Bab 42
VAN hitam dihentikan di tepi perlabuhan Klang setelah hampir berjam-jam memandu. Dhia Airisya yang sudah tersedar itu digendong di bahunya sekali lagi. Meronta-ronta Dhia Airisya melihat mereka berada di perlabuhan. Sah Haikal nak bawa dia lari keluar dari Malaysia!
"Ermm!"
Dhia Airisya makin kuat meronta apabila mereka sudah naik di atas kapal. Kepalanya digeleng-gelengkan. Namun rontaan Dhia Airisya hanya diendahkan oleh Haikal. Someone please help her!
"Kita berlepas sekarang!"
"Baik boss!"
Dhia Airisya yang meronta itu dibaling ke lantai. Haikal tersenyum sinis. Dia duduk mencangkung di depan Dhia Airisya. Pipi Dhia Airisya diusap lembut. "No one can take you from me" tuturnya bersama senyuman sinis.
"Ermmm!"
"Alolo siannya. Nak cakap ye?"
Salotape yang menutup mulut Dhia Airisya ditarik.
"Lepaskan aku Haikal! Kau nak lari kau larilah tapi please hikss please...jangan bawa aku sekali" tutur Dhia Airisya sambil menangis teresak-esak. Dia tidak rela dibawa lari oleh Haikal. Dia taknak tinggalkan Emir Adden Fattah. Dia mahu hidup dengan suaminya bukan Haikal. Hidup dengan pembunuh kawannya itu adalah yang paling dia takut sekali.
"In your dream, babe"
Kaki Dhia Airisya ditarik kuat menyebabkan badan dia terbaring. Diduduk di atas kaki Dhia Airisya bagi mengelekkan kaki Dhia Airinya itu bergerak-gerak. "Haikal please, don't do this to me!" Ronta Dhia Airisya. Dia cuba membuka ikatan tangannya. Terbayang kejadian 4 tahun yang lalu. Jeritan Nadhira Zalikha kedengaran di gegendang telinganya.
Bibir bawah diketap geram dengan mata yang dipejam. Air mata mengalir laju. Ini kah perasaan Nadhira Zalikha kawan baiknya itu ketika 4 tahun yang lepas?
Tangannya dibawa ke atas kepalanya dan dikunci dengan tangan kiri Haikal. Haikal makin galak ketawa melihat rontaan Dhia Airirisya. Pipi Dhia Airisya diusap lembut.
"Sebelum sampai destinasi, I rasa sempat rasanya I melatah you sayang. Barulah seronok kan perjalanan kita?"
"Kau setan! Kau aniaya kawan aku! Dasar setan!"
Haikal ketawa kecil.
"You beruntung jantan tu selamatkan you, kalau tak you dah jadi mangsa I, 4 tahun yang lalu Airisya. But now, no one can save you"
Dhia Airisya menggelengkan kepalanya sambil menangis teresak-esak. Haikal yang mendekatkan muka dengan mukanya itu membuatkan dia makin kuat menangis. Dia taknak jadi mangsa Haikal. Bukan dulu dan bukan sekarang.
"I love you dear" tutur Haikal. Bibir Dhia Airisya dipandang penuh minat. Dia menutup matanya untuk mencium bibir Dhia Airisya.
Bukkk
"Kau jangan berani sentuh isteri aku setan!"
Emir Adden Fattah yang datang entah dari mana menumbuk Haikal bertalu-talu tanpa memberi peluang langsung untuk Haikal. Kolar baju Haikal dicengkam kasar. Dia naik duduk atas badan Haikal dan melepaskan tumbukan sehingga tubir bibir Haikal keluar darah. Hatinya semakin mendidih! Amarahnya semakin membuak-buak!
"Adden" Dia bangun daripada baring. Melihat Emir Adden Fattah yang datang tepat pada waktunya membuatkan dia rasa lega. Lega kerana Emir Adden Fattah selamatkan dia daripada menjadi mangsa Haikal. Dulu dan sekarang, Emir Adden Fattah adalah penyelamat. Penyelamatnya daripada menjadi mangsa Haikal.
Melihat Haikal yang sudah lemah itu, Emir Adden Fattah menghampiri Dhia Airisya. Ikatan pada tangan dan juga kaki dibuka lantas dia menarik Dhia Airisya ke dalam pelukan.
"Don't worry shhh. I'm here"
Diusap lembut belakang Dhia Airisya. Cuba menenangkan isterinya itu. Pipi Dhia Airisya ditekap dengan kedua-dua tangannya. Air mata yang mengalir laju itu dikesat dengan ibu jarinya. Luluh hatinya melihat Dhia Airisya menagis sebegitu rupa.
"Nak bali.....Adden!"
Mata Dhia Airisya membulat melihat Haikal yang berlari laju ke arah mereka sambil memegang pisau. Emir Adden Fattah yang membelakangi Haikal itu ditolak sekuat mungkin menjauhi. Dia memejamkan matanya.
"Airisya!"
Emir Adden Fattah tergamam.
"Ic.....Icha"
Haikal menelan air liur kasar. Dhia Airisya yang dihunus pisau di perut olehnya itu dipandang dengan bersalah. Dia tak ada niat nak hunus Dhia Airisya dengan pisau. Dia cuma nak tikam Emir Adden Fattah bukan Dhia Airisya.
"Kau setan! Mampus kau!"
Kolar baju Haikal ditarik lalu dia melepaskan tumbukan bertalu-talu lagi. Kali ini dengan lebih kuat. Dia mengetap rahangnya. Tangannya digenggam kuat. Jelas urat yang timbul di tangan dan juga lehernya. Amarahnya semakin menggunung.
Bukkk
"Arghh"
Emir Adden Fattah memegang kepalanya yang dipukul oleh Ryo dengan batang kayu. Kepalanya digelengkan. Pandangannya mula berpinar-pinar.
"Alex jom. Kita kena lari dari sini sebelum yang lain sampai" Ryo membantu Haikal bangun untuk lari dari situ. Haikal bangun lalu dia menghampiri Dhia Airisya. Dicempung badan Dhia Airisya yang lemah itu akibat tikamanya tadi.
"Icha, I'm sorry. I tak ada niat nak tikam you" tuturnya bersalah. Dia dan Ryo berlari keluar dari kapal tersebut yang masih belum bertolak akibat Emir Adden Fattah tadi. Mereka memasuki van hitam itu semula.
"Haikal le...lepaskan a...aku" tutur Dhia Airisya lemah. Bibirnya diketap menahan sakit. Tangannya cuba menutup bahagian tempat yang ditikam itu bagi mengelakkan darah terus mengalir. Air matanya makin mengalir. Terlampau sakit.
"Ryo jom"
Ryo yang duduk di tempat pemandu itu terus memecut laju dari perkarangan perlabuhan tersebut. Kawasan situ sudah tidak selamat bagi mereka. Jadi mereka tidak dapat bertolak malam ni juga. Yang penting mereka kena larikan diri dahulu.
Emir Adden Fattah yang terbaring lemah setelah ditumbuk oleh orang-orang Haikal tadi sewaktu dia mahu mengejar Haikal. Dia batuk kecil lalu mengeluarkan darah yang banyak dari mulut dan juga hidungnya. Van hitam yang berlalu pergi itu dipandang.
"King!"
Harriz, Firash, Iqbal, Aisy dan juga orang-orang mereka yang baru sampai terus menghampiri Emir Adden Fattah yang terbaring lemah di jalan tar perlabuhan tersebut.
"Ke...kejar diorang. Hurry!"
"We will. Eagle, Fiery follow me!" Tutur Iqbal. Dia mengetap rahangnya kuat. Geram melihat kawannya yang luka parah itu dan geram kerana dia masih belum berjaya selamatkan adiknya sendiri.
Iqbal, Harriz, Aisy dan juga beberapa orang mereka mengejar van hitam tersebut manakala Firash dan orang mereka yang selebihnya itu mengangkat Emir Adden Fattah yang tampak semakin lemah itu ke kereta.
"Arghhh!"
Emir Adden Fattah memegang dadanya yang semakin sakit. Berkerut dahinya menahan sakit yang terlampau itu. Dadah baru yang dihasilkan oleh Haikal yang disuntik ke dalam badannya itu masih bertindak balas dalam badannya.
"Kitorang akan selamatkan korang berdua. Jangan risau." Tutur Firash. Pedal kereta ditekan kuat. Dia membawa kereta selaju yang mungkin ke hospital. Emir Adden Fattah harus diselamatkan. Dia takkan biarkan kawan baik mereka pergi meninggalkan mereka lagi.
Sementara itu, Haikal membuka kemeja petak yang berwarna merah itu lalu menutup pada tempat tikaman tadi. Dhia Airisya menggigit bibirnya menahan sakit. Matanya memandang sekeliling. Dia perlu buat sesuatu untuk melepaskan diri.
Matanya terpandang pistol yang diselit di pinggan Haikal. Tangannya dengan lantas mencapai pistol tersebut. Dada Haikal ditendang lalu dia melepaskan tembakan.
Bang
Senyuman sinis terukir apabila dia berjaya menembak Haikal di bahagian perut. Tepat di bahagian perut di mana Haikal menikamnya "Jangan dekat!" Haikal yang ingin menghampiri Dhia Airisya itu tak jadi. Bibirnya diketap geram.
Dhia Airisya tersenyum sinis. Pistol masih diacu pada Haikal. " Tembakan first adalah untuk aku yang kau perdayakan. Tembakan kedua adalah untuk suami aku yang kau seksa." Tutur Dhia Airisya. Bibir diketap geram. Sudah dua kali dia melepaskan tembakan pada Haikal.
Dia kalau boleh taknak bermain dengan pistol namun dia tiada pilihan. Demi ingin selamatkan dirinya, dia perlu buat sesuatu walaupun dia terpaksa membunuh. Lagipun kalau diikutkan undang-undang, dia sedang melakukan self defence untuk selamatkan dirinya.
"Stop the van!"
"No Ryo. Just teruskan."
"Jangan paksa aku Haikal!"
Haikal tersenyum sinis. Walaupun sudah dua kali dia ditembak tapi dia masih tampak tidak lemah. Dia tidak merasakan sakit pun kerana dia telah disuntik oleh dadah barunya tapi dadah tersebut bukan dadah yang sama disuntik pada Emir Adden Fattah.
Dadah yang dia suntik padanya adalah dadah yang membuatkan badan dia terus kuat dan tidak merasa sakit apa-apa. Sebab itu dia masih okay walaupun dia sudah ditembak dua kali.
"Aku benci kau Haikal!"
Bang
Dhia Airisya melepaskan tembakan sekali lagi.
"Dan yang ni untuk kawan aku yang kau bunuh, yang kau aniaya, yang kau layan macam sampah!"
"Just that?" Soal Haikal bersama senyuman sinis. Dhia Airisya yang tampak bengang itu membuatkan ketawanya terletus. Dia ketawa terbahak-bahak seperti orang gila. Sesaat kemudian wajah bertukar serius. Muka menjadi semakin dingin.
Pistol yang diacu padanya itu cuba dirampas dari Dhia Airisya. Mereka bergelut berebut pistol. Dhia Airisya yang terasa senak dia tempat perutnya yang ditikam itu cuba untuk bertahan dan berebut pistol.
"Shadow faster! Hack van tu!" Jerit Harriz. Dia merasa tidak sedap hati apabila dia terdengar bunyi tembakan dari dalam van tersebut. Superbikenya itu terus dipecut laju.
"I can't. Aku rasa Alex ada letak satu alat pada van tu yang membuatkan aku tak dapat hack"
Bang
Bunyi tembakan sekali lagi dari van tersebut. Kali ini van yang dipandu mula ke kiri ke kanan dan akhirnya menuju ke gaung. Dhia Airisya memandang Ryo yang sudah tidak sedarkan diri itu dengan terkejut. Semasa dia dan Haikal bergelut berebut pistol, secara tidak sengaja tembakan dilepaskan pada kepala Ryo.
Tapi bukan dia yang tembak. Yang melepaskan tembakan pada Ryo secara tidak sengaja adalah Haikal sendiri. Van mula meluncur jatuh dari gaung. Dhia Airisya memejamkan matanya bersiap sedia untuk van terhempas. Kalau ini adalah ajalnya, dia terima walaupun dia rasa masih belum banyak pahala untuk dibawa. Sempat dia melafazkan kalimah syahadah sebelum van hitam yang dinaiki itu terhempas.
"Adik!"
"Airisya!"
Iqbal dan Harriz yang memberhentikan kenderaan masing-masing terus keluar menghampiri gaung. Mereka turun ke bawah dengan berhati-hati. Perasaan risau dan gelisah makin menghantui diri. Van hitam yang sudah lenyek itu dihampiri.
"Iq, hati-hati!"
Harriz yang melihat minyak yang tumpah dan menghasilkan api itu terus menarik Iqbal daripada menghampiri van hitam tersebut. Bunyi letupan yang kuat kedengaran sehingga membuatkan mereka yang berada berhampiran turut melayang
Boom!
"A....adik"
Iqbal ingin menghampiri van hitam itu sekali lagi. Walaupun dia cedera agak teruk kerana melayan terkena pokok tapi diendahkan. Nyawa adiknya lagi penting. Iqbal makin menghampiri van hitam tersebut
Harriz menggelengkan kepalanya. Terasa pening kepalanya apabila kepalanya terhantuk pada pokok. Iqbal yang sedang menghampiri van hitam itu dipandang risau. Risau kalau berlaku letupan sekali lagi. Dia cuba berdiri lalu menghampiri Iqbal.
"Iq, jangan" halangnya. Iqbal yang meronta ingin mendekati van hitam itu dihalang. Melihat minyak yang masih tumpah itu, dia risau kalau berlaku letupan sekali.
"Lepaslah bodoh! A...adik aku. Aku nak selamatkan adik aku" ronta Iqbal. Air matanya yang ditahan itu akhirnya jatuh. Dia teduduk lemah memandang van hitam yang kebakaran itu. Dadanya ditumbuk kuat dengan tangannya.
Buat kali kedua dia gagal untuk selamatkan orang yang dia sayang.
Harriz yang melihat Iqbal yang meronta-ronta itu turut rasa sedih. Bibirnya digigit. Matanya dipejam. Dia dan Dhia Airisya baru hendak rapat namun...
"Maafkan I, Airisya. Maafkan aku, Fattah"
"Dan Ira maafkan aku juga. The same thing occur twice. We lost both of you"
Aisy turun dengan berhati-hati agak dia tidak tergelincir. Gaung itu agak cerun sedikit menyebabkan dia sukar menghampiri mereka. Saat dia hampir tiba dekat dengan Iqbal dan juga harriz kakinya tiba-tiba tergelincir.
"Arghhh"
Aisy tergolek ke bawah. Habis tangan dan juga mukanya tercakar akibat terkena daun-daun yang tajam dan juga kayu-kayu kecil.
"Aisy!"
Iqbal menghampiri Aisy yang selamat jatuh ke bawah di mana tempat mereka berduir ketika itu. Tidak jauh daripada van yang sudah terbakar.
"Are you okay?"
Aisy menangguk kepalanya. Nasib lukanya tidak terlalu teruk. Hanya cakaran sedikit sahaja. Dia memandang tempat yang dia jatuh tadi. Dari atas hingga bawah dia pandang. Setahunya dia ternampak sesuatu tadi.
Dia menghampiri tempat yang dia ternampak sesuatu tadi. Bulu romanya makin berdiri saat dia menghampiri tempat itu. Matanya membulat saat memandang apa yang berada di situ.
"Korang! Airisya ada kat sini!"
Iqbal dengan Harriz yang mendengar jeritan Aisy tadi yang menyatakan Airisya ada di situ terus mereka bergegas menghampiri Aisy. Nafas lega ditarik memandang Dhia Airisya yang terbaring lemah di situ. Sangka mereka Dhia Airisya sudah hangus terbakar dalam van tadi.
"Di...dia tak bernyawa"
"She's bleeding"
"Hurry take her to hospital!"
Badan Dhia Airisya terus dicempung. Mereka naik ke atas semula dengan berhati-hati. Kereta dihampiri lalu Iqbal meletakkan Dhia Airisya di seat belakang.
"Kau pergi dulu. Aku akan stay sini" tutur Harriz.
Iqbal angguk kepala. Dia dan Aisy terus memasukkan badan mereka ke dalam kereta. Kereta mula meluncur laju dari situ. Aisy yang duduk di belakang sedaya upaya menghentikan darah di perut daripada terus keluar. Ketika itu air matanya mengalir laju. Perut Dhia Airisya yang luka itu dipandang sayu. Bibirnya digigit.
'Airisya, you and your baby need to be strong. You two can't leave him. Never!'
♥♥♥♥♥♥♥
Done Bab 42!
Dhia Airisya mengandung guys!
Andwae !!!
Jangan lupa votement!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro