Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 48

"A....awak siapa?"

Pertanyaan Dhia Airisya itu membuatkan Emir Adden Fattah terkaku. Mulutnya terkunci rapat memandang Dhia Airisya. Bibirnya digigit. Sungguh dia terkejut dengan respons Dhia Airisya.

"A....Airisya"

Tangan Dhia Airisya diraih. "It's me Adden" tuturnya. Mata merenung lembut mata Dhia Airisya dengan berharap yang Dhia Airisya ingat dia dan juga berharap yang Dhia Airisya tidak hilang ingatan.

"A...Adden?"

Kepalanya diangguk.

"Hmmm. Your husband"

Dhia Airisya mengigit bibirnya. Kepalanya ditunduk memandang tangannya yang dipegang oleh lelaki di depannya itu yang mengaku suaminya.

"Sa...saya tak in...ingat. Sorry"

Emir Adden Fattah mengigit bibirnya. Agak kecewa bila Dhia Airisya lupa akan dirinya. Dia tidak kesah kalau Dhia Airisya lupa akan bad memory tapi bukan dirinya kerana ianya akan membuatkan dia rasa semakin bersalah dan juga sedih.

"Uisaga giokssang siljeungirago hadongayo?(Doctor ada cakap dia amnesia ke?)"  Soalnya pada atuknya yang bersama Dhia Airisya semasa dia tiada tadi. Anggukan daripada Atuknya itu membuatkan dia mengeluh kecil.

Dia memandang Dhia Airisya semula. Lama dia merenung mata Dhia Airisya sebelum menarik Dhia Airisya sekali lagi ke dalam pelukannya. Air matanya tiba-tiba mengalir. Dia bukan seorang yang mudah menangis tapi keadaan sekarang menyebabkan dia mudah untuk menangis.

Siapa tak sedih kalau isteri yang dicintai amnesia dan lupa akan dirinya?

"A....Adden"

Air mata dikesat kasar sebelum dia memandng Dhia Airisya.

"Hmmm?"

Dhia Airisya mengigit bibirnya melihat sisa air mata Emir Adden Fattah. Tangannya naik perlahan-lahan memegang pipi Emir Adden Fattah. Ibu jarinya menyeka sisa air mata Emir Adden Fattah.

"Ja...janganlah menangis. Isya gurau je lah"

Emir Adden Fattah mengerutkan dahinya.

"Maksud sayang?"

Dhia Airisya tersengih. "Hehe Isya ingatlah abang. Saja je nak prank abang" tutur Dhia Airisya sambil tersenyum kecil. Dia saja je nak prank Emir Adden Fattah. Mahu tengok reaksi Emir Adden Fattah kalau dia amnesia dan dia tak sangka yang Emir Adden Fattah akan menangis. Like seriously, mafia Korea menangis kerananya?

"Is it funny?"

Kata-kata Emir Adden Fattah dengan nada serius dan muka yang tegang mematikan senyumannya. Dia menggigit bibirnya. Takut dengan reaksi muka Emir Adden Fattah yang tegang macam tu. Marah ke?

"Isy......"

Bang

Pintu wadnya yang dihentam kuat oleh Emir Adden Fattah menghinjutkan bahunya dan juga orang yang tidak dikenalinya didalam bilik itu. Dia dan mereka hanya memandang Emir Adden Fattah keluar dengan marah. Kepalanya ditunduk. Dia nak prank je tak tahu pula Emir Adden Fattah akan marah macam tu sekali.

"Airisya, don't worry about him." Tutur seorang lelaki yang agak berumur.

"Yup, don't worry. I will look him for you" tutur pula lelaki yang muda dan handsome.

Dhia Airisya hanya memandang mereka berdua dengan renungan pelik. Entah siapa mereka. Mungkin kenalan Emir Adden Fattah sebab tengok muka orang Korea.

Hae Sung keluar dari situ meninggalkan atuknya bersama Dhia Airisya untuk mencari Emir Adden Fattah.

"I'm is their grandfather, Park Chan Hee. You can call me harabeoji. "

"Ha...harabeoji?"

"Yup. It's mean grandpa"

Dhia Airisya menagguk kepalanya faham. Baru dia kenal atuk Emir Adden Fattah. Selama ini Emir Adden Fattah tidak pernah kenalkan dia dengan mana-mana ahli keluarganya. Sebab tu dia tidak kenal mereka berdua.

"Don't worry about him. He won't be able to get mad at you for long. He loves you" tuturnya apabila dia melihat Dhia Airisya asyik terhendap pada pintu. Mungkin rasa bersalah kerana prank cucunya tadi.

Dhia Airisya tersenyum nipis lalu menunduk. Kalau dia tahu Emir Adden Fattah akan marah dan hilang diri macam sekarang, dia takkan prank dah.

"Icha!"

Kepala diangkat memandang beberapa orang di muka pintu. Senyumannya melebar melihat muka-muka orang yang dia sayang datang menjeguknya.

"Bangun pun Icha. Ibu risau tau"

"Ibuuuuu" pelukan dibalas. Dia memeluk Tengku Sumayyah bagai tak mahu lepas. Air matanya mengalir tiba-tiba dengan laju. Macam-macam perasaan yang bermain sekarang. Gembira kerana akhirnya semua sudah berakhir. Dia juga sedih kerana koma 5 bulan. Mesti keluarganya risau dan sedih melihatnya koma.

"Jap mana Emir? Kalau dia tahu Icha bangun ni mesti dia gembira gila"

Dhia Airisya menundukkan kepalanya. Air matanya makin mengalir laju teringat akan Emir Adden Fattah yang pergi dengan marah kerana pranknya.

"I...Icha prank Adden yang Icha amnesia dan sekarang Adden m....marah. Icha tak tahu dia pergi mana" terangnya memberitahu apa yang jadi tadi. Dia rasa bersalah sekarang.

"Dah nangis. Dia datang balik lah tu kejap lagi." Pujuk Tengku Sumayyah sambil mengusap perlahan-lahan bahu Dhia Airisya untuk menenangkan dia.

"Mr. Park?" Soal Tengku Yusuf yang baru masuk itu. Matanya membulat memandang Park Chan Hee berada di depannya sekarang. Park Chan Hee seorang yang sangat busy jadi dia hanya dapat berjumpa kadang-kadang je.

"Hai Yusuf, long time no see"

DHIA Airisya memandang lama phonenya itu. Sudah dihantar macam-macam whatsapp pada Emir Adden namun tidak dibalas. Dari suaminya itu keluar siang tadi sampai ke malam  dia tak nampak batang hidung Emir Adden Fattah.

Kata Tengku Sumayyah, Emir Adden Fattah akam menemaninya tapi sampai ke sudah dia tidak nampak suaminya. Jam pun sudah hampir pukul 10 malam. Marah sangat ke suaminya itu?

Dhia Airisya mengeluh kecil.

Kaki ditarik rapat ke dada. Muka disemban. Air matanya laju turun. Dia nak suaminya ada di sisinya sekarang lagi-lagi waktu malam. Kejadian yang berlaku memberi trauma kepadanya. 2 kali dia diculikole orang yang sama.

Kepala diangkat memandang pintu. Gelas yang berisi air di sebelah kanan dicapai lalu diteguk. Dia terpandang kerusia roda yang tidak jauh darinya itu. Disebabkan kakinya yang masih tidak kuat akibat koma 5 bulan, dia perlu menggunakan kerusi roda.

Kalau Emir Adden Fattah taknak balik pada dia takpe, dia boleh pergi cari untuk pujuk.

Perlahan-lahan dia turun dari katil. Dipegang kuat meja di tepi katil itu apabila kakinya terketar-ketar. Namun langkahnya yang tidak berapa stabil itu membuatkan dia terjatuh. Tangannya terlanggar gelas menyebabkan gelas pecah berderai atas lantai.

"Arghh!" Jeritnya kuat apabila tangan kanannya itu terhempas atas gelas yang pecah. Habis kaca-kaca melekat di tapak tanganya itu sehinga mengeluarkan darah yang banyak.

"Ya Allah sayang!"

Dihampiri Dhia Airisya yang terduduk di atas lantai itu. Mahu luruh jantungnya mendengar jeritan Dhia Airisya tadi. Dia ada je kat luar wad Dhia Airisya bersama bodyguard yang lain.

Bibir digigit menahan sakit apabila doktor sedang menyapu luka pada tapak tangannya itu sebelum dibalut dengan bandage. Air mata takyah cakap lah memang laju je turun. Sakit dan pedih.

Sesekali dia melirik mata memandang Emir Adden Fattah yang tampak risau. Apabila mata mereka bertembuang  terus dia melarikan matanya. Takut.

"Okay dah siap."

"Thank you doctor" tuturnya dengan bersalah. Nasib baik doktor yang merawatnya itu datang mahu check keadaanya tadi. Kebetulan pula.

Setelah doktor itu pergi dia memandang Emir Adden Fattah. Sekali lagi dia melarikan matanya. Kakinya ditarik ke dada dan dipeluk. Mukanya ditoleh ke arah lain. Bibir digigit.

"Airisya"

Panggilan Emir Adden Fattah diabaikan. Berdebar-debar dia sekarang. Risau dah apa akan jadi kejap lagi. Confirm teruk kena marah sebab cuai.

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Dia yang berada di hujung kaki Dhia Airisya bangun mendekati Dhia Airisya lalu melabuhkan punggung dekat dengan Dhia Airisya. Rasa menyesal meninggalkan Dhia Airisya sorang-sorang tadi walaupun dia hanya ada kat luar je.

"Sayangggg" panggilnya lembut kali ini.

Dhia Airisya masih mengabaikan panggilannya. Mungkin merajuk dengannya. Melihat Dhia Airisya yang hanya diam itu, dia menarik bahu Dhia Airisya supaya menghadapnya tapi mata masih memandang lain.

"Abang mint....."

"Sorry. Sorry prank tadi"

Emir Adden Fattah memandang lama Dhia Airisya yang menunduk itu. Senyuman kecil terhias dibibirnya itu. Dia menarik Dhia Airisya ke dalam pelukannya. Dicium ubun kepala Dhia Airisya lama.

Bibir digigit. Mata dipejam merasa ciuman Emir Adden Fattah di ubun kepalanya. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Pelukan makin dieratkan.

"Abang pergi mana? Isya rindu abang" tuturnya bersama esakan.

"Abang cari awek baru"

Perlukan dilepas. Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah dengan mata yang tidak berkelip. Dia salah dengar ke atau memang betul yang Emir Adden Fattah cakap dia cari awek baru?

"Hahahha abang gurau jelah. Janganlah pandang macam tu"

Dhia Airisya mengigit bibirnya. "Abang jahat" tuturnya geram namun makin galak Emir Adden Fattah ketawa

"Tahupun rasa sakit kena prank. Siapa suruh sayang prank abang macam tu?"

Mencerbik mulutnya dibuat Emir Adden Fattah. Dijeling tajam suaminya itu. Sumpah geram! Baru dia tahu rasa sakit kena prank bukan-bukan tu macam mana.

"Ma......"

Cuppp

Dhia Airisya terkaku dengan ciuman drastik Emir Adden Fattah itu. Dipandang lama Emir Adden Fattah. Pipinya mula blushing. Lama tidak dapst ciuman dari Emir Adden Fattah

"I love you sayang. Thanks sebab tak tinggalkan abang. You had been through a hard time because of me. I'm sorry"

Dhia Airisya tersenyum. Dicium balik bibir Emir Adden Fattah sebelum muka disembankan di dada Emir Adden Fattah. Dipeluk erat suaminya bagai taknak lepas.

"It's okay. Semua dah lepas. Jap...."

Pelukan dilepas. Tangannya memegang perutnya yang rasa kempis itu. Baru teringat yang dia mengandung namun perutnya ditikam pisau. Kalau nak ikutkan 5 bulan dia koma, perutnya sudah pasti membesar tapi sekarang.......

"Sayang, it's okay. Kita try next time okay?" Lekas Emir Adden Fattah memujuk Dhia Airisya apabila melihat perubahan muka Dhia Airisya itu. Diusap perlahan-lahan belakang badan Dhia Airisya yang sedang menangis itu.

"I...Isya minta maaf. Isya gagal lindungi bab......"

"Shhh dah dah. Bukan salah sayang. Bukan rezeki kita lagi" pujuk Emir Adden Fattah. Air mata Dhia Airisya diusap dengan ibu jarinya. Dia turut bersedih dengan keguguran Dhia Airisya namun dia hanya mampi redha dengan apa yang jadi.

SEMUA baju diletakkan dalam begnya sambil menyanyi kecil. Excited nak balik rumah setelah sekian lama dia bertapa di hospital. Keadaannya juga semakin membaik jadi dia dibenarkan pulang ke rumah.

Pelukan secara tiba-tiba dari belakang menyentakkan dia yang sedang menyimpan baju itu. Senyuman lebar terhiasa di bibirnya. Tahula siapa gerangan yang memeluknya dari belakang.

Dia memusingkan kepalanya memandang Emir Adden Fattah dari tepi. Bibirnya dicium sekilas oleh Emir Adden Fattah sebaik sahaja dia berpaling ke tepi.

"Amboi happy betul nampak boleh balik rumah" usik Emir Adden Fattah.

Dhia Airisya ketawa kecil.

"Mestilah. Isya tak sabar nak keluar dari hospital" tuturnya dengan nada teruja. Sungguh dia tak sabar nak keluar dari hospital ini. Asyik bau ubat je. So dia nak pergi hirup udara segar kat luar pulak.

"Kyung"

"Harabeoji (atuk)"

Emir Adden Fattah memandang atuknya yang berdiri di muka pintu wad Dhia Airisya.

"Harabeojineun wae wicheungeuro osyosseulkka? Kyungiga harabeojihante chaeso gidarirago haenni. (Kenapa atuk naik atas? Kan Kyung suruh atuk tunggu dalam kereta)" tutur Emir Adden Fattah. Dia datang bersama atuknya tadi untuk mengambil Dhia Airisya. Dan alang-alang nanti dia akan hantarkan atuknya ke airport memandangkan atuknya perlu balik hari ini.

Dhia Airisya hanya memandnag mereka berdua bercakap dalam bahasa Korea. Dia tak faham apa yang mereka cakap tapi dia dapat agak apa yang sedang mereka katakan sekarang.

"Harabeojiga wicheungeuro ogo sipo hasinda (Saja atuk nak naik atas)"

"I'm sorry harabeoji make you waiting for me" ujar Dhia Airisya dengan bersalah. Dia tak tahu yang atuk Emir Adden Fattah datang sekali. Kalau dia tahu mesti dia kemas cepat-cepat barangnya.

"It's okay."

"Icha!" Jeritan seseorang di muka pintu mengejutkan mereka bertiga. Dhia Airisya menggelengkan memandang Hana yang tersengih malu itu apabila dia baru perasan yang ada orang lain dalam wad Dhia Airisya.

"Err hehe sorry"

Farhana menggaru kepalanya sambil tersengih malu. Dia ingatkan Dhia Airisya je yang ada dalam wad. Aisy yang turut menggelengkan kepalanya dibelakangnya itu dipandang tajam.

"Tu lah nak buat suprise katanya" perli Aisy sambil ketawa kecil. Dia dengan Farhana saja nak datang melawat Dhia Airisya buat kali terakhir di hospital sebelum Dhia Airisya balik ke rumah. Haa lupa nak cakap dia dengan Farhana makin rapst begitu juga dengan kawan Dhia Airisya yang lain.

"Ehhh ni bukan ke....?"

Farhana memandang atuk Emir Adden Fattah dengan mata yang membulat. Mulutnya yang terganga ditutup dengan mulut. Dia tahu yang atuk Emir Adden Fattah ada kat Malaysia tapi tidak pernah berjumpa secara face to face.

"Ha...hanguk daetongnyong? Park Chan Hee daetongnyong matjjyo? (President Ko...Korea? President Park Chang Hee kan?)" Soalnya teruja. Rasanya tak salah. Dia memang penggemar Korea dan sudah semesti dia tahu siapa president Korea. Dan President Korea tengah berdiri di depannya!

"Nae, hanguge daetongnyongida. Dangsini nal andago mitjji anayo. Hangumal jalhasineyo. ( Yup, saya President Korea. Tak sangka awak kenal saya. Hangul awak sangat bagus)"

Farhana tersengih malu bila dipuji macam tu oleh President Korea. Terasa bagai mimpi sekarang dia tengah bercakap dengan President Korea.

Dhia Airisya menarik hujung baju Emir Adden Fattah membuatkan Emir Adden Fattah memandangnya "Abang, diorang cakap apa?" Soalnya keliru. Entah apa yang dibualkan oleh Farhana dengan atuk suaminya itu. Melihat keterujaan Farhana itu membuat dia musykil. Atuk Emir Adden Fattah je pun. Tu pun nak teruja sangat. Tak faham dia.

Emir Adden Fattah ketawa kecil melihat muka keliru Dhia Airisya itu. Mulutnya didekatkan di telinga Dhia Airisya. "Kalau sayang nak tahu atuk abang tu President Korea dan Hana tahu yang atuk abang tu President Korea" terangnya pada Dhia Airisya membuatkan Dhia Airisya memandang dengan terkejut

"What?"

Mata semua memandang Dhia Airisya yang menjerit kuat itu. Emir Adden Fattah apa lagi terus galak dia ketawa. Kelakar dengan reaksi wajah Dhia Airisya yang tahu siapa atuknya sebenarnya. Selama ini dia tidak bagitahu tentang keluarganya yang berada di Korea pada Dhia Airisya.

"Ja...jadi a....atuk abang President Korea?"

Kepala diangguk.

"Ja...jadi abang ni cu..cucu President Korea?"

"Iye sayang."

Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah tidak berkelip. Masih terkejut yang Emir Adden Fattah merupakan cucu President Korea dan bukan orang Melayu kacukan Korea yang biasa-biasa tapi cucu President Korea. Air liurnya diteguk.

"Patutlah...."

"Patut apa?"

Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah sebelum pandanganya gelap gelita.

"Sayang!"

♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Pengsan Airisya dibuatnya.

2 episodes to go!

Dah nak habis dah. Sob sob.

Jangan lupa votement ye semua.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro