Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

Bunyi tapak kaki kedengaran di sepanjang laluan perpustakaan. Bertemankan lampu yang datang daripada telefon pintar, Redza berjalan di hadapan kawan-kawannya yang lain selaku ketua. Langkahnya terhenti, membuatkan yang lain turut sama berhenti. Adam yang berjalan di belakang Redza bergerak ke sisinya.

"Apahal kau berhenti?", tanya Adam.

"Aku rasa kita patut berhenti sekejap. Kita dah berjalan kira-kira 20 minit, aku rasalah daripada tadi lagi tanpa berhenti. Budak perempuan mesti penat." Pandangannya dialihkan ke arah sekumpulan budak perempuan yang berada di belakang. Adam turut sama mengalihkan pandangan.

"Kita berhenti sekejap. Korang mesti penat, kan?", tanya Redza kepada kawan-kawan perempuannya.

"Eh, takpelah! Kita teruskan aje", kata Zulaikha sambil menggerakkan kedua-dua tangannya ke kiri dan kanan, memberikan alasan untuk mereka semua meneruskan perjalanan.

"Jangan nak mengada, Laikha. Tengok keadaan kau sendiri. Tercungap-cungap aku tengok kau bernafas." Alieya menegurnya. Nada suaranya kedengaran tegas.

"Tapi.. Nanti kita membazir masa. Kita tak akan jumpa jalan yang boleh bawa kita pada yang lain"

Alia mengeluh kecil sebelum bersuara. "Zulaikha Izlin!" Suaranya yang tinggi dan tidak lupa juga, bergema di dalam perpustakaan itu menyebabkan semua mata memandang ke arahnya.

Dengan menggunakan suara yang lembut, dia berkata, "Dengar... aku tahu kau rasa bersalah dan ingat masa kita akan terbazir sebab berehat tapi terdesak macam mana pun kita nak keluar, badan kita tetap perlukan rest sebab kita dah berjalan lama. Kau dah tak sayang pada badan kau, ke?"

"Ehh?! Mestilah aku sayang!" Zulaikha  menjawab laju.

"Kalau macam tu, kita rest sekejap. Okey?"

"Okey!" Zulaikha senyum, akhirnya setuju dengan keputusan untuk berhenti seketika.

"So, setel! Kita berehat sekejap. Dalam 3 or 4 minit, baru kita gerak", kata Alia, memaklumkan perkara tersebut kepada Redza.

Dengan itu, kedua-dua belas mereka mencari tempat masing-masing selesa untuk mereka labuhkan punggung dan duduk sementara Alia, bersama beg galasnya yang berada di bahu, berjalan ke hadapan. Auni yang menyedari tindakan sahabatnya itu, menjerit namanya. "Alia! Kau nak pergi mana?"

Semua memandang mereka berdua. Alia berhenti dan menoleh ke belakang. "Aku nak pergi tengok dekat depan."

"Eh, tapi bukan ke kau kata kena berehat. Kau sendiri yang cakap... takkan tak buat pulak"

"Oh.. hehe" Alia tersengih. Memang benar bahawa dirinya sendiri yang menyuruh kawannya, Zulaikha untuk berehat. Namun begitu, perasaan ingin tahu yang mendiami dirinya itu tidak lagi dapat ditahan olehnya sebaik dia mengetahui banyak lagi perkara yang boleh dia terokai di dalam perpustakaan yang besar itu. Siapa tahu perkara menarik apa yang bakal ditemuinya, bukan?

"Memang aku yang cakap macam itu. Cuma, aku takleh nak tahan perasaan nak teroka tempat ni," ujarnya teruja.

Musyrifah menggeleng kepala. "Gaya kau cakap macam kita semua ni ada dalam hutan rimba pulak. Kau ada lampu tak?" Dia soal.

"Gila kau takde lampu. Flashlight phone dia kan ada. Kalau tak, takdenya minah ni gatal sangat nak berjalan," kata Sarah.

"Aku tak nak membazir bateri phone aku," kata Alia sambil menggaru kepala dengan jari telunjuknya. Bibir mulusnya menguntum satu senyuman janggal.

"Habis tu.. Kau nak pakai apa?", tanya Musyrifah hairan.

"Pakai ni!" Alia mengeluarkan lampu suluh daripada poket sisi beg galasnya.

Semua memandangnya dengan mata terbeliak. "Seriously?! Kau bawak lampu suluh ke sekolah?", kata Alieya terkejut. Tidak disangka bahawa kawannya itu akan membawa barang sebegitu rupa di dalam beg galasnya.

Alia ketawa apabila melihat reaksi yang ditunjukkan oleh kawan-kawannya. Pada mulanya, bukan niat dia untuk membawa barang yang entah siapa tahu akan sebabnya ke sekolah tapi memikirkan akan kemungkinan perkara buruk boleh berlaku, jadi Alia mengambil keputusan berani untuk membawanya bersama dia. Apatah lagi, lawatan sepertimana yang sedang mereka lalui sekarang itu. "Kita mana tahu apa yang jadi, an?" Dia mengangkat bahu.

"Apa lagi yang kau bawak dalam beg?" Taufiq membuka mulut. Dirinya berasa benar-benar curiga akan gadis tersebut dan beg galasnya. Agak-agaknya, barang apa yang dibawa olehnya di dalam beg itu. Mungkinkah peralatan yang mampu memberi jalan penyelesaian kepada masalah mereka? Contohnya, bunga api... mungkin?

"..." Alia mendiamkan diri. Dia hanya memandang Taufiq dengan pandangan kosong.

"Err.. aku pergi dululah", katanya dengan laju sebelum mengorak langkah, meninggalkan kawan-kawannya jauh dibelakang.

"Woi, Alia!!" Auni menjerit. "Apa yang budak tu sorok dalam beg?"

"Entah-entah dadah", kata Aiman sambil membuat muka blur.

"Kau jaga sikit mulut kau tu, ya. Kalau tak aku cili mulut kau!" [Auni]

"Cuba ah.. Kalau boleh!"

"Auni..sudahlah tu. Tak payah nak cari pasal dengan dia", kata Musyrifah.

"Hm.. Yalah!"

Beberapa minit sudah berlalu, sejak mereka semua berehat dan kelibat Alia masih tidak kelihatan. Selang beberapa saat kemudian, mereka terdengar bunyi jeritan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro