Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 22

EMIR Adden Fattah mundar mandir di bilik  security di Secret Hunters Agency. Cctv yang terpampang di screen besar bilik itu dipandang dengan teliti mencari ke mana isterinya dibawa pergi. Dhia Airisya yang dibawa pergi itu langsung tidak kelihatan di mana-mana cctv yang menunjukkan jalan raya itu.

"Asal bengap sangat korang? Cari lah cepat!" Marah Emir Adden Fattah sambil menghentak meja dengan kuat memarahi pekerja-pekerjanya itu walaupun pekerjanya sudah bertungkus lumus mencari keberadaan Dhia Airisya.

"Weh relax lah sikit. Diorang dah cari tu. Kejap lagi jumpa la" tutur Firash cuba menenangkan Emir Adden Fattah yang seakan mati bini itu. Bahu Emir Adden Fattah ditepuk lembut.

"Kau nak suruh aku relax? Isteri aku kena culik bangang! Buatnya diorang apa-apakan Airisya" bentak Emir Adden Fattah. Sudah hilang sabarnya itu. Yang dia pasti, dia akan bunuh orang yang menculik Dhia Airisya itu! Kalau bermusuh dengannya, datang la face to face dengannya! Bukan jadikan isteri dia sebagai tebusan!

"Got it!" Jerit salah satu pekerjanya.

Pekerja itu memaparkan pada screen besar keberadaan terakhir Dhia Airisya. Emir Adden Fattah menarik nafas lega. Sekurang-kurang dia dapat tahu keberadaan terakhir Dhia Airisya. "Bro, bukan orang Alex culik dia. Tapi Tiger Mafia" ujar Razul yang berjaya mencari maklumat tentang penculik Dhia Airisya.

"Tiger Mafia? Tapi bukan ke diorang tu along? Orang yang selalu berhutang dengan mereka? Apa kaitan dengan isteri aku?" Soal Emir Adden Fattah pelik. Setahunya Tiger Mafia ni bukan orang yang sengaja mencari masalah melainkan orang yang berhutang dengannya tidak bayar. Tapi kenapa diorang menculik Dhia Airisya?

"Isteri kau ada hutang dengan dia ke bro?" Soal Harriz. Emir Adden Fattah diam. Yang tu dia tak tahu. Tapi tak mungkin Dhia Airisya akan berhutang dengan Tiger Mafia. Kalau isterinya itu terdesak sangat duit kenapa tak minta dengan dia je duit?

"Ke mana-mana keluaega dia ada hutang dengan Tiger Mafia? Mungkin sebab tu Dhia Airisya diculik" tutur Razul. Emir Adden Fattah sekali lagi diam. Cuba berfikir. Mungkin boleh jadi sebab tu Dhia Airisya diculik.

Emir Adden Fattah mengeluarkan phone Dhia Airisya yang dijumpai di tepi jalan. Diunlock phone Dhia Airisya dengan fingerprintnya. Nasib baru ni dia ada curi phone Dhia Airisya lalu menyuruh Razul menggodamnya dan meletakkan fingerprintnya.

Sebaik sahaja diunlock, Emir Adden Fattah mencari call log dan juga message yang mencurigakan. Dahinya berkerut melihat mesej terakhir iaitu pada pagi tadi dalam pukul 10 pagi dari 'pakcik tua'. Dibuka mesej itu.

"Aku tahu kenapa. Ayah dia yang berhutang" ujar Emir Adden Fattah setelah membaca mesej dari 'pakcik tua' tersebut. Phone Dhia Airisya dimasukkan semula ke dalam poket.

"Jom kita serbu tempat Tiger Mafia"

DHIA Airisya mengigit bibirnya geram. Dua orang lelaki didepannya itu dipandang tajam. Sekarang dia berada di dalam van di tempat belakang sekali setelah dua orang lelaki datang menarik dia masuk ke dalam van sebaik sahaja dia keluar dari cafe.

"Korang ni tak adab ke hah datang heret orang?" Bentaknya geram. Sudahlah lelaki itu pegang lengannya dan badannya masa nak heret dia masuk ke dalam van.

"Ko diam perempuan. Dari tadi bising!" Tutur lelaki yang hanya memakai baju singlet hitam. Tubuh sadonya itu jelas terserlah bersama tatto yang entah apa-apa. Direnung tajam Dhia Airisya yang dari tadi tak reti diam. Asyik nak bercakap je.

Dhia Airisya mendengus geram." Mulut ada kan? Cakap je lah" rungutnya. Tubuhnya dipeluk. Pandangan dihalakan ke tingkap. Tahulah dia ke mana mereka ingin membawanya.

"Kalau bukan sebab boss aku nak kau hidup-hidup dah lama aku bunuh kau dengan pistol ni" ujar lelaki sado itu yang sedang memegang pistol di tangan. Bengang dia apabila Dhia Airisya dari tadi nak bergaduh dengan dia.

"Ada saya takut? Tembaklah. Silap-silap awak pula yang kena bayar hutang bapa saya kalau saya mati" ujar Dhia Airisya. Dia menjelirkan lidah kepada lelaki itu. Sengaja mahu membuatkan lelaki itu semakin bengang. Lelaki itu menggenggam tangannya.

"Kau!...."

"Weii relaks. Betul dia cakap. Nanti kita pula yang kena bayar hutang bapa dia" ujar lelaki satu lagi yang memakai topi. Dhia Airisya sudah tersenyum kemenangan. Berani nak lawan dengan dia?

Tak sampai sejam, akhirnya mereka sampai di depan bangunan lama yang sudah usang. Dia diarahkan untuk turun. Dhia Airisya hanya mengikut langkah dua orang lelaki itu tadi dengan selamba. Walaupun dia sedikit takut tapi dia yakin Allah sentiasa bersama dengannya. Jadi buat apa nak takut?

"Masuk" arah lelaki sado itu. "Yee nak masuk lah ni. Tak nampak?" Bentak Dhia Airisya. Lelaki sado itu dijeling tajam sebelum dia masuk ke dalam. Seorang lelaki yang merupakan boss yang duduk di kerusi membelakanginya itu dipandang bersama keluhan.

"Well well Nur Dhia Airisya Binti Ahmad Zaki. We meet again,dear!" Tutur seorang lelaki yang agak berumur sedikit. Kerusi dipusing menghadap Dhia Airisya. Senyuman yang lebar terhias dibibirnya.

"Pakcik tua, kan saya dah kata saya bayar hujung bulan ni! Gaji saya tak masuk lagi!" Ujar Dhia Airisya dengan membahaskan lelaki yang merupakan boss itu dengan panggilan 'pakcik tua'. Itulah nama samaran yang dia guna pada lelaki itu setiap kali mereka berjumpa. 'Pakcik tua' itu ketawa kecil. Dia bangun berdiri lalu mendekati Dhia Airisya.

"Opss no no no. Tempoh dah tamat semalam. So mana bayarannya?" Ujar 'pakcik tua. Dia berhenti berjalan tepat di depan Dhia Airisya. Muka Dhia Airisya ditilik olehnya bersama senyuman. "Kalau aku bagi masa kau sampai hujung bulan ni mampu ke bayar habis? Tak kan?" Sambungnya lagi.

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Memang dia tak mampu nak bayar habis sebab hutang bapa dia tu terlalu banyak! Sampai hujung tahun ni pun tak mampu rasanya! Bapak dia satu hal! Siapa suruh berhutang dengan 'pakcik tua' ni?

Takkanlah nak minta dengan Emir Adden Fattah? Ni hutang bapak dia! Bukan hutang bapak suaminya itu!

"So macam yang kita janjikan, untuk melunaskan hutang bapak kau, kau....aku akan jual kau kat orang lain. Amacam?" Ujar 'pakcik tua' itu bersama senyuman. Keningnya dijongket. Dhia Airisya dipandang dari atas sampai bawah. Cantik orangnya! Kalau jual confirm dah lepas hutang bapak gadis itu.

"Bila masa pula saya janji dengan pakcik tua! Saya tak ada janji apa-apa okay!" Bentak Dhia Airisya. Beg silangnya di bawa ke dada. Dia memeluk tubuhnya. Risau akan pandangan 'pakcik tua' tersebut.

"Ada nampak aku kisah?" Tutur 'pakcik tua' itu lalu ketawa besar. "Guys" 'pakcik tua' itu memberikan isyarat kepada anak buahnya. Anak buahnya mengangguk kepala lalu memegang lengan Dhia Airisya.

"Ee apa pegang-pegang ni! Lepaslah!" Ronta Dhia Airisya. Dia mengigit bibirnya geram apabila anak buah 'pakcik tua' itu masih memegang kemas tangannya.

Dhia Airisya tersenyum kecil.

Wanna fight?

Tangan kanannya yang dipegang itu dibawa ke mulutnya lantas dia menggigit kuat tangan lelaki yang memegang tanganya. Terus terlepas tangan kanannya. Begitu juga dengan tangan lelaki yang memegang tangan kirinya itu. Digigit kuat sehingga tangan dia terlepas.

"Kurang ajar!" Jerit dua lelaki itu serentak.

Dhia Airisya tersenyum kecil. Tanganya diangkat bersiap sedia ingin berlawan. Lelaki di depannya itu dipandang bersama senyuman. Ingat dia perempuan dia tak reti berlawan ke?

"Hiyaghhh" salah satu lelaki mara ke arah Dhia Airisya bersiap sedia untuk menangkapnya namun Dhia Airisya berjaya mengelak. Sebaik dengan itu, dia menendang perut lelaki itu dengan kakinya. High heels pun jadilah!

"Boss" ujar lelaki yang satu lagi. "Tangkap dia bagi pengsan. Tapi jangan sampai cederakan dia. Nanti tak ada pelanggan pula yang nak" ujar 'pakcik tua' itu. Dia berlalu duduk di kerusi menyaksikan perlawanan yang agak menarik.

"Tangkap la kalau boleh. Buwerkk!" Ujar Dhia Airisya. Sengaja mahu menyakitkan hati anak-anak buah 'pakcik tua' tersebut.

Sekali lagi dia diserang namun dia pantas mengelak. Dia berlari menuju ke kerusi kayu. Diambil kerusi kayu itu lalu dibaling kepada lelaki yang menyerangnya.

Prak

Sampai patah kerusi kayu itu dibaling kepada lelaki yang menyerangnya. Dia tersenyum kecil melihat lelaki itu tumban bersama darah yang mengalir. Tangannya dibersihkan. Namun disebabkan kelekaannya itu, dia diserang oleh lelaki yang satu lagi. Badannya dipeluk dari belakang. "Got you girl"

"Woi apa ni peluk perempuan? Haram lah!" Bentaknya geram namun tidak diendahkan. Dhia Airisya mengetap bibir geram. Kakinya diangkat tinggi lalu dia memijak kasut lelaki itu dengan high heelnya. "Aduh"

Pelukan terlepas. Dhia Airisya memusingkan badannya dengan kaki yang diangkat tinggi "Hiyarghh!" Tepat kakinya mengena pipi lelaki yang menyerangnya itu. Belum cukup itu, dia mengangkat kakinya sekali lagi lalu menyepak burung lelaki itu.

"Bit*h" ujar lelaki itu lalu tumban ke lantai. Dhia Airisya tersenyum puas. "Sapa suruh peluk saya? Padan muka! Buwerkk!" Dua lelaki yang sudah tumbang itu dipandang bersama senyuman. Tak sangka dia berjaya menumbangkan dua orang lelaki gangster. Tak sia-sia dia berlajar seni mempertahankan diri!

"Boss perempuan tu nampak macam pandai berlawan. Interesting!" Ujar seorang lelaki yang setia berdiri di tepi 'pakcik tua' itu. Dia merupakan orang kanan 'pakcik tua' itu. 'Pakcik tua' itu tersenyum. Dhia Airisya dipandang. Nampaknya gadis itu bukan gadis biasa-biasa.

"Panggil 3 orang masuk" arah 'pakcik tua' itu kepada orang kanannya. Orang kanannya menangguk kepala lalu memanggil orang mereka yang berjaga di luar.

"Woah woah 3 lawan 1? Mana adil! Saya ni perempuan!" Kecut perutnya melihat 3 orang lelaki yang bersiap sedia ingin menyerangnya. Dia bukanlah banyak sangat belajar seni mempertahankan diri nak lawan 3 orang lelaki sekali gus! Kalau 1 lawan 1 tak apalah.

'Pakcik tua' itu tersenyum kecil lalu mengarahkan anak buahnya itu supaya 1 lawan 1. Dia mahu lihat setakat mana Dhia Airisya boleh lawan. Langsung tidak risau yang Dhia Airisya akan terlepas. Sebab orang-orangnya di luar masih ramai. Jadi mustahil Dhia Airisya dapat melarikan diri.

Lawan punya lawan akhirnya tinggal seorang lagi. Sama dengan lelaki kedua tadi, dia menyepak burung dua lelaki tersebut. Begitulah cara dia berlawan. Sebagai seorang perempuan, dia perlu tahu di mana tempat kelemahan lelaki. Dan tak lain tak bukan 'burung' mereka!

Kini tinggal seorang lelaki lagi. Dhia Airisya meneguk air liurnya. Lelaki kali ini berbadan gempal, sado dan tinggi! Kalau lelaki jatuh atasnya memang boleh patah tulangnya! Silap hari bulan boleh masuk kubur!

Kali ini Dhia Airisya memulakan serangan dulu. Dengan bacaan bismillah kakinya diangkat tinggi lalu dilayangkan ke lelaki tersebut.

Prak

"Aduh-aduh kaki aku. Sakit tho." Dhia Airisya menunduk memegang kakinya. Bibirnya digigit. Apa punya manusialah tu! Mahu patah kakinya! "Awak ni gorila ke manusia?" Bentaknya geram. Kakinya masih diserang sakit. Sedang dia leka dengan kakinya, orang kanan 'pakcik tua' itu menghampirinya senyap-senyap lalu

Pak

Belakang Dhia Airisya dipukul dengan tangannya menyebabkan pandangan Dhia Airisya makin lama makin gelap. Dia jatuh terbaring atas lantai tidak sedarkan diri.

"Pengsan pun!" Tutur 'pakcik tua' tersebut. Dia bangun lalu melangkah ke arah Dhia Airisya. Dia tersenyum memandang Dhia Airisya yang sudah tidak sedarkan diri. "Bawa di....."

"Boss kita kena serang!"

"What? Siapa serang? Berani mereka serang aku?" Ujarnya geram. Pistol dikeluarkan dari poketnya. Siap bersedia nak berlawanan.

Bang

Bunyi hentakan pintu yang hampir rapuh itu menarik perhatian mereka semua. Muncul seorang lelaki yang muda yang berkemeja dengan pistol di tangannya. Lelaki muda itu masuk ke dalam tanpa rasa takut walaupun 4 pistol sedang menghala ke arahnya.

"Kau!" Ujar 'pakcik tua' itu dengan sedikit takut. Siapa tak kenal lelaki itu? Mafia yang paling berbahaya sekali kat negara ni! Tiada siapa yang berani berlawan dengan lelaki itu. Siapa cari pasal memang mautlah yang menanti!

Emir Adden Fattah!

Mafia Korea yang ditakuti semua mafia!

Air liurnya ditelan kasar apabila melihat 3 orang kawan lelaki itu masuk menghampiri mereka "Apa kau nak? Aku tak kacau orang-orang kau pun! Asal kau kacau orang aku?" Bentaknya bengang.

Emir Adden Fattah ketawa kecil. Dhia Airisya yang terbaring atas lantai itu tidak sedarkan diri itu dipandang bengang. Namun dia tidak boleh terburu-buru dalam melalukan serangan. Padah nanti!

"Lawak apa yang kau buat ni? Tak kacau orang aku?" Tutur Emir Adden Fattah. Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket. Dia berjalan menghampri 'pakcik tua' itu. Pistol yang berada ditangan kanannya itu diacu tepat pada kepala 'pakcik tua'.

"Perempuan yang kau culik tu isteri aku!"

Terbuntang mata 'pakcik tua' itu. Dhia Airisya yang pengsang itu dipandang. Kalau dia tahu Dhia Airisya isteri kepada mafia yang paling berbahaya tak adalah dia menculik Dhia Airisya. Dia duduk melutut di depan Emir Adden Fattah.

"Aku minta maaf. Aku tak tahu dia isteri kau. Jangan bunuh aku" rayunya sambil melutut kepada Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah tersenyum sinis. Kakinya yang dipeluk oleh 'pakcik tua' itu ditarik kasar. Dia berjalan mendekati Dhia Airisya lalu duduk mencangkung di depan Dhia Airisya.

"Aku akan lepaskan kau tapi dengan syarat. Aku nak kau cari info pasal seseorang dan jangan ganggu isteri aku lagi. Aku akan bayar kau 2 kali ganda dari hutang bapa isteri aku." ujarnya lalu mencempung badan Dhia Airisya. Dia bukan taknak bunuh 'pakcik tua' itu. Diikutkan hati nak sangat bunuh sebab culik Dhia Airisya. Namun dia nak menyuruh 'pakcik tua' tersebut mencari tahu pasal Alex. Identiti sebenar Alex. Dia bangun berdiri. "Terima kasih lepaskan aku. Jangan risau aku akan tolong kau nanti" tutur 'pakcik tua' tersebut. Dia lebih rela berkerja dengan Emir Adden Fattah daripada mati dibunuh. At least kalau dia ikut kata-kata Emir Adden Fattah, dia dapat duit 2 kali ganda nanti.

Emir Adden Fattah mencempung badan Dhia Airisya melangkah keluar dari bangunan usang itu. Dia menghampiri kereta BMWnya. Pintu disebelah penumpang dibuka oleh orang-orangnya lalu dia meletakkan Dhia Airisya dengan berhati-hati.

Emir Adden Fattah menuju ke tempat pemandu lalu dia masuk ke dalam kereta. Dia memakaikan tali pinggang pada Dhia Airisya. Muka Dhia Airisya itu tilik lama sebelum satu kucupan singgah di dahi Dhia Airisya.

"I'm scared to death tahu bila kau kena culik. Jangan hilang lagi, Airisya"

♥♥♥♥♥♥♥♥

Done Bab 22.

Thank you for your support guys ♥

Jangan lupa votement okay.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro