Bab 41
MATA menikam tajam musuh-musuh yang sedang berdiri tegak sepanjang depan markas Alex tersebut. Iqbal memandang Aisy yang berselindung di sebalik pokok 10 meter darinya. Kepalanya diangguk pada Aisy dan juga pada teamnya.
Aisy juga meangguk kepalanya.
Pistol yang sudah diletakkan silencer diangkat separas bahunya. Iqbal juga turut mengangkat snipernya lalu mengacukan pada musuh mereka. Dengan kiraan jari, mereka sama-sama menembak musuh mereka dengan senyap. Beberapa orang yang sedang menjaga di depan markas itu sudah terbaring atas lantai.
"Move" arah Iqbal yang mengetuai teamnya. Aisy dan juga teamnya maju melangkah ke depan apabila diarah oleh Iqbal. Mereka semakin menghampiri pintu hadapan dengan Iqbal yang jalan di depan.
Tiba di depan pintu, Iqbal cuba untuk buka namun tidak dapat. Dia melekatkan satu butang kecil hitam pada pintu tersebut sepertibyang dilakukan oleh Harriz
"Shadow"
Pintu berjaya dibuka lalu mereka masuk dengan langkah yang berhati-hati. Mata memandang tajam setiap penjuru sepanjang laluan mereka. Risau kalau musuhnya itu tiba-tiba menyerang mereka.
"Fiery" panggil Iqbal. Dia memandang Aisy yang berdiri di belakangnya itu. "Wait here. Come to me when i give you a signal" tutur Iqbal pada Aisy. Aisy menangguk kepalanya laju. Dia dan beberapa team stay di situ. Iqbal dan 5 orang yang melangkah ke depan itu dipandang. Sambil menunggu itu dia mengisi peluru yang hampir habis digunakan tadi.
"Fiery, no......."
"Python awas!" Membulat mata Aisy apabila dua tiga orang musuh menghampri Iqbal secara senyap-senyap semasa Iqbal memberi perhatian kepadanya.
"Tunduk!"
Bang bang bang
3 das tembakan dilepaskan kepada 3 orang musuh mereka. Nafas lega ditarik melihat mereka terbaring atas lantai sebelum sempat melakukan serangan pada Iqbal.
Iqbal terkelu. Matanya dilirikkan kepada Aisy sebelum satu senyuman terukir di bibirnya. "Thanks" tuturnya pada Aisy. Ada baik juga dia membawa Aisy. Kalau tidak tadi habis dia diserang hendap oleh musuh.
"Well now you owe me one"
Aisy mengenyit matanya kepada Iqbal lalu dia berjalan ke depan meninggalkan Iqbal yang semakin tersenyum dengan gelagatnya. Sedang Aisy leka dengan perasaannya, dia hampir ditumbuk oleh musuh yang tiba-tiba datang.
"Equal" tutur Iqbal lalu dia mengenyit matanya pada Aisy. Nasib dia sempat menghalang musuhnya itu daripada menumbuk muka Aisy. Tangan musuh yang dipegang dengan tangan kirinya itu digenggam kuat. Tangan kanannya diangkat lalu dia menumbuk musuhnya itu membuatkan musuhnya itu ke belakang.
Tanpa membuang masa, badannya dipusing 360 darjah dengan kakinya diangkat tinggi lalu dia menyepak kepala musuhnya itu sehingga musuhnya itu terpelanting ke dinding.
Aisy tanpa membuang masa terus melepaskan tembakan berkali-kali sehingga musuhnya itu mati terbunuh.
"Move"
Saat mereka mahu bergerak ke tingkat atas, beberapa musuh mula mengelilingi mereka. Iqbal dan Aisy membelakangi satu sama lain memerhati musuh dengan mata yang tajam. Iqbal yang tadi memegang sniper menukar kepada pistol.
"Let's go!" Jerit Iqbal dan Aisy serentak.
Satu demi satu musuh ditumbankan dengan tragik sekali. Ada yang dipatahkan leher, lengan dan juga kaki. Berkat mereka yang sangat jaguh dalam berlawan, musuh senang ditumpaskan.
"Fiery now!"
Aisy berpaling memandang Iqbal. Dia tersenyum kecil sebelum berlari ke arah Iqbal sepantas mungkin. Tapak tangan Iqbal dipijak lalu dia melayang ke atas badan musuh. Kepala musuh dipusingkan lalu menghasilkan 'krak'. Tanda bunyi tulang patah.
Musuh terakhirnya itu tumban. Aisy berpaling memandang Iqbal dengan senyuman bangga sambil menjongketkan kening kanannya pada Iqbal membuatkan Iqbal kertawa kecil.
"Bolehla" tutur Iqbal membuatkan Aisy memandang Iqbal dengan muka yang tidak berpuas hati. Mulutnya dicerbik. Susah betul jejaka yang bernama Iqbal Ryven mahu memujinya. Sebelum dia datang sini, puas dia memujuk supaya dibawa dia ke sini.
Tapi kata Iqbal 'Awak tu perempuan. Boleh lawan ke?' . Tapi dia dah buktikan yang dia boleh berlawan.
"Wohoo Fiery. Hebatnya you berlawan. Fiery jom jadi awek I" tutur Razul separuh excited melihat Aisy berlawan tadi melalui cctv. Terkejut dia dengan kebolehan Aisy yang pandai berlawan itu.
"Kau jangan nak menggatal dengan Fiery aku, Zul!" Tutur Iqbal bengang. Namun menyedari apa yang dikatakannya tadi pada Razul membuatkan dia mengetap bibir. Kepala dipaling dari memandang Aisy.
"Fiery aku? Aisy, you dengar tak Iqbal Ryven you cakap apa?"
Iqbal mengetap bibirnya.
Tak guna punya kawan!
Aisy yang ketika itu agak terkejut juga dengan kata-kata Iqbal tadi tersenyum kecil namun dikawal supaya dia tidak terlalu menunjukkan perasaan yang ketika itu dia rasa ingin melompat-lompat ketika mendengarnya itu.
"Hmm dengar. Dengar sangat"
"Ugh! Diamlah korang!" Bentak Iqbal geram. Dia beredar dari situ lalu melangkah ke depan. Makin dilayan esok tak sudah.
"Alolo Python kita malu-malu pulak"
"Shut your mouth, Shadow!"
HARRIZ melepaskan keluhan kecil. Bibirnya diketap. Tangannya digenggam kemas.
"Yang you nampak tu kembar I"
Dhia Airisya mengerutkan dahinya. Dia memandang Emir Adden Fattah ingin mengesahkan kata-kata Harriz. Anggukan kepala dari Emir Adden Fattah membuatkan dia menghela nafas lega. Punya dia ingat lelaki tempoh hari adalah Harriz. Rupa-rupanya kembar Harriz.
"Kita kena keluar dari sini" tutur Harriz lalu meletak sniper di bawah untuk menolong Emir Adden Fattah. Mereka tak boleh berlama-lama di situ. Risau kalau Haikal muncul nanti bersama orang-orangnya. Harriz dan Firash menolong Emir Adden Fattah bangun memandangkan badan dia masih lama.
"Woah woah nak pergi mana tu korang?"
Emir Adden Fattah, Dhia Airisya, Harriz, Firash dan juga 5 orang mereka memandang Haikal yang berdiri di pintu bersama pistol. Dibelakang Haikal terdapat begitu banyak orang-orangnya yang memacu pistol kepada mereka semua. Air liur ditelan kasar.
"Korang ke belakang" ujar Harriz. Dia berdiri di depan Emir Adden Fattah dan juga Dhia Airisya. Pistol yang tersisip di pinggang diangkat lalu diacu pada Haikal.
"Ehh kau pun ada juga? Dah jumpa kembar kau? Ehh dia family kau ke?" Soal Haikal yang dituju pada Harriz. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis melihat Harriz yang macam bengang dengan soalannya itu.
"Mana kembar aku ?!"
"Buat apa tanya? Dia kan pembelot"
Harriz mengetap rahangnya geram. Pistol dijatuhkan di sisi. Tangannya digenggam kasar. Emir Adden Fattah yang berada di belakang itu memandang Harriz dengan risau. Tangannya memegang bahu Harriz. "Riz, don't. Dia saja nak provoke kau" tutur Emir Adden Fattah lemah. Risau dia kalau Harriz bertindak terburu-buru.
"Alex this is our business"
Alex tersenyum sinis.
"Our business? Kau kuat lagi ke nak lawan aku? Nampak macam dah nak mampus" tutur Haikal mengundang kemarahan Dhia Airisya. Dia yang hanya senyap dan hanya memerhati rasa semakin bengang. Dia tidak sangka yang Haikal ni macam orang psycho. Bukan setakat psycho, dah boleh masuk dalam kategori orang mental!
Dhia Airisya ingin mara pada Haikal. Tidak betah dia melihat Haikal yang semakin lama semakin melampau. Kalau bukan gara-garanya Emir Adden Fattah takkan sakit dan lemah macam ni!
Baru selangkah, tangannya dipegang oleh Emir Adden Fattah. Dia memandang Emir Adden Fattah yang menggelengkan kepalanya itu. Bibirnya diketap geram. Keluhan kecil dilepaskan.
"Leave them, Ale.....Arghh!"
"Awak!"
Emir Adden Fattah tertunduk menahan sakit yang secara tiba-tiba menyerangnya. Dadanya dibahagian kiri dipegang. Terasa sakit sekali di bahagian situ. Berkerut mukanya menahan sakit.
"King"
"Arghh! Da...da aku sakit. Ohoks"
Emir Adden Fattah batuk kecil tapi batuknya itu mengeluarkan darah yang banyak yang mengalir dari mulutnya. Hidungnya juga turut mengeluarkan darah yang banyak. Dadanya yang semakin sakit itu dipegang.
"Nampaknya kau dah berada tahap 3. Tapi aku tak yakin kau boleh lepas tahap ni" ujar Haikal dengan senyuman sinis lalu ketawanya terlepas. Puas melihat Emir Adden Fattah yang sengsara akibat dadah baru yang dihasilkan turun temurun dari ayahnya itu.
Dhia Airisya memandang Haikal geram. Dia mengetap rahagnya kuat. Tangannya digenggam. Bibirnya digigit. Harriz yang turut mencangkung itu dipandang lalu dia memandang pistol yang berada di tangan Harriz.
Pistol dirampas. Dia bangun berdiri menghalakan pistol kepada Haikal. Tanpa berlengah masa dia terus melepaskan tembakan.
Bang
Kalau dulu dia trauma dengan pistol sehingga tangannya itu mengigil untuk memegang pistol tapi sekarang traumanya itu seakan hilang. Yang dia rasa sekarang adalah geram, marah, bengang pada Haikal! Dia nak bunuh Haikal!
"Airisya jangan"
Dhia Airisya menghiraukan panggilan Emir Adden Fattah. Dia tersenyun sinis memandang Haikal. Bahu Haikal yang ditembak olehnya tadi dipandang puas. Pistol yang diacu oleh orang-orang Alex langsung tidak menakutkan dia. Kalau dia perlu bunuh Haikal untuk selamatkan Emir Adden Fattah, dia sanggup!
"Don't shoot her" tutur Haikal pada orang-orangnya. Dhia Airisya bukan musuhnya dan dia taknak cederakan Dhia Airisya sebab Dhia Airisya akan jadi bakal isteri dia setelah dia membunuh Emir Adden Fattah.
"Pandai juga you tembak Icha. Mesti suami you ajar you untuk jadi pembunuh kan?"
Dhia Airisya tersenyum sinis.
"Yee dia ajar aku untuk bunuh setan macam kau!"
Senyuman Haikal tadi mula pudar. Rahangnya diketap. Terasa bengang dengan kata-kata Dhia Airisya tadi. Tangannya yang memegang bahunya yang berdarah itu dijatuhkan ke sisi.
Harriz menarik hujung baju Dhia Airisya namun Dhia Airisya tidak berpaling. Ditarik sekali lagi dan kali ini dia memanggil sekali" Airisya" Dhia Airisya berpaling memandang Harriz yang sedang memapah Emir Adden Fattah itu. Dia menangguk kepalanya apabila menerima isyarat daripada Harriz.
Ketawa Haikal terlepas.
"Setan ni lah yang akan jadi suami you Icha nanti" tutur Haikal bersama ketawa.
"In your dream! Aku masih ada suami!"
"But he will die soon. Wake up from your dreams Airisya"
"Kau yang patut bangun dari mimpi bukan aku! Mesti hidup kau lonely sangat kan sampai nak rampas isteri orang? OMG kesiannya tak ada orang nak. Hahaha sendu betul."
Emir Adden Fattah yang sedang dalam kesakitan itu tersenyum kecil. Buat pertama kali dia melihat Dhia Airisya yang mengutuk orang macam tu. Dari gaya Dhia Airisya sekarang, hilang habis kelembutannya. Betul orang kata, perempuan ni sekali kepercayaan dia dikhianati, memang dia takkan percaya orang tu lagi malah akan makin benci.
Haikal mengetap giginya geram. Tangannya digenggam kasar. Emir Adden Fattah yang sedang tersenyum itu dipandang geram. Dahinya berkerut melihat bibir Emir Adden Fattah bergerak yang seperti mengatakan 'loser' padannya. Bibirnya digigit geram.
"Shoot them!"
"Now Airisya!"
Bom asap diberi kepada Dhia Airisya. Dhia Airisya membuang ring dari bom asap itu lalu dibaling kepada Haikal dan orang-orangnya. Iqbal, Aisy dan teamnya yang bersiap sedia di belakang orang-orang Haikal tadi terus melepaskan tembakan tidak henti pada orang-orang Haikal.
Semasa Dhia Airisya berbicara dengan Haikal tadi, Harriz mendapat pesanan daripada Razul yang menyatakan Aisy dan Iqbal sedang mara kepada mereka. Dan dia menyuruh Dhia Airisya untuk mencuri masa sementara menunggu Iqbal, Aisy dan teamnya yang lain sampai.
Asap yang berkabur tadi mula hilang. Orang-orang Haikal sudah tumbang di lantai. Emir Adden Fattah berkerut melihat Dhia Airisya tiada di depannya. Haikal juga tiada.
"Airisya!"
"Shadow mana Airisya dengan Alex?" Soal Iqbal risau melihat adiknya tiada bersama mereka. Jangan kata Haikal membawa lari Dhia Airisya sudah.
"I don't see them. Wait." tutur Razul sambil tangannya lincah menekan keyboard. Setiap cctv bangunan tersebut diperhetikan dengan teliti namun dia tidak nampak pun Haikal dan juga Dhia Airisya.
"Diorang dua menuju ke pintu belakang!"
Setelah diberitahu oleh Razul, mereka semua lantas turun dari tingkat 4 ke tingkat bawah sekali. Pintu belakang dimasuki tadi dituju. Iqbal dengan Harriz sudah pun ke depan. Firash dan Emir Adden Fattah masih di belakang kerana langkahnya yang lemah.
Dhia Airisya menumbuk berkali-kali belakang Haikal apabila Haikal membawanya di bahu. "Haikal turunkan aku!" Jeritnya geram apabila dia dibawa begitu. Namun perbuatannya itu langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada Haikal.
Haikal melangkah laju menuju ke van hitam yang sedang menunggunya itu di belakang bangunan tersebut. Pintu van dibuka dari dalam lalu dia mencampakkan Dhia Airisya ke dalam van. Haikal turut melangkah ke dalam. Belum sempat pintu mahu ditutup, dia ditendang oleh Dhia Airisya sehingga tersemban di atas tanah.
"Ryo, jangan bagi dia terlepas!"
Dhia Airisya juga turut menendang lelaki yang bernama Ryo itu. Melihat mereka yang sedang mengerang kesakitan, dia lantas keluar dari van hitam tersebut.
"Arghhh !"
Tudungnya yang ditarik dari belakang oleh Haikal hampir membuatkan dia mahu tercekik. Badannya dihumban sekali lagi ke van dengan kasar sehingga membuatkan kepalanya terhantuk kasar pada cermin van hitam tersebut.
"Le...lepas!" Ronta Dhia Airisya apabila Haikal cuba mengikat tangannya dari belakang. Kepalanya yang berdenyut kuat akibat hantukan kuat tadi digelengkan. Dia mahu melawan tapi sudah tidak berdaya. Van pula sudah laju meluncur keluar dari situ. Pandangannya pula semakin kabur.
"Sleep well pretty"
Iqbal dan Harriz yang baru keluar dari pintu belakang tadi memberontak geram apabila van hitam yang dinaiki oleh Haikal dengan Dhia Airisya meluncur laju dari situ. Mahu dikerja tetapi kenderaan mereka semua diparking jauh.
"Shadow track rantai Airisya"
Emir Adden Fattah dan Firash baru keluar. Dia yang dipapah oleh Firash itu turut rasa geram. Kalau dia tak cuai tadi mesti Dhia Airisya tak dibawa lari oleh Haikal.
Beberapa superbike dan kereta mereka mula sampai dibawa oleh orang-orang mereka. Emir Adden Fattah memandang superbike Harriz itu lalu lantas dia menunggangnya setelah memakai topi.
"King!" Jerit mereka semua apabila melihat Emir Adden Fattah menunggang superbike keluar dari perkarangan situ. Tidak sedar bila Emir Adden Fattah menghampiri superbike Harriz.
"Sh*t! Badan King lemah. Kita kena stop dia!"
"Ghost kau hentikan King and then bawa dia ke hospital. Aku dengan Eagle and Fiery akan follow Airisya" tutur Iqbal. Firash dan Harriz menangguk kepala mereka lalu mereka semua bergerak menaiki kereta masing-masing untuk mengejar Emir Adden Fattah dan juga Dhia Airisya yang bersama Haikal.
Harriz yang hendka beredar itu tidak jadi apabila terpandang seseorang di sebalik pokok yang memerhatinya dari tadi.
"Korang pergi dulu. Aku nak jumpa dia jap"
Mereka menagguk kepala.
Harriz lantas melangkah ke orang tersebut yang berselindung di sebalik pokok. Namun apabila dia semakin menghampiri, orang tersebut semakin menjauh lari. Dia turut lari selaju mungkin untuk mengejar orang tersebut
"Harraz Akhtar!"
♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Harriz dah jumpa kembar dia !!!
9 episodes to go !
Jangan lupa votement!
Kalau tak, taknak update 🤪
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro