Bab 21
"AWAK!"
Emir Adden Fattah yang sedang menyandarkan punggungnya di meja sambil membelek file mendongak kepalanya memandang ke pintu. Dia memandang Dhia Airisya yang berlari laju ke arahnya lalu badannya itu dipeluk erat oleh Dhia Airisya.
"Tak cakap pun awak balik hari ini" ujar Dhia Airisya dengan nada yang merajuk. Mukanya disemban ke dada Emir Adden Fattah. Nasib pagi tadi dia ada singgah jap ke rumah mereka untuk mengambil barang sebelum berangkat ke officenya. Bila dia masuk biliknya, ternampak lugagge Emir Adden Fattah di tepi almari. Tahulah dia suaminya itu sudah balik.
"Macam mana kau boleh naik ke sini?" Soal Emir Adden Fattah bingung. Dia sekarang berada di syarikatnya iaitu Secret Hunters Agency. Dan bagaimana Dhia Airisya boleh naik ke tingkat atas? Security kat sini ketat dan bukan semua orang boleh naik ke tingkat atas.
"Tu" Dhia Airisya menunjuk Firash yang berdiri di pintu. Nasib baik masa dia sampai ke sini, dia terserempak dengan Firash. "Sorry bro, wife kau nak sangat jumpa kau" bagitahu Firash. Punya kemain lagi Dhia Airisya memujuknya supaya bawa dia ke atas.
"Okay dah ko blah" halau Emir Adden Fattah. "Alright bro, Enjoy your sweet moment" sempat dia wink kepada Emir Adden Fattah sebelum beredar dari situ meninggalkan Emir Adden Fattah bersama Dhia Airisya.
Dhia Airisya menongkat dagunya di dada Emir Adden Fattah. Matanya tak berkelip memandang Emir Adden Fattah. Rindunya kat suami! Emir Adden Fattah mula tak senang dengan pandangan Dhia Airisya itu.
"Kau memang nak peluk aku sampai esok ke macam mana?" Tanya Emir Adden Fattah apabila melihat Dhia Airisya yang seakan tak mahu melepaskan pelukan. Dhia Airisya tersenyum kecil. "Rindu" ujar Dhia Airisya.
Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya tidak berkelip. Degupan jantungnya berdegup pantas. Tidak tenang dia apabila Dhia Airisya memandangnya begitu. "Awak comel kalau blushing" tutur Dhia Airisya apabila melihat muka Emir Adden Fattah kemerahan.
Emir Adden Fattah berdehem kecil. "Baik kau diam sebelum aku terkam kau kejap lagi" ugutnya. Dhia Airisya makin tersenyum. Pelukan makin dieratkan. "Arghh Airisya"
Emir Adden Fattah menyeringau sakit apabila Dhia Airisya menekan di tempat yang luka akibat dilanggar tempoh hari. Dhia Airisya mengerutkan dahinya. "Kenapa? Badan awak sakit ke?" Pelukan dilepaskan. Risau melihat Emir Adden Fattah yang menahan sakit.
"Tak ada apa. Kau tak kerja ke hari ini?" Ujar Emir Adden Fattah menukar topik. Hari ini hari Rabu dan selalunya Dhia Airisya akan pergi kerja awal. Dhia Airisya memandang jam. Dah pukul 7.30 pagi. Emir Adden Fattah dipandang.
Dia terpandang dahi Emir Adden Fattah yang kelihatan seperti berjahit. Bibirnya digigit. Sah! Masa dia call Emir Adden Fattah baru ini ada sesuatu yang berlaku!
Tangannya naik memegang tali leher Emir Adden Fattah. Ikatan tali leher dibuka. Baru dia hendak membuka butang yang kedua, Emir Adden Fattah memegang tangannya menghalang perbuatan dia. "Aku okay. Baik kau pergi kerja sekarang. Nanti lambat" Ujarnya. Kalau boleh dia taknak bagi Dhia Airisya melihat luka-luka baru di badannya. Lagipun di sebelah kanan kat perut, dia dihunus dengan pisau 3 hari yang lepas. Lukanya masih belum pulih.
"Awak duduk diam" ujar Dhia Airisya tegas. Matanya mencerlung tajam mata Emir Adden Fattah. Benci betul dengan Emir Adden Fattah yang suka merahsiakan sesuatu daripadanya.
Dia menyambung membutangkan butang-butang baju kemeja Emir Adden Fattah sehingga butang yang terakhir. "Airisya" panggilan Emir Adden Fattah tidak dipedulikan. Baru dia hendak menyelak baju kemeja Emir Adden Fattah untuk melihat luka-luka di badan suaminya itu, namun Emir Adden Fattah terlebih pantas menarik pinggangnya merapatkan badan mereka.
Emir Adden Fattah mencium lembut bibir Dhia Airisya lama. Pinggang Dhia Airisya semakin ditarik ke badannya. Dhia Airisya pula sudah tergamam dengan tindakan drastik Emir Adden Fattah. Terkaku seluruh tubuhnya itu.
Jantungnya berdegup kencang memainkan peranan. Terasa lemah seluruh sendinya. Tak silapnya baru kali kedua atau ketiga Emir Adden Fattah mencium bibirnya sepanjang hampir 3 bulan sudah mereka berkahwin.
"Bro bila kau bali....opss wrong time. Sorry!"
Dhia Airisya menolak badan Emir Adden Fattah menyebabkan ciuman mereka terputus. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Arhh malu! Siapa pula yang kacau mereka ni? Haiss!
"Lain kali ketuk pintu dulu la bangang!" Emir Adden Fattah membaling file ke Razul yang berdiri di pintu yang sudah tersengih-sengih namun Razul berjaya mengelak. Mana tak sengihnya bila tengok baju kemeja Emir Adden Fattah tak terbutang. Memang lain la dia fikir. Dhia Airisya yang berada di sebelah kawannya itu yang sedang menunduk dipandang. Huissh lasak!
"Sorry bro kacau korang buat tu tu pula. Aku chau dulu!" Tutur Razul lalu melangkah laju dari situ sambil terkekek ketawa. "Beruk punya kawan!" Bentak Emir Adden Fattah. Kepalanya digelengkan. Susah betul ada kawan yang tak ada adab ni! Suka hati je terjah masuk bilik orang!
Dhia Airisya yang sedang menunduk itu dipandang. Dia mengigit bibir. Suasana menjadi sepi. Tak tahu nak cakap apa dengan Dhia Airisya. "Saya pergi kerja dulu" ujar Dhia Airisya lalu mengambil beg silangnya yang jatuh atas lantai. Tanpa memandang sedikit pun Emir Adden Fattah dia terus melangkah keluar.
Sebaik sahaja dia keluar, pipinya dipegang. Panas! Arhh malunya! Pipinya takyah cakap la merah habis! Sudahlah Razul tengok apa mereka buat. Agak-agak apa yang difikir oleh Razul dengan mereka bercium dan baju Emir Adden Fattah tak terbutang. Mesti si Razul tu fikkr dia perempuan yang tak penyabar! Tak boleh tunggu kat rumah!
Huwarghh malu!!!!!
DHIA Airisya hanya diam sahaja sepanjang makan lunch bersama Farhana. Dari tadi dia menunduk memandang makanannya. Farhana yang tengok tu pun pelik dengan keadaan Dhia Airisya. "Beb kau kenapa? Diam je aku tengok" ujar Farhana memecahkan kesepian antara mereka berdua.
"Huh?" Dhia Airisya mendongak kepala memandang Farhana.
"Kau kenapa beb? Bukan ke suami kau dah balik? Tapi asal kau diam je?" Soal Farhana yang pelik dengan Dhia Airisya tadi. Pagi tadi Dhia Airisya elok je cerita yang Emir Adden Fattah dah balik siap tersasul lagi part yang mereka bercium. Tapi sekarang diam je macam ada masalah.
"Beb!" Jerit Farhana kecil apabila melihat Dhia Airisya termenung lagi. Dhia Airisya memandang Farhana. "Tak ada apa-apa" ujar Dhia Airisya lalu menyambung suapannya semula. Farhana menggelengkan kepalanya.
"Kalau rindu sangat kat suami tu pergilah kat sana tu. Suami kau dari tadi ada kat situ" Farhana menjuih dengan mulutnya menunjukkan Emir Adden Fattah yang duduk di meja makan tidak jauh dari mereka berdua. "Mana?" Soal Dhia Airisya memandang ke tempat yang ditunjuk oleh Farhana.
Dari jauh dia dapat melihat yang Emir Adden Fattah bersama Razul. Razul yang perasan terus melambaikan tangannya pada Dhia Airisya. Emir Adden Fattah yang juga tengah makan itu mengangkat kepalanya. Pandangan mereka berpaut.
Dhia Airisya terus memalingkan mukanya ke arah lain. Tidak semena-mena kiss scene tadi bermain di fikirannya. Pipinya mula kemerahan.
"Beb kau dah siap makan kan? Jom balik office" ujar Dhia Airisya lalu bangun. Beg silangnya terus disangkut di bahu. Cepat-cepat dia beredar dari situ. Dia masih malu dengan kejadian tadi! Sudahlah Razul pun ada!
"Beb tunggu la!" Kalut Farhana mencapai begnya lalu mengejar langkah Dhia Airisya. Semasa dia membuka pintu cafe bahunya terlanggar dengan seorang lelaki yang ingin masuk ke cafe tersebut.
"Aduh sorr....YOU?!"
"Haishh you lagi" rungut lelaki itu. Matanya dijulingkan ke atas. Kenapa dia asyik berjumpa dengan perempuan gila ni?! Macam takde perempuan lain je kat dunia ni!
"You ikut I ke sini ehh? Dasar lelaki gatal!" Bentak Farhana geram. Lelaki itu pula makin bengang apabila dia dituduh gatal oleh perempuan yang dia sangat benci itu. Jari telunjuknya dituding ke arah Farhana. "You cakap I gatal? Hello perempuan gila, you tu gatal!" Bentaknya geram.
Farhana menggigit bibirnya. Nak kena betul lelaki di depannya itu! "Excuses me, you tu yang gatal! Gila! Dasar lelaki buaya! Biawak! Lembu! Kingkong! Gorila!" Ujar Farhana bengang. Nasib tak terkeluar binatang yang famous sekarang ini iaitu ba*i Tubuhnya dipeluk sambil memandang lelaki itu yang sudah berapi. Farhana senyuman sinis.
Okay gunung dah nak meletup guys!
"I chau dulu! Bye bye!" Badan lelaki iti ditolak kuat. Dia terus berlari laju meninggalkan lelaki itu. Sempat dia ketawa kecil sambil berlari. Sape suruh cakap dia gila? Padan muka kena bidas dengannya! Haha!
Lelaki itu mendengus geram melihat perempuan itu melarikan diri. Mulutnya terkumat-kamit mencarut. Pandai pula lari? Siaplah kalau mereka berjumpa lagi! Ada ubi ada batas, ada hari dia balas!
Lelaki itu masuk ke cafe. Kawannya dicari. Setelah menjumpai kawannya itu, dia terus melabuhkan punggung dengan bengang. Kawannya melihat dia pelik.
"Riz kau dah kenapa?" Soal Razul yang pelik dengan Harriz yang bengang semacam. Tadi masa diorang keluar office elok je kawannya si Harriz itu. Diorang dua siap bersepakat mengusik Emir Adden Fattah tentang kejadian pagi tadi "Entah minah gila tu lah. Suka cari pasal dengan aku!" Bentak Harriz geram.
"Kau terserempak dengan dia lagi?" Soal Razul. Kebelakangi ini Harriz ada menceritakan kepada mereka yang dia terserempak dengan seorang perempuan gila di mall and bajunya yang basah akibat perempuan gila itu.
"Haah. Kau tak nampak aku dengan dia bergaduh kat pintu tadi?"
Razul dan Emir Adden Fattah menggelengkan kepalanya. Sebab tadi, Razul mengusik Emir Adden Fattah lagi. Jadi mereka tak perasan apa yang berlaku kat pintu cafe memandangkan tempat yang mereka duduk itu agak jauh dari pintu cafe.
"Aku dah order makanan untuk kau" tutur Emir Adden Fattah.
"Aku nak pergi toilet jap" ujar Harriz lalu bangun menuju ke toilet. Emir Adden Fattah dan Razul berpandangan. Mereka sama-sama mengangkat bahu. Sudah biasa dengan Harriz yang bengang setiap kali terserempak dengan perempuan. Bukan setakat 'perempuan gila' tu je. Almaklumlah Harriz anti perempuan!
Ting.
Bunyi whatsapp masuk menganggu Emir Adden Fattah. Phone yang berada di tepi pinggang diambil. Berkerut dahinya melihat mesej dari Dhia Airisya.
Dhia Airisya
-Hshshxjdjdk
Emir Adden Fattah ketawa kecil. Ni tertekan ke apa? Ke tahap malu tu tinggi sangat sampai tangan tak betul nak type mesej?
"Korang!"
Emir Adden Fattah dan Razul mendongak kepala memandang Farhana yang tercungap-cungap. Berkerut dahinya memandang Farhana. Dah kenapa pula kawan Dhia Airisya ini?
"Icha.....Icha...." Tercungap-cungap Farhana menarik nafas. Penat dia berlari ke sini tadi. Dia duduk sekejap di kerusi yang diduduk oleh Harriz sebentar tadi. Nafasnya ditarik dalam. Emir Adden Fattah mula tidak sedap hati. "Kenapa dengan Airisya? " soal Emir Adden Fattah. Mesej yang dihantar oleh Dhia Airisya tadi dilihat semula.
Farhana mendongak kepalanya memandang Emir Adden Fattah dan lelaki yang berada disebelah Emir Adden Fattah. Air liur ditelan kasar.
"Airisya kena culik!"
"What?!"
♥♥♥♥♥♥♥♥
Woahh woahh Airisya kena culik!
Habislah meletup lah Emir Adden Fattah nanti.
Wait for next chapter !!!
Jangan lupa votement awak semua !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro