
Bab 26
CAHAYA matahari yang yang menerangkan bilik itu membuatkan dia tersedar. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Syiling hospital dipandang lalu dia memandang sekelilingnya. Tangan kirinya yang dicucuk drngan Branula dan disambung dengan botol IV drip untuk mengalirkan air ke dalam badannya diangkat dan dilihat. Berkerut dahinya.
Keluhan kecil dilepaskan.
Baru ingat apa yang jadi.
Tangan kanan diangkat untuk meraup mukanya tetapi tidak jadi apabila terasa tangannya dipegang seseorang. Dia memandang ke kanannya. Senyuman terhias di bibir sebaik sahaja melihat seorang perempuan tidur membongkok dengan melapikkan tangan.
"Airisya" gumam Emir Adden Fattah perlahan.
Emir Adden Fattah menukar posisinya menghadap Dhia Airisya. Tanganya mengusap lembut tangan Dhia Airisya sambil tersenyum. Lama diperhati muka Dhia Airisya. Nampak sedikit pucat. Mesti isterinya itu tidak cukup rehat.
Lama dia berkeadaan macam tu sehingga doktor yang merawatnya masuk untuk melihat keadaan pesakitnya. Ucapan Alhamdulillah ditutur sebaik sahaja melihat pesakitnya akhirnya bangun dari koma.
"Emir macam mana keadaan? Rasa sakit kat mana-mana tak?" Soal Doktor yang merawatnya. Emir Adden Fattah menggelengkan kepala. Dia tidak merasakan sakit apa-apa. Cuma rasa badan sedikit lesu. Mungkin sebab dah seminggu terbaring atas katil.
"Okay good. Jap saya nak check keadaan kamu sekejap" Pen torch light dikeluarkan dari poket coat putihnya itu lalu disuluh ke mata Emir Adden Fattah. Setelah itu disimpan balik ke dalam poket coat putihnya lalu mengambil pen tulis dan mencatat keadaan Emir Adden Fattah di laporannya.
"Doc bila saya boleh discharge?" Soal Emir Adden Fattah. Kalau boleh hari ini juga dia nak balik rumah. Malas nak duduk hospital lama-lama.
Doktor itu tersenyum kecil.
"Tak sabar betul nak balik rumah" usik doktor itu sekadar mahu menghiburkan pesakitnya. "Mungkin dalam 2 3 hari lagi. Kami kena pantau keadaan awak dulu" sambung doktor tersebut.
"Saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa bagitahu saya" ujar Doktor tersebut sebelum menghilangkan diri daripada bilik tersebut. Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Dhia Airisya yang masih lena tidur itu dipandang sekilas. Penat betul isterinya itu sehingga doktor datang checknya pun tak sedar.
"Mir. Alhamdulillah bangun pun"
Emir Adden Fattah berpaling memandang ke arah pintu. Tengku Sumayyah sedang mara kearahnya dengan perasaan yang teruja dan juga happy. Sebaik sahaja dia menghampiri Emir Adden Fattah, terus dipeluk badan Emir Adden Fattah.
"Ibu lemaslah" ujar Emir Adden Fattah apabila Tengku Sumayyah memeluknya terlalu erat. Tengku Sumayyah tersengih. Dhia Airisya yang masih tidur itu dipandang sekilas lalu dia memandang Emir Adden Fattah semula " Penat betul isteri Mir jaga Mir." Tutur Tengku Sumayyah.
"Airisya tidur kat sini setiap hari ke ibu?" Soal Emir Adden Fattah ingin tahu. "Haah. Ibu dah suruh balik dengan ibu tapi Icha taknak." Terang Tengku Sumayyah. Bukan dia tak cakap tapi dah banyak kali dah cakap. Tetap Dhia Airisya nak tidur sini.
"Mir dah makan? Ibu ada bawa makanan untuk Icha. Tak tahu pula Mir dah sedar. Rasanya cukup untuk korang berdua" tutur Tengku Sumayyah. Beg bekas makanan diletak di meja sebelah katil. Emir Adden Fattah menggelengkan kepala. "Tadi doktor cakap kejap lagi nurse hantar makanan"
Selesai sahaja makan, dia membuat keputusan untuk mandi memandangkan sudah seminggu tak mandi. Itupun tak ke semua badannya dibasahkan kerana badannya masih berbalut. Hanya setakat kaki sahaja dan juga kepalanya.
Emir Adden Fattah keluar dengan sudah memakai baju hospital. Tuala disangkut di leher. Terasa segar setelah mencuci badannya. Perlahan-lahan dia menghampiri Dhia Airisya yang tidur di atas katil setelah diangkat olehnya sebelum mandi tadi. Walaupun doktor sudah melarang dia supaya tidak melakukan kerja berat namun rasanya tak salah kalau dia angkat Dhia Airisya. Isterinya iu bukan berat sangat. Berat pun tak lebih 40 kg.
Punggungnya dilabuh ditepi katil. Dhia Airisya yang tidur nyenyak itu ditenung lama. Satu kucupan singgah di dahinya. Perbuatannya itu membuatkan Dhia Airisya perlahan-lahan membuka matanya.
Melihat Emir Adden Fattah di depan mata terus dia bangun daripada baring. Matanya membulat memandang Emir Adden Fattah. "Awak!" Terus dipeluk badan Emir Adden Fattah dengan erat. Air matanya mengalir. Rasa gembira apabila suaminya itu akhirnya bangun daripada koma.
"Airisya, you hurt me" ujar Emir Adden Fattah. Sakit badannya apabila dipeluk erat oleh Dhia Airisya. Sudah lah lukanya belum betul-betul pulih. Dhia Airisya melepaskan pelukan. "So...sorry"
Emir Adden Fattah tersenyum kecil. Dhia Airisya ditarik semula ke dalam pelukannya. Kali ini Dhia Airisya tidak berani peluk terlalu kuat. Emir Adden Fattah mencium dahi Dhia Airisya lama. Sungguh dia rasa bersyukur melihat Dhia Airisya di depan matanya. Mujur saja Dhia Airisya tidak ada luka berat.
"Awak dah makan?" Ujar Dhia Airisya memecahkan kesunyian antara mereka berdua. "Hmm dahh. Ibu ada datang tadi. Makanan kau kat atas meja." Tutur Emir Adden Fattah. Sempat dia berborak sekejap dengan Tengku Sumayyah tadi.
"Ibu datang? Kenapa tak kejutkan saya?" Dhia Airisya mendongak memandang Emir Adden Fattah.
"Kau nampak penat. Jadi aku tak berani nak kejut"
Suasana mereka sekali lagi senyap. Tidak tahu pula nak borak apa. Selalunya Emir Adden Fattag akan mengusiknya dan mereka akan bergaduh manja macam tu. Tapi kali ini Emir Adden Fattah senyap pula. Jadi dia pun senyap juga.
Bunyi ringtone dari phone Dhia Airisya menyentakkan mereka berdua. Dhia Airisya mengambil phonenya dari begnya lalu turun menuju ke sofa. Panggilan diangkat lalu dilekap di telinga.
"Awak saya nak pergi cafe jap. Awak ada nak kirim apa-apa?" Ujar Dhia Airisya setelah memutuskan panggilan.
"Siapa call?" Soal Emir Adden Fattah.
Dhia Airisya mengetap bibirnya. "Err kawan" ujarnya tidak memandang Emir Adden Fattah Emir. Dipura buat sibuk. Beg silangnya yang berada di sebelah katil diambil. Emir Adden Fattah memegang tangan Dhia Airisya lalu memandang Dhia Airisya lama membuatkan Dhia Airisya semakin tak tenang.
"Beli jus carrot untuk aku. Bawa bodyguard"
Dhia Airisya angguk kepalanya lalu dengan laju dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Dadanya dipegang. Rasa bersalah pula kerana menipu suaminya tadi. Bukan kawannya yang call tapi seseorang yang special dan amat penting buatnya.
Setelah Dhia Airisya keluar, Emir Adden Fattah turut keluar. Dia mengikut langkah Dhia Airisya tadi. Dapat dirasakan yang Dhia Airisya akan berjumpa dengan seseorang di cafe. Topi hitam dipakai di kepalanya yang dipinjam dengan orang yang lalu tadi. Cermin mata hitam pula dipinjam dengan bodyguardnya.
Tiba di cafe hospital, dia duduk di meja yang agak berjauhan sedikit. Surat khabar ditangan dipura-pura baca sedangkan matanya menghadap Dhia Airisya yang seperti sedang menunggu ketibaan seseorang.
Tidak lama seorang lelaki duduk semeja dengan Dhia Airisya. Terhias senyuman dibibir Dhia Airisya tapi bukan dia. Lelaki itu. Dia amat mengenali lelaki itu. Surat khabar ditangannya digenggam kemas. Geram, marah semua ada.
Selama 30 minit dia di situ memerhati Dhia Airisya bersama lelaki tersebut. Apabila Dhia Airisya bangun untuk beredar dia juga bangun untuk beredar. Baru dia beberapa tapak melangkah, bahunya dipegang dari belakang. Emir Adden Fattah memusingkan badannya. Cermin mata hitam dicabut.
"Hye my old friend. Nice to meet you again" ujar lelaki tadi yang berborak bersama Dhia Airisya. Emir Adden Fattah mengenggam tangannya. Rahangnya diketap kasar. Lelaki didepanya itu direnung tajam.
"Nice to meet you too,Iq" ujar dengan rahangnya yang diketap. Senyuman sinis dihias di bibir. Iqbal Ryven atau nama samarannya Iq, ketawa kecil melihat kemarahan Emir Adden Fattah.
"Well rasanya kau dah tahu kut kenapa aku jumpa isteri kau or should i call her my little sister?" Iqbal tersenyum sinis. Bahu Emir Adden Fattah ditepuk perlahan. Mukanya didekatkan dengan telinga Emir Adden Fattah.
"She never be yours bro. She know who you are. One more thing, be careful okay? Don't let your feelings to her grow cause.....emm you know what i mean. Goodluck bro" ditepuk bahu Emir Adden Fattah sekali lagi lalu dia beredar dari situ. Emir Adden Fattah pula semakin kuat mengenggam tangannya. Bibirnya diketap geram.
Iqbal yang sudah jauh itu dipandang. Dia melangkah menghampiri Iqbal. Kolar baju Iqbal dicengkam dengan kedua-dua tangannya. "Don't use her to get your revenge!" Jerkah Emir Adden Fattah membuatkan beberapa orang memandang mereka. Iqbal tersenyum sinis.
"Well it's up to me. She's my sister." Ujar Iqbal bersama senyuman sinis membuatkan Emir Adden Fattah semaking bengang. Bibirnya diketap geram. Mahu saja dia menumbuk Iqbal tapi dirinya menghalang dia berbuat begitu.
"You're mess with the wrong people. You should find who's Alex. Alex is the one who kill Ira. I know it also my fault, Iq and you think this is what Ira wants? No. Absolutely no. Ira never wants our friendship end like this" ujar Emir Adden Fattah panjang lebar. Cengkaman kolar baju Iqbal perlahan-lahan dilepaskan. Air matanya mula bergelinang.
Persahabatan yang dulu kukuh terjalin menjadi musnah gara-gara kejadian 4 tahun yang lalu.
"Kau hanya tahu backup diri kau je, Mir. Do you know what i feel? No, you don't. Kau tak rasa kehilangan orang yang kau cinta and now aku akan buat kau rasa apa yang aku rasa! My sister will never be yours! Remember that!" Ujar Iqbal dengan penuh kemarahan, bengang dan benci. Dia mendengus geram lalu melanggar bahu Emir Adden Fattah. Dia jalan menjauhi Emir Adden Fattah.
Kehilangan seseorang yang dia cintai yang disebabkan oleh kawan baiknya sendiri membuatkan persahabatan mereka musnah. Dia tahu bukan semua salah Emir Adden Fattah namun kalau Ira dan Emir Adden Fattah tidak terlalu rapat 4 tahun yang lepas pasti tidak akan jadi macam ni.
"Aku pun rasa! I know what you feel, Iq"
Iqbal memberhentikan langkahnya.
"You don't. Sejak kejadian 4 tahun lalu, apa yang kau buat? Kau lari pergi Korea. Kau pengecut! I don't have a friend like you. You freaking coward!" Ujar Iqbal lalu beredar dari situ. Dia melangkah keluar dari hospital meninggalkan Emir Adden Fattah yang terkaku di situ. Langsung tidak memandang ke belakang.
Emir Adden Fattah menggenggam tanggannya. Rahangnya diketap. Agak terasa dengan kata-kata Iqbal tadi. Dia memandang Iqbal sehingga Iqbal hilang dari pandangannya. Badannya mula tak stabil. Nasib tak jatuh apabila Danial sempat menahannya. "Tuan!"
"Aku okay"
Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Sudahla dia baru bangun dari koma hari ini. Dia mula melangkah ke biliknya semula dengan langkah yang tidak semangat. Dia hanya memandang ke bawah sepanjang masa.
Sebaik sahaja di wad biliknya itu, dia terus disapa oleh Dhia Airisya. "Awak! Awak pergi mana? Risau tau saya" Emir Adden Fattah mendongak memandangnya Dhia Airisya. Lama dia memandang Dhia Airisya.
Dhia Airisya mengetap bibirnya. Pandangan Emir Adden Fattah padanya itu kali ini lain macam. Sangat lain berbanding sebelum ini. Dia mendekati Emir Adden Fattah. Tangan Emir Adden Fattah dicapai namun terus ditepis kasar oleh Emir Adden Fattah.
"Jangan sentuh aku" Ujar Emir Adden Fattah lalu melangkah ke katilnya. Beg yang berada di sorak meja bersebelahan katil diambil lalu dia beredar ke bilik air. Baju tshirt putih dengan kemeja hitam dan juga seluar jean hitam dikeluarkan dari beg tersebut.
Dhia Airisya masih terkaku di tempat tadi. Agak terkesan dengan kata-kata dan cara Emir Adden Fattah.
Tidak lama Emir Adden Fattah keluar dengan sudah menukar pakaiannya. Dhia Airisya segera menghampiri Emir Adden Fattah yang berlalu ke katil itu "Awak nak pergi mana? Doktor kata awak belum discharge lagi" ujar Dhia Airisya namun Emir Adden Fattah tidak membuat endah.
Emir Adden Fattah mengambil phonenya lalu dimasukkan ke dalan poket. Topi hitam tadi dipakai semula ke kepalanya begitu dengan cermin hitam pula disangkut di tshirt putihnya. Dhia Airisya langsung tidak diendah olehnya. Dia berjalan ke pintu namun Dhia Airisya menghalangnya.
"Jangan pergi. Awak tak sihat lagi" ujar Dhia Airisya sambil mendepakan tangan di depan pintu. Taknak bagi Emir Adden Fattah keluar. "Go away" ujar Emir Adden Fattah dengan nada bengang.
Dhia Airisya menggelengkan kepalanya. Bibirnya diketap. Dia tidak tahu apa kena dengan Emir Adden Fattah. Sebelum dia keluar pergi cafe tadi, elok je Emir Adden Fattah. Siap senyum lagi kepadanya. Namun sekarang, hanya wajah bengis, tegang dan bengang sahaja.
"Baik kau tepi Airisya."
Dhia Airisya menggelengkan kepalanya. Masih berkeras tidak mahu berangjak.
"Get out from my face Airisya! Mulai sekarang, aku taknak tengok muka kau lagi!" Ujar Emir Adden Fattah bengang lalu menolak kasar Dhia Airisya ke tepi. Melihat peluang terserlah, dia terus membuka pintu ingin keluar namun badannya dipeluk oleh Dhia Airisya dari belakang.
"Tolong Adden. Jangan pergi" ujar Dhia Airisya sambil air matanya mengalir laju. Terkedu dia dengan kata-kata Emir Adden Fattah tadi. Sungguh dia tak sangka Emir Adden Fattah akan berkata begitu kepadannya.
Emir Adden Fattah mengenggam tangannya. Bibir diketap geram. Cermin mata hitam yang tersangkut itu dipakai. Tangan Dhia Airisya yang memeluknya itu dipegang lalu dibuka ikatan pelukan dengan segala kudratnya. Ditolak Dhia Airisya sehingga Dhia Airisya terjatuh ke lantai.
"Halang dia" ujar Emir Adden Fattah kepada bodyguardnya yang menjaga di luar wadnya itu. Danial mengangguk kepalanya lalu memberi isyarat kepada ahli bodyguardnya yang lain untuk menahan Dhia Airisya daripada menghampiri Emir Adden Fattah.
"Adden! Hikss sa..saya minta maaf. Tolong jangan pergi!" Ujar Dhia Airisya dengan air matannya yang mengalir lebat. Dia cuba untuk menghampiri Emir Adden Fattah namun dihalang oleh bodyguard.
Emir Adden Fattah menghentikan langkahnya.
"Aku benci kau Airisya. Kau perempuan paling aku benci dan paling aku menyesal pernah jumpa. Kau dengan dia sama je."
♥♥♥♥♥♥♥♥
Huwarghh whats going on?
Dhia Airisya ada abang and sepakat dengan abang dia nak balas dendam?
Nak tahu lebih lanjut tunggu next chapter okay ?!
Jangan lupa votement ye muahhh.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro