kalau ya pun, tak payahlah marah, Aiman landak ku sayang. Takde sapa pun cakap kau tak pergi", kata Alia, mengetap giginya, cuba untuk menahan perasaan marah daripada dihamburkan terus kepada kawan yang panas barannya itu di hadapan Permaisuri Iracebeth dan yang lain. Cukuplah dia memalukan diri sendiri di hadapan Frederick, Aldo dan Dino.
"Landak ku sayang?!" Yang lain berkata serentak. "Ahahahahahahah!!" Mereka ketawa, terhibur dengan sindiran Alia.
"Aduh, sakit perut aku gelak", kata Auni sambil memegang perutnya.
"Ya do.." Musyrifah menyokong.
"Ahahaha, weh. Tak boleh blah do!" Sarah ketawa terbahak-bahak.
"Ayoyo, Sarah. Kau gelak, buka main teruk ya." Zulaikha mengusik Sarah. Alieya tidak mampu berkata apa-apa kerana gelak yang melampau.
Aiman pula? Hmm.. Apa lagi. Menanggung malulah dia bila Alia panggil dia 'Aiman Landak ku sayang' tapi apa satu soalan yang membuatkan dia berasa tertanya-tanya dan soalan itu adalah..
'Kenapa landak?' tanya Aiman dalam hati.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro